Semalam telah berlangsung majlis resepsi kedua mempelai, Izara dan Adib Khalid di sebuah hotel terkemuka ibu kota. Sama seperti majlis akad nikah, penampilan Izara malam itu sangat cantik dan ‘perfect’ sekali. Busana moden yang digayakan Izara memperlihatkan dirinya umpama seorang puteri. Lebih-lebih lagi apabila bergandingan dengan Adib yang tampak kacak mengenakan suit.

Kalau di majlis nikah tempihari, teruk penampilan Izara dikutuk netizen, tetapi kali mendapat pujian melambung. Izara diumpakan seperti Queen dalam persalinan daripada pereka terkenal Rizman Ruzaini.

Tak kurang juga penampilan Izara macam anak patung, Princess Elsa Frozen, juga diumpakan seperti artis Bollywood dalam satu filem dan definasi kecantikkannya juga diibaratkan seperti angels.

Ada juga memuji gaya Izara seperti Greek Princess dan memang layak digelar pengantin. Ada juga mirip Emma Watson dalam filem Harry Porter.

Ads

@sarahbais83 Seriously. … cantik gilerrr. ..I love that dress n crown.

@isz_zam woww mcm puteri raja.. impresses

@m_eqone Love it .. mcm greek princess 

@ziegiman Beautiful and stunning bride..

@massroses_88 Sesuai sgt baju ni dgn izara.. Perfect!

Ads

Netizen bukan sahaja memuji busana tetapi juga crown digayakan walaupun tanpa layah panjang, ia cukup membuatkan penampian Izara cukup sempurna.

Bukan itu sahaja mekap Izara juga menyerlahkan lagi kejelitaan wajah ratu sehari ini. Izara mendapat sentuhan Bosco untuk menata rias wajahnya yang sememangnya sudah cantik.

Ads

Malah kali ini ramai netizen yang mahu menjadikan wedding dress Izara sebagai inspirasi untuk majlis mereka nanti. Dress putih perak dengan perincian merpati dalam bentuk jemeki ini memang layak dianggap sebagai busana pengantin paling cantik untuk tahun ini.

Walau pelbagai komen netizen, empunya diri pastinya lebih tahu rekaan mana yang sesuai dengan dirinya. Admin suka kedua-dua busana kerana ia adalah nilai dan cerita tersendiri. Janganlah mahu membandingkan kedua-dua pereka ini kerana masing-masing punya kreativiti tersendiri.

Artikel Lain: Veil Izara Bakal Jadi Trend Pengantin

KREDIT FOTO: RIZMAN RUZAINI & BLACK PEPPER PRODUCTION

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI