Semakin ramai selebriti yang mula berhijab dan ada juga yang seperti mahu cuba-cuba berhijab. Antaranya selebriti dan juga pelawak Jihan Muse yang muat turun satu foto dia mengenakan hijab menutupi mahkotanya.
Dalam foto berkenaan menunjukkan Jihan dan anaknya mahu bercuti ke Jepun. Foto berkenaan telah menarik perhatian netizen dan ramai mengharapkan pelawak popular ini kekal berhijab.
siti_nurasyikinsalleh semoga kak istiqomah inshaallah nanti bertutup aurat dengan sempurna dengan izinNya ❤️ semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. aamin Inshaallah @jihanmuse
Sebelum itu Jihan juga memang ada seperti cuba-cuba memakai hijab walaupun tidak sesempurna wanita berhijab lain.
Misalnya seperti di majlis aqiqah anak sulungnya itu di mana Jihan menggayakan hijab separuh. Begitu juga ketika majlis perkahwinan teman baiknnya, Shila Amzah.
Biarpun masih dalam demam pilihanraya, namun tidak membataskan buat pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya Doktor Puteri Julia Nabilah. Majlis pertunangan ini dilangsungkan di kediaman Ziela Jalil sendiri dengan berkonsepkan floral.
Dalam majlis yang dilakukan secara sederhana ini, Doktor Puteri Nabila mengenakan persalinan kurung moden rona merah jambu lembut sedonon dengan hijab.
Solekan dan dandanan ringkas juga turut yang menyerlahkan kecantikan wajah Julia yang persis wanita Korea.
Penampilannya yang santun ini juga turut mendapat perhatian dan pujian dari netizen. Jelas terserlah kegembiraan di wajah anak sulung pemilik syarikat Pena Creatives sdn Bhd.
Pelamin untuk majlis ini juga cukup indah dengan mengetegahkan rimbunan floral dalam menyemarakkan lagi suasana di majlis berkenaan.
Menurut ibunya, dekorasi cukup indah untuk majlis pertunangan anaknya itu adalah hasil idea kreatif, Razak Flora.
Difahamkan pasangannya juga adalah seorang doktor, Dr Dziya Faqhran Dato’ Mahmod Fauzi.
Julia juga dalam status dimuat turut di laman sosialnya memberitahu sambutan hari ibu kali ini cukup bermakna dan bahagia dikurniakan dua wanita yag cukup hebat, ibunya Datuk Ziela Jalil dan juga bakal ibu mertuanya.
Sebelum itu Puteri Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun lalu dan selamat bergelar doktor.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga ikatan ini akan berakhir di jenjang pelamin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Pastinya ramai wanita yang amat menitikberatkan penjagaan wajah. Kadang-kadang dalam sebulan pasti habis banyak wang. Namun hijabi tahu tak dengan kos yang murah, anda pun boleh cantik! Bukan sahaja murah, malah buat sendiri sahaja di rumah.
Membersih wajah adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan setiap hari untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai jenis masalah kulit seperti kusam, berminyak dan berjerawat.
Kulit cerah, licin tanpa cela menjadi idaman semua wanita. Bahkan, ramai yang sanggup berhabis duit pergi ke salon kecantikan atau menggunakan produk mahal untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ dengan cepat. Namun hijabi tahu tak ada cara lain yang boleh anda cuba dengan bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang berseri ni?
Salah satu caranya adalah dengan eksfoliasi. Eksfoliasi membantu menanggalkan sel kulit mati dan pengumpulan kotoran lain yang boleh menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat, serta membantu kulit kelihatan lebih cerah dan licin.
Cara terbaik untuk eksfoliasi wajah adalah dengan skrub semulajadi. Kebanyakan orang menganggap kopi hanya sebagai minuman pagi, namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan eksfoliasi.
Manfaat skrub kopi & gula
Menurut healthline, skrub kopi dan gula ialah cara terbaik untuk eksfoliasi dan membuat kulit jadi lembut dan licin. Kafein dalam kopi membantu menegangkan kulit, manakala gula membantu mengelupas sel kulit mati. Berikut adalah diantara manfaat scrub kopi dan gula:
Anti-penuaan
Scrub kopi dan gula ialah eksfoliasi semula jadi yang membantu menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, serta kedutan dan jeragat kurang kelihatan. Scrub gula kopi boleh membantu meningkatkan peredaran dan keanjalan kulit.
Mencerahkan kulit
Scrub gula kopi adalah cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang berseri. Penggunaan serbuk kopi, minyak dan gula secara konsisten boleh memperbaiki penampilan kulit anda dengan meremajakannya dan memberikannya cahaya segar.
Membaiki kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV
Kopi adalah sumber antioksidan yang kaya yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Scrub gula kopi juga meningkatkan aliran darah dan membantu melindungi kulit yang rosak akibat matahari serta memperbaiki penampilan bintik-bintik gelap atau hiperpigmentasi.
Membantu menghilangkan stretch mark
Menggunakan scrub gula kopi untuk kesan regangan(stretch mark) mempunyai banyak manfaat. Kopi membantu menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit dan menjadikan kesan regangan kurang kelihatan.
Cara membuat skrub kopi dan gula
Bahan:
1/2 cawan serbuk kopi
1/2 cawan gula (gula perang atau gula pasir)
1/4 cawan minyak kelapa atau minyak zaitun
Campurkan semua bahan supaya tekstur scrub tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Hijabi boleh memindahkan scrub ke bekas kedap udara dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.
Seterusnya, gunakan scrub pada lengan, kaki dan muka anda sekali atau dua kali seminggu. Caranya, tuangkan 1-2 sudu besar scrub ke dalam tapak tangan. Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 45-60 saat. Bilas apabila anda selesai.
Mungkin terdapat sisa berminyak pada kulit selepas itu. Anda boleh mencucinya dengan sabun, atau membiarkannya untuk membantu melembapkan kulit. Jangan lupa untuk menggosok kulit dengan berus kering terlebih dahulu karena ia akan mengeksfoliasi dan merangsang aliran darah serta membuat scrub menjadi lebih berkesan semasaandamenggunakannya.
Wanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
5 perkara boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
1. Mengurangkan dan mengawal pengambilan garam
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
2. Elakkan minuman berkafein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!
3. Minum air secukupnya
Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
4. Tukar pad setiap 4 jam
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
5. Tambahkan kalsium & magnesium
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...