Siapa tidak kenal dengan aktor kacak Mohd Shukri Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya, setelah namanya menjulang naik selepas drama 7 Hari Mencintaiku menjadi fenomena di Malaysia.
Shukri merupakan figura yang tidak asing lagi dalam industri seni negara kerana sering menghiasi kaca TV dengan lakonan mantapnya, sehingga menjadi kegilaan gadis-gadis mahupun para wanita dek ketampanan wajahnya.
Bagaimanapun, tindakan pelakon dan juga pengarah itu yang bermesra secara terbuka bersama isterinya ketika Live, telah mengundang rasa geram netizen dan ketidakpuasan hati netizen.
Hantaran video yang dimuatnaik di TikTok menerusi akaun @syukritya_ itu memaparkan isterinya Tya sedang melakukan siaran langsung live sebelum menyapa suaminya apabila melihat suaminya lalu di hadapan.
Membalas sapaan isterinya itu, Shukri dengan spontan telah mencium isterinya ketika live sedang berlangsung sebelum dia keluar.
Tidakkan Shukri yang dilabel sebagai ‘Sweet Overload’ itu telah membuatkan netizen terutamanya yang single tidak keruan melihat kemesraan pasangan itu.
Antara komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran itu, adalah netizen meminta mereka agar menghormati netizen yang single dan belum mempunyai pasangan hidup.
“Tiba-tiba rasa taknak bernafas.”
“Maaf berkomen…tolong hormat yang single ye…😅😅😅
Ads
“First time artis buat aku pecah kan telefon aku sendiri
Selain itu, tidak kurang juga ada antara netizen yang menyesal membuka aplikasi tiktok pada ketika itu kerana video tersebut merupakan video yang pertama lalu di tiktok sehingga mereka rasa mahu mencampakkan telefon bimbit selepas melihat aksi itu.
Terdapat juga netizen yang bertindak mematikan telefon sejurus melihat video tersebut.
Ads
Untuk Rekod, Shukri memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko.
Pada 20 November 2015, Shukri telah berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah Adnan (Tya Adnan) dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Empat tahun kemudian, lahir pula cahaya mata kedua Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.
Namanya pernah menjadi sorotan ketika masih aktif dalam dunia ratu cantik, hingga tersenarai sebagai peserta top 16 Miss Universe Phillipines pada tahun 2021. Bagaimanapun, nama Jasmine Umali kembali meledak pada pertengahan tahun lalu, apabila dia mengumumkan penghijrahannya memeluk agama Islam.
Sebelum ini, bekas ratu cantik popular asal Manila ini memuat naik dalam satu hantaran instagram potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal.
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimanakah permulaan bekas ratu cantik ini mula menerima hidayah sehingga terbuka hati untuk menjadikan agama Islam sebagai satu pegangan dalam hidupnya. Ini penjelasan Jasmine Umali tentang bagaimana dia menemui cahaya Islam.
Kerap Terbang Ke ‘Timur Tengah’ Buka Mata Jasmine Tentang Islam
“Mengimbau kembali ke 2017. Momen ini mungkin merupakan panggilan pertama saya kepada Islam. Ia adalah penerbangan pertama saya dan 6 hari persinggahan sebagai pramugari antarabangsa.
“Ini kali pertama saya mencuba abaya dan tudung juga. Walaupun saya tidak belajar banyak tentang Islam pada masa itu, ia pastinya membuka mata.
“Selepas beberapa hari, syarikat penerbangan tempatan kami menutup penerbangan ke Abu Dhabi dan saya adalah salah seorang pramugari bertuah yang dapat menikmatinya.
Sejak itu, saya sering terbang ke destinasi timur tengah yang lain dan saya menyukainya. Alhamdulillah kini saya faham bahawa Allah swt membimbing saya ke jalan ini,” ujarnya penuh makna.
Menyifatkan penghijrahannya sebagai satu proses pembelajaran, Jasmine yang tampil sopan berhijab turut menyatakan yang dia mengagumi kemesaran yang maha Esa.
Kongsinya lagi, “Semoga Allah SWT memudahkan kita, membersihkan fikiran kita, meletakkan kegembiraan dalam hati kita, meningkatkan iman kita, mengangkat darjat kita di luar jangkaan dan membimbing kita ke mana pun kita pergi.”
Semoga kisah penghijrahan Jasmine ini menjadi inspirasi kepada Nonarians untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Salah satu sikap yang murni adalah dengan melakkan kebaikan tanpa mengira siapa pun mereka. Setiap pertolongan itu juga tidak akan kita sangkal satu kebaikan yang ‘lebih’ kita bakal terima.
Tular satu video menunjukkan seorang gadis bekerja sebagai juruwang di stesen minyak belanja pelanggannya kerana tidak membawa dompet. Tindakannya itu meraih ramai wargamaya untuk jadikan salah satu contoh kebaikan yang boleh dibuat walaupun kecil.
Video perkongsian dari TikToker@pinn_yang itu menunjukkan situasinya yang terlupa membawa dompet untuk membeli sebotol minuman isotonik. Dia pula memaklumkan gadis itu mengenainya untuk melihat reaksinya.
Setelah mendengar keluhan dari Pinn Yang, juruwang stesen minyak yang bernama Tasha itu terus menawarkan untuk belanjanya minuman tersebut. Dia juga kelihatan bersahaja untuk membayarkan minuman itu tanpa menyoalkan apa-apa.
Dalam situasi itu, Pinn Yang menjelaskan ini hanya eksperimen sosial yang sering dia lakukan. TikToker itu juga memberinya wang berjumlah RM50 oleh kerana niat gadis itu yang baik.
Terkejut dan terharu melihat pemberiannya, Tasha mengucapkan terima kasih meski pun tawarannya hanya untuk membayar minuman yang berharga tak lebih dari RM10.
Video yang dikongsikan semalam itu telah mendapat tontonan sebanyak 966.6 ribu viewer. Ramai juga yang memuji dan mendoakan kesejahteraan atas baik budi juruwang bernama Tasha itu.
“Laju dia cakap dia belanja. Maknanya dia tak fikir apa-apa pun, janji encik dapat minum. Terima kasih Tasha!
“Laju dia cakap ‘takpe saya belanja’. Sungguh ikhlas dia nak membelanja,
“Bila dia bertegas nak belanja, memang betul-betul tidak kisah dan ikhlas.” tulis wargamaya melihat keikhlasan gadis itu.
Sekadar info, Pinn Yang juga banyak melakukan eksperimen sosial ini sebagai konten utama di akaun TikTok miliknya. Banyak juga video yang menunjukkan kebaikan rakyat Malaysia seperti kisah gadis juruwang ini.
Ada pelbagai warna yang cukup memberi ketenangan dan salah satunya adalah biru. Namun jika salah padanannya akan menyebabkan pemakaian baju warna ini mencacatkan penampilan. Dalam posting Puan Mary seorang Perunding Imej Profesional di laman sosial facebook memberi cadangan padanan bersesuaian untuk digayakan bersama warna biru.
Menurut Puan Mary, ramai yang meminati warna biru ini kerana kajian menunjukan bahawa warna biru memiliki peminat paling ramai berbanding warna-warna lain.
Warna biru digambarkan sebagai warna yang memberikan efek ketenangan dan kedamaian.
Ayuh lihat apa padanan warna pakaian yang sesuai dipadankan dengan warna biru ini.
Idea 1 – Kombinasi cukup menarik
Idea 2 – Boleh juga disesuaikan dengan warna gelap.
Idea 3 – Kombinasi warna kontra turut menarik perhatian.
Idea 4 – Rona nude juga cantik digayakan dengan biru.
Idea 5 – Padanan rona pastel juga tampak bersesuaian dengan biru.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...