Personaliti yang seorang ini memang punya keistimewaan tersendiri. Walaupun dia bukanlah seorang yang begitu aktif dalam dunia seni, hanya sekadar satu dua single nyanyiannya, namun pemilik nama Nur Affina Yanti Jamalludin atau mesra dipanggil Fyn Jamal ini cukup popular di alam maya. Malah instagram beliau juga mempunyai pengikut 995K.

Kalau sebelum ini penampilan beliau hanya berjubah hitam dan berhijab labuh, tetapi berubah apabila kini Fynn lebih selesa mengenakan niqab dalam penampilan di kahalayak. Sikap Fynn ini memang patut dipuji kerana perubahan dalam dirinya yang cukup istiqamah dalam perjuangan. Malah pengalaman hidup beliau yang uni juga juga menjadikan dirinya sering dapat jemputan untuk perkongsian motivasi.

AKTIF DI MEDIA SOSIAL

Semua sedia maklum, Fynn Jamal yang juga sering berkongsi resipi memasaknya dalam laman IGnya ini juga turut bahagia meniti kehidupannya bersama suami tersayang dan seorang anaknya, Bakti Arjuna Fitri yang kini berusia 5 tahun.

abang long bermata redup.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Biarpun ramai sedia maklum Arjuna adalah anak angkatnya yang dijaga sejak kecil, tetapi Fynn melayannya seperti anak sendiri. Fynn sering berkongsi momen kemesraan keluarga kecilnya di laman sosialnya.

Ads

Terbaru dikatakan Fynn Jamal yang terkenal menerusi lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan ini bakal menimang cahaya mata kedua. Berita gembira ini dikhabarkan di laman IG beliau sempena sambutan ulang tahun lahir suaminya dan mendapat reaksi positif daripada netizen.

9 tahun. 9 tahun yang macam2. . sedih, riuh, serabut, gempita. semua ada. lengkap setiapnya dalam 9 tahun kita. . you are the best husband to me, a much better father to our son. menantu ibu abah yang saya bangga sebagai suami, anak mama ayah yang saya harap anak saya akan jadi satu hari nanti. . adakah awak sempurna? jauh. adakah awak terbaik dari semua? tidak juga. . tapi الله cukup kenal saya. ketidaksempurnaan awak dan kebukanterbaikan awak menyempurna saya secara yang terpaling baik. . awak adalah hadiah terindah dari الله untuk saya. . saya selalu beritahu awak: kalau awak tak ada, matilah saya. sebab saya dah tercacatkan dari kebiasaan saya berdikari selama ini. . hari ini saya ucap lagi: saya tak tau dari mana nak mula kalau الله takdirkan terdahulu awak pergi. . terima kasih kerana sudi bersabar dgn saya. mengiyakan silap saya di waktu saya sendiri tau tentangnya. membetulkan bila perlu, mendiamkan bila ia mampu menjadikan saya malu. . jgn penat dgn saya. jgn rimas. jgn lemas. . sebab saya dan juna perlu awak; kerana tiga adalah jumlah lengkap kita– tak boleh tidak. . selamat sembilan, kekasihku @trihadzir. semoga kita bersatu di keabadian hingga akhir.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

AMBIL ANAK ANGKAT

Namun begitu menurut Fynn, anak tersebut bukanlah yang dikandungnya tetapi seorang lagi anak angkat yang bakal diambil sebaik sahaja dilahirkan nanti.  Lebih menggembirakan lagi bayi kedua yang bakal diambilnya nanti adalah perempuan. Nampaknya Arjuna akan mendapat teman sebaik bayi berkenaan dilahirkan.

Sudah pastinya kegembiraan mereka sekeluarga akan bertambah berganda nanti dan dalam masa sama Fynn turut meminta semua peminatnya yang juga follower setianya ini mendoakan segala urusan mereka berjalan dengan lancar.

Ads

Sebagai persediaan awal, Fynn Jamal juga sudah memulakan proses membuat stok untuk susu badan yang bakal diberikan pada bayinya nanti. Perkongsian itu mendapat  reaksi positif daripada followernya yang turut memberi semangat dan mendoakan Fynn untuk kekal berusaha untuk membuat stok susu berkenaan.

FAQ ini khas utk ibu2 angkat yang nak upgrade jadi ibu susuan; tentang cara nak simpan susu. . sebelum apa: ye. PENAT. dan ye. SAKIT. sebab ini tak natural. tapi KENA jugak buat. . sebab apa? sebab kalau kita tak jadikan anak angkat kita anak susuan— apakala mereka tidak lagi mumayz (dah period / dah mimpi matang)— terbataslah aurat kita dengan anak itu tadi. . bermakna, macammana sayang pun kita pada dia, macammana mmg tak ada sekelumit pun rasa cinta selain cinta mak dan anak— dia TETAP batal wudhu’ dengan kita. . can you imagine nanti kita ajal, anak yang kita sayang tu tak boleh kucup jenazah kita? bayangkan anak2 kita dah beranak pinak, tapi kalau bawak cucu kat kita nak lepak2, dia still tokleh bercokin2 pakai kain pelikat tak pakai baju depan kita? haaa sedih, kan? . or worse, kalau anak kita perempuan, kita ajal dulu, anak perempuan kita boleh jadi fitnah duduk berdua dgn suami kita— bapa angkatnya yg mengiqamatkan dia. . haaaaa. maka bersedia dari awal. #FJSusu. . baby xde pun xpe. buat je dulu bila rasa dah bersedia. kalau beku, dia boleh tahan setahun. so dlm setahun tu— doalah. insyaAllah الله permudah. . ok kembali kepada cara. . senang je sebenarnya. lepas susu dah mula keluar, walau pun cuma tiga titik. SIMPAN. . what you need: botol / bekas. . masuk 3 titik (kalau tiga titik la. kalau lebih lagi bagus). terus bekukan. jangan berlengah. nanti next pump, keluar lagi 3 titik. masuk dalam bekas sama. bekukan lagi. . ulang ulang ulang ulang. sampai satu bekas tu sekali kenyang. . buat LIMA bekas. untuk LIMA kali kenyang. ada khilaf kata 3. tapi aku suka safe than sorry. . bayi baru lahir cuma perlukan susu sebanyak sesudu (atau kurang) je masa hari pertama. perut dia saiz kacang je masa tu. so rebut peluang susukan seawal mungkin. . masalah mak2 angkat adalah perangai “nanti2”. so bila bayi dah 2 bulan— level kenyang dia adalah 4oz. so bayangkan macammana serabut mak2 angkat tadi nak buat bank susu dari 3 titik yang keluar. . dan bersekali dgnnya— terus give up. dan tiba2 terus marah الله sebab syarat sah susuan. . jangan gitu. hukum الله SEMUANYA bersebab. . ok semua mak2 angkat! usaha dan doa banyak2 okeh! . repeat after me: AKU IBU SUSUAN! jyeah!!

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

JADI PERDEBATAN

Bagaimanapun perkongsian Fynn dalam IG mengenai post ini mengundang sedikit perdebatan di kalangan pakar laktasi dan juga kaum ibu yang lain. Namun Fynn tidak melatah dengan isu itu dan menjawabnya dalam post lain.

Dia turut menerangkan bagaimana mereka yang tidak diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata ini kerana pelbagai masalah seperti hormon, pendarahan atau ketumbuhan menyebabkan mereka diberi pilihan untuk berkongsi memberi susu pada anak yang diambil itu nanti.

Ads

seperti yang diagak: jadi isu. . semua benda dalam dunia ni, memang boleh dipertikai. sedangkan hukum الله yg definite pun mmg ada jenis yg suka tanya kenapa— apa lagi hukum dunia. . entri semalam tentang simpan stok susu itu adalah untuk IBU SUSUAN yang BUKAN secara natural. . but no. SEMUA nak masuk campur. semua termasuk exclusive breastfeeding moms, pakar2 laktasi, pakar2 artikel dan macam2 lagi. . orang2 yang bukan pun ibu susuan tiruan seperti kami. . macam ni. untuk menenangkan keaadan, biar aku beritahu fakta ibu2 susuan tiruan ini. . 1) asal usul kami . rata2 kami ini bermasalah hormon / ada ketumbuhan / ada masalah pendarahan / abnormaliti. sebab itulah kami tak mampu ada anak at the first place. lalu menjadikan kami opt for adoption. maka memerlukan kami menyusukan anak2 angkat kami. . 2) hasil kami secelet . bermakna— dengan ubat2 memaksa susu ini— yang mampu keluar sekali pam— BIASANYA sekadar 3,4 titik. serius. . yep. majoriti kami tak pernah merasa sekali pam sampai secawan. sesudu tu kira banyak dah tu weh. sehari ada la 5 sudu. itu pun kalau dpt. . 3) objektif besar . bayangkan sehari sekadar dapat 5 sudu. sebulan pam pun ITU lah dia tu. nak sampai level sehari 5 sudu itu pun, org tak tau level solat hajat dan telefon mak abah punya mintak doa. . tapi xpe. sebab goal utama adalah utk dapatkan 5 botol agar dpt 5 kali kenyang. 5 kali kenyang itu pula— settle dalam sehari biasanya. KAH! . 5 sudu sehari. nak dapat 5 botol. sebulan atau lebih. habis dalam sehari. dan sebab kami bukan ibu susuan natural— ketumbuhan kami biasa keradangan, hormon kami jadi kecelaruan. namun semua berbaloi— asal anak dpt jadi susuan. . MAKA. . yes. kami tak dpt nak fokus khasiat susu. kalau setiap 3 titik kami nak letak dlm satu bekas. takkan kami perlu simpan 100 botol berasingan? . dan cakap jujur2. pernah tak simpan 3,4 titik? tuang cecair 3 titik pada cecair yg telah beku— tak sampai satu saat— temperature terus sama. itu sains. . jgn risau. selesai sehari dia habiskan 5 botol tadi— kami ibu bapa angkat susuan ini selalunya akan beli susu paling mahal di kaunter. percayalah. . life is not a competition, my darling friends. have empathy. . belas itu kan islam?

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Biasalah Fynn, manusia ini selagi bergelar hamba Allah akan ada rasa tidak puas. Namun apa yang penting, niat Fynn itu sangat mulia untuk menjaga anak lain yang bukan darah dagingnya. Admin doakan Fynn terus istiqomah dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FYNN JAMAL

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI