Rozita Che Wan antara selebriti yang paling bijak bergaya. Tak kiralah sewaktu hadiri majlis rasmi, santai ataupun pergi bercuti. Kita boleh lihat penampilannya ‘top to toe’ lengkap sekali dan dia juga bijak mengambil gambar selfie. Sebelum bergelar pelakon, Che Ta adalah seorang model. Dia juga antara selebriti yang sering menggayakan baju pengantin daripada pereka terkenal antaranya Man Kajang. Jadi apabila sekali lagi Che Ta memperaga ‘dress’ pengantin untuk koleksi pereka Minaz sempena Bridal Show, fotonya sekali lagi jadi tumpuan ramai. Lengkap dengan veil
dan bunga tangan, gaya Che Ta tak ubah seperti patung Barbie Doll.Foto dimuat turun di laman Instagramnya ini mendapat komen cukup positif dari netizen. Ramai memuji kecantikan Che Ta dan nampak begitu kena sekali baju berkenaan diperaga Che Ta.Bukan itu sahaja, ada juga usikan nakal dari netizen yang menyuruh Che Ta bersanding lagi dan menggayakan baju ini nanti sempena ulang tahun perkahwinan.
Che Ta juga dikatakan awet muda seperti usia 30-an dengan menggayakan busana pengntin cukup indah ini. Dengan tubuh langsing begitu, pastinya membuatkan ramai yang cemburu bagaimana ibu anak 3 ini menjaga penampilannya hingga boleh menyarung dres indah ini.
Admin percaya siapa yang sudah berkahwin pasti akan rasa macam nak naik pelamin balik melihat gaya pengantin Muslimah digayakan Che Ta.
@thats_siti Barbie doll mai dah
@noraidah_ismayel Cantik sgt la che ta ni..bila pkai baju gown wedding ni mcm barbie doll..
@mashi_exclusive Ya Allah… cantiknya Che Ta!!!!!!
@dkn_vk Cantik nmpak ayu gitew…mcm umor 30an gitew ..
@nurulazurainie fuhh anniversary nnti che ta boleh la buat sanding lagi @rozitachewan1
@drhudaibrahim84 Beautiful
@gurlsgerobok Cantik sgt dress ni
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN