Netizen ‘Syak’ Neelofa Hamil Lagi – “Berisi Lain Macam! Alhamdulillah Bilal Nak Jadi Abang..”

Share

Usahawan selebriti terkemuka, Noor Neelofa Mohd Noor yang juga isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail sering menjadi sorotan netizen dan para peminatnya dalam setiap ‘tindak takduk’ dan perilaku yang dipaparkan kepada umum.

Terbaharu, penampilan selebriti jelita itu sekali lagi menjadi ‘buah mulut’ apabila dilihat semakin berisi dan mengenakan dress bertali belakang, persis wanita yang sedang hamil.

Neelofa Mengandung Anak Kedua Ke?

@seorangnur Kita letak yang maneh2 ada 2 orang ni je 🤭😜 #neelofa
#harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Dil Kya Kare – Jatin-Lalit & Udit Narayan & Alka Yagnik

Sehubungan itu, timbul beberapa spekulasi liar oleh netizen yang mengesyaki bahawa bekas pengacara MeleTOP itu kini sedang hamil anak kedua.

Spekulasi tersebut timbul sebaik sahaja tular video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @seorangnur memaparkan selebriti berusia 33 tahun itu sedang ‘shooting’ bersama suaminya Haris Ismail.

Artikel berkaitan: “Tembam Menjadi-Jadi!” – Netizen Tak Keruan Lihat Kegebuan Bilal

Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan Neelofa yang kelihatan anggun dalam dress hijau yang mempunyai tali seperti baju khusus bagi wanita hamil, malah pertambahan berat badan Neelofa yang ketara juga dilihat sinonim dengan perawakkan ibu hamil.

Selain itu, gerak tubuh Neelofa yang dilihat
kekok serta agak sukar untuk duduk sewaktu menghulurkan secawan air kepada Haris juga menimbulkan lebih banyak persoalan.

Hijabista berkesempatan meninjau keruangan komen pada hantaran video tersebut untuk melihat reaksi peminat Neelofa dan juga wargamaya.

Hasil tinjauan mendapati, rata-rata netizen meninggalkan komen bersetuju bahawa ibu kepada Muhamad Bilal itu kini sedang hamil anak kedua, dan Bilal bakal menjadi abang kelak. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet.

“Dr sudut bentuk bdn. Mmg mcm.. InsyaAllah semoga Allah jaga ya… Aaaamiiin.

“Betui ka….Bilal nk dpt adik tu…..Aamiin….. yd blkng tu sungguh2 kipas awat lofa panas sgt ka……😂😂🥰🥰🥰.

“nampak dah perut lofa for 2nd baby🤩

Sumber: Tik Tok @seorangnur & Instagram Neelofa

Artikel berkaitan: Cecah Usia 10 Bulan, Neelofa Teruja ‘Bilal’ Dah Mula Bertatih – “Dah Boleh Jalan Dah Dia, Empat Lima Langkah, Jatuh.”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir