Niat Fynn Jamal Ambil Satu Lagi Anak Angkat Dapat Pujian, Tapi Bab Stok Susu Pula Dapat Kecaman. Baca Penjelasannya!

Share

Personaliti yang seorang ini memang punya keistimewaan tersendiri. Walaupun dia bukanlah seorang yang begitu aktif dalam dunia seni, hanya sekadar satu dua single nyanyiannya, namun pemilik nama Nur Affina Yanti Jamalludin atau mesra dipanggil Fyn Jamal ini cukup popular di alam maya. Malah instagram beliau juga mempunyai pengikut 995K.

Kalau sebelum ini penampilan beliau hanya berjubah hitam dan berhijab labuh, tetapi berubah apabila kini Fynn lebih selesa mengenakan niqab dalam penampilan di kahalayak. Sikap Fynn ini memang patut dipuji kerana perubahan dalam dirinya yang cukup istiqamah dalam perjuangan. Malah pengalaman hidup beliau yang uni juga juga menjadikan dirinya sering dapat jemputan untuk perkongsian motivasi.

AKTIF DI MEDIA SOSIAL

Semua sedia maklum, Fynn Jamal yang juga sering berkongsi resipi memasaknya dalam laman IGnya ini juga turut bahagia meniti kehidupannya bersama suami tersayang dan seorang anaknya, Bakti Arjuna Fitri yang kini berusia 5 tahun.

Biarpun ramai sedia maklum Arjuna adalah anak angkatnya yang dijaga sejak kecil, tetapi Fynn melayannya seperti anak sendiri. Fynn sering berkongsi momen kemesraan keluarga kecilnya di laman sosialnya.

Terbaru dikatakan Fynn Jamal yang terkenal menerusi lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan ini bakal menimang cahaya mata kedua. Berita gembira ini dikhabarkan di laman IG beliau sempena sambutan ulang tahun lahir suaminya dan mendapat reaksi positif daripada netizen.

AMBIL ANAK ANGKAT

Namun begitu menurut Fynn, anak tersebut bukanlah yang dikandungnya tetapi seorang lagi anak angkat yang bakal diambil sebaik sahaja dilahirkan nanti.  Lebih menggembirakan lagi bayi kedua yang bakal diambilnya nanti adalah perempuan. Nampaknya Arjuna akan mendapat teman sebaik bayi berkenaan dilahirkan.

Sudah pastinya kegembiraan mereka sekeluarga akan bertambah berganda nanti dan dalam masa sama Fynn turut meminta semua peminatnya yang juga follower setianya ini mendoakan segala urusan mereka berjalan dengan lancar.

Sebagai persediaan awal, Fynn Jamal juga sudah memulakan proses membuat stok untuk susu badan yang bakal diberikan pada bayinya nanti. Perkongsian itu mendapat  reaksi positif daripada followernya yang turut memberi semangat dan mendoakan Fynn untuk kekal berusaha untuk membuat stok susu berkenaan.

JADI PERDEBATAN

Bagaimanapun perkongsian Fynn dalam IG mengenai post ini mengundang sedikit perdebatan di kalangan pakar laktasi dan juga kaum ibu yang lain. Namun Fynn tidak melatah dengan isu itu dan menjawabnya dalam post lain.

Dia turut menerangkan bagaimana mereka yang tidak diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata ini kerana pelbagai masalah seperti hormon, pendarahan atau ketumbuhan menyebabkan mereka diberi pilihan untuk berkongsi memberi susu pada anak yang diambil itu nanti.

Biasalah Fynn, manusia ini selagi bergelar hamba Allah akan ada rasa tidak puas. Namun apa yang penting, niat Fynn itu sangat mulia untuk menjaga anak lain yang bukan darah dagingnya. Admin doakan Fynn terus istiqomah dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FYNN JAMAL

 

 

Published by
Siti Zurina