Netizen Respek Jurusolek Popular, Syedewa Mekap Pengantin Pakai Glove, Hasilnya Tetap Cantik & WOW

Share

Melihat kejelitaan selebriti yang hadir di majlis tertentu menyebabkan kita juga teringin untuk bersiap begitu, terutama untuk majlis pernikahan atau perkahwinan. Kebanyakan dari mereka menggunakan khidmat jurusolek untuk memastikan penampilan lebih menawan berbanding kebiasaan.

Namun sebilangan jurusolek yang popular dan kreatif ini adalah lelaki dan pastinya menjadi kekangan kita sebagai wanita Muslim dek kerana batas aurat.

Walaupun begitu, ada juga sebahagian jurusolek lelaki yang tetap menjaga batas aurat dengan pelanggan perempuan mereka. Salah seorang adalah jurusolek popular Syedewa.

Pemilik nama sebenar Syed Mohamad Fahmi Syed Shabtar ini sering menyolek wajah selebriti terkenal seperti Nora Danish, Neelofa, Che Ta, Scha Al-Yahya, Nabila Razali dan beberapa lagi artis popular lain.

Baru-baru ini dia ada muat turut video demo solekan di laman twitter dan instagramnya. Apa yang menarik perhatian netizen apabila, Syedewa menggunakan sarung tangan untuk menyolek bakal pengantin.

Rata-rata netizen memuji cara Syedewa ini yang tahu untuk menjaga batas aurat antara lelaki dan perempuan.

Guna sarung tangan.

Malah bakal pengantin juga dilihat pastinya tidak rasa ragu-ragu menggunakan khidmat jurusolek lelaki kerana penggunaan sarung tangan berkenaan.

Dalam video itu juga netizen meninggalkan maklum balas mengenai penggunaan sarung tangan berkenaan. Masing-masing mengkagumi hasil kerja jurusolek popular ini.

Mereka turut kagum dengan hasil kerja yang cukup kemas dan teliti walaupun seorang lelaki dan begitu menjaga batas dengan wanita yang disentuhnya.

Masya-Allah cantiknya

fys_cafe Masya-Allah cantiknyer…sentuhan jari-jemari Syedewa memang cenggini

fiefi_mohar Sweet & natural

syuhadaseha lawanye makeup mcm ni..cantik..pengantin pun cantikk

devi.umah Lovely looks natural

Respek dengan hasil kerja

lilyroses01 respect… syed dewa guna glove…. sentuhan magissss..

haniassraf Lovely  and highly respect to u @syedewa good job

homestay_cameron Fuhhh.. respek sgt dgn glove tu. N hasil tuuuuuuu masyaAllah… superb giler!!

tantankitchen Respect & love

Pakai glove…terbaik

sya_ws Syed pakai glove now

laniaismail Wowsss da pakai sarung tangan da sekrang… thumbs up..

misszakiya Omg syedewa pkai glove…onzzzz

eymma_noh Effortless gila makeup ni! And impress sebab syed pakai glove. Salute!

kubeez Wah pakai glove..twrbaik

rynn_09 Pakai glove pon still sgt sgt cantik…

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYEDEWA

Published by
Siti Zurina