Manis sekali pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan Laudya Cyntia Bella dalam satu majlis khatam Quran di kediamannya minggu lalu .
Walaupun tidak tahu tujuannya untuk apa, tetapi dalam instagram milik Bella seolah-olah membayangkan pelakon ini bakal menamatkan zaman gadisnya September ini.
“One step closer to happiness”
Ini Part of the best moment in my life,proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”.
Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati.
Terimakasih ya Allah
Apa-apa pun admin ucapkan tahniah jika benar dan pastinya suara Bella cukup merdu memperdengarkan bacaan suci Al-Quran.
Ads
Dalam majlis penuh sederhana itu, Bella turut ditemani keluarga serta sanak saudara dan juga teman rapat yang berada di sisinya yang turut sama-sama merasai momen kegembiraan buat dirinya.
Cuma di hujung majlis tatkala Bella mencium kedua ibu bapanya, admin sedikit sebak apabila Bella berkata,
“Insya-Allah, hati dan cinta Bella tetap akan bersama keluarga”.
Begitu kukuh sekali ikatan kekeluargaan dan ternyata Bella begitu menyayangi keluarganya. Begitu sukar untuk dilepaskan begitu sahaja.
Ads
Ternyata setiap post yang dimuat turut di laman instagram miliknya mendapat ‘like’ yang cukup banyak sehingga ada mencecah 700 ribu ‘like’. Peminatnya juga turut memuji kecantikan Bella yang natural dan begitu asli sekali.
Solekan yang dikenakan di wajahnya juga begitu sederhana tetapi tetap terlihat manisnya pelakon kelahiran Bandung ini.
Begitu juga dengan busana yang digayakan pada hari berkenaan. Terserlah seri bakal pengantin dengan rekaan dres kaftan bersulam renda dan kuntuman kelopak bunga.
Ads
Mahkotanya juga dijaga rapi dilitupi selendang labuh rona sedondon dengan kemasan manik di tepinya.
Kebanyakan follower Bella turut mendoakan kebahagiaannya dan berharap agar segalanya berjalan lancer hingga menjelang hari yang penuh dinanti itu nanti.
Apa pun peminat di Malaysia juga turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan jejaka yang bertuah memiliki hati Bella. Semoga ikatan yang bakal terjalin nanti kekal hingga ke jannah.
Ketika admin bertemu di majlis memperkenalkan koleksi terbaru busana Creacion, pengasasnya Datuk Siti Nurhaliza, kelihatan sedikit berisi.
Biarpun tubuhnya sedikit berisi, tetapi persembahannya petang itu cukup memukau. Malah beliau masih lagi ramah bercerita mengenai perkembangan terkininya dan juga gembira koleksi pakaian sempena Syawal 2017 telah berjaya dilancarkan.
Jika dibandingkan penampilan Siti dua tiga tahun kebelakangan ini memang nampak berbeza. Rupa-rupanya, tubuhnya berisi ada sebab. Bukan saja suka-suka kerana beliau sebenarnya dalam proses ‘family planning’.
Dalam satu temu bual bersama majalah tempatan, Siti mengakui memang dia alami berat badan yang mendadak.
Biarpun menyedari berat badan bertambah, namun Siti tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Beliau turut menjelaskan itu bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Inilah yang dikatakan pengorbanan.
Bagaimanapun, Siti tetap menjaga kesihatannya dengan bersenam bersama suami di gim setiap pagi. Mereka berdua akan meluangkan masa satu jam di situ.
Selain itu, dia juga turut mengambil makanan yang sihat. Katanya jika ada masa terluang Siti sendiri akan menyediakan menu sihat.
Sebenarnya tidak kisah pun jika penampilan Datuk Siti kelihatan berisi, kerana penyanyi nombor satu ini tetap kelihatan comel dan sangat sweet.
Malah ia tidak menjejaskan kemerduan suaranya yang gemersik dan cukup lantang apabila mendendangkan lagu.
Apa yang penting, suaminya Datuk Khalid adalah penyokong setia beliau dalam mengusahakan apa yang dilakukan kini.
Rasanya Datuk K tidak kisah sama ada Siti berisi atau tidak kerana kasih sayang mereka sudah cukup berpadu setelah hampir 11 tahun (Ogos ini) melayari kehidupan berumah tangga.
Kita doakan agar impian Siti untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan Tuhan setelah pernah mengalami keguguran tahun lalu.
Bila hujung minggu pastinya anda mahukan suasana yang santai dan relaks. Maklumlah, otak dah penat bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat.
Selain berehat di rumah, anda boleh luangkan masa dengan ‘melepak’ di sekitar kafe-kafe hispter yang turut memberikan anda ketenangan. Kopi dan kek, memang satu kombinasi yang paling sempurna untuk hujung minggu anda.
Hijabista paparkan 10 yang boleh anda kunjungi hari ini.
Wondermilk sememangnya mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan santai. Malah, persekitarannya juga mesra dan mempunyai tempat duduk yang luas. Wondermilk memang terkenal dengan kek cawannya yang cukup lazat.
Sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama rakan-rakan, Artisan Roast Coffee merupakan kafe yang digemari ramai. Admin kalau pergi sini, tak sah kalau tak order mocha. Terbaik mocha di sini.
Buat pencinta kopi, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kopi di sini seperti Cappucino, Mocha, Cafe Latte dan Mocha Caramel. Buat penggemar desserts, anda boleh cuba Almond Salted Caramel Cake dan Cheese Cake Brownies. Power habis!
Kafe yang cukup unik! Dekorasi kafe ini membayangkan anda seperti berada di dalam makmal kimia dan merupakan kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Menariknya, kafe ini turut menggunakan peralatan makmal seperti tabung uji, bikar, kelalang kon dan lain-lain lagi.
A post shared by Wood & Steel Cafe / Gallery (@woodandsteel) on
Wood & Steel sentiasa menyambut para pelanggan dengan keharuman aroma kopi yang cukup memukau. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan rasa kopi yang lazat menjadikan setiap sisipan begitu berbaloi.
A post shared by Cake Jalan Tiung (@cakejalantiung) on
Buat penggemar kek, kafe ini merupakan antara kafe yang wajib dikunjungi. Mempunyai hiasan dalaman yang ringkas namun menarik, kek yang dijual di sini memang enak dengan harga yang berpatutan.
Terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara, Rimba & Rusa mempunyai rekaan yang cukup menarik. Sesuai buat para hijabi yang gemar berselfie. Makanan yang dijual juga menarik dan lazat-lazat semuanya.
Kafe ini popular dengan sarapan pagi dimana kebanyakan hidangan adalah berasaskan telur, roti serta kopi yang sihat. Antara kafe yang popular di Sri Hartamas.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan momen manis itu dikenang seumur hidup. Maklumlah berkahwin hanya sekali dan rugi jika tidak menikmatinya dengan cara tersendiri.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, pelbagai cara dilakukan dan ada antaranya menjadi viral. Misalnya baru-baru ini pasangan dari Terengganu berkahwin dengan menggayakan baju yang sangat simple hingga mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Walau apa jua caranya, nawaitu tetap sama iaitu bagi memastikan majlis perkahwinan dikenang hingga ke akhir hayat.
Bagi selebriti, Anis Al-Idrus dan pasangannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, majlis kahwin mereka juga tidak terkecuali mencetus viral. Ini adalah gara-gara mereka tampil hipster di majlis perkahwinan dengan menyarung sneakers hingga mendapat perhatian netizen.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Dalam satu temu bual, Anis memberitahu memilih sneakers kerana mahukan keselesaan untuk bergerak ketika melayan tetamu di majlis dan bimbang tergelincir jika memakai tumit tinggi.
Sneakers yang digayakan Anis telah mencetus viral kerana jarang pengantin memilih kasut kanvas di hari bahagianya. Jika diteliti pembuatan sneakers ini juga cukup menarik dan lain daripada yang lain. Siapa agaknya orang yang mereka dan menghias kasut ini sebegitu cantik dan cukup kemas pembuatannya.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Apa yang bermain di fikiran, berapa lama masa diperuntukkan untuk menyiapkan detailing sneakers berkenaan. Admin berjaya menemui pereka dan penghias sneakers ini yang sebelum itu dia juga tidak tahu siapa empunya kasut berkenaan.
Pemilik nama Kamaliza Kamaruddin ini, berusia 43 tahun dan berasal dari Kg Selekoh Bagan Datuk Perak. Beliau sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang rekaan kasut terutama untuk majlis perkahwinan ataupun makan malam.
“Sebenarnya sejak kecil lagi saya sudah minat membuat DIY kraf untuk kelengkapan rumah juga hiasan manik pada baju. Oleh kerana minat mendalam saya mula menceburi benda baru dengan menghias kasut pula.
“Selalunya saya mendapat tempahan menghias kasut untuk majlis perkahwinan ataupun majlis makan malam. Bermula sebagai hobi dan kemudian menjadikannya sumber pendapatan,” jelas Kamaliza yang menggunakan nama Leeza Kamaruddin untuk bisnes ini.
Bercerita mengenai hiasan kasut kahwin Anis, Leeza memberitahu menerima tempahan daripada pihak produksi KASUT PENGANTIN (LADIES SHOES) tanpa banyak soal. Selalunya dia menerima tempahan untuk kasut jenis pumps dan wedges.
Tetapi kali ini cabarannya berbeza apabila diberikan sneakers yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Agak lama juga saya memikirkan apa hiasan untuk digarap pada sneakers ini. Hampir seminggu barulah idea itu datang dan saya mula mencari material sesuai. Untuk memberikan kelainan, saya menggandingkan material ‘Prada Lace, Glass Pearl dan juga Rhinestone’.[/su_highlight]
“Dalam masa membuat itu, saya terfikir juga siapalah empunya kaki yang akan menyarung sneakers ini nanti.
“Info yang saya dapat cuma memberitahu, pemiliknya gemarkan kelainan dan seorang yang sempoi. Dalam pada itu saya sebenarnya ‘on and off’ menyiapkan sneakers ini kerana turut memberi tumpuan pada tempahan manik dan lace untuk kasut pengantin lain,” ceritanya lagi yang menerima dugaan terbesar ketika sedang menyiapkan sneakers viral ini.
Sedang sibuk menyiapkan tempahan, Leeza dikejutkan dengan pemergian bonda tersayang, Allahyarhamah Kamsiah Ashaari yang meninggal dunia seminggu selepas Syawal lalu.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Kehilangan bonda memang buat kami cukup terkesan. Saya serta adik beradik lain memang rapat dengan bonda dan pemergiannya amat dirasai hingga kini.[/su_highlight]
“Namun, dalam masa sama saya perlu menyiapkan tempahan yang telah diterima termasuk kasut ini. Saya cuma ada 3 hari untuk menyiapkan ‘detailing’ sneakers berkenaan.
“Seperti karya sentuhan saya sebelum ini, saya memang akan fokus mengikut naluri dan memberikan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati. Segala idea dan kreativiti saya curahkan pada penghasilan hiasan kasut ini.
“Saya tidak tahu empunya sebenar sneakers ini adalah seorang selebriti. Saya cuma tahu Anis yang akan memakainya untuk hari perkahwinannya pada pagi Sabtu melalui status dalam laman IGnya.
“Saya cukup berbesar hati jika dapat bersua dengan pemilik kasut yang pada saya cukup istimewa ini. Ada momen terindah di situ kerana ketika menyiapkannya saya masih lagi bersedih dengan kehilangan bonda tersayang,” jelas Leeza yang mengakui hanya bekerja di belakang tabir.
Admin cukup kagum dengan hasil kerja Leeza yang begitu prihatin menyiapkan detailing pada kasut ini. Kemasan pada kasut ini memberi gambaran kerja yang dihasilkan adalah melalui jiwa dan hasil kerja yang ikhlas.
Leeza juga mempunyai FB sendiri iaitu Kasut Pengantin Elza yang memuatkan gambar koleksi kasut yang pernah mendapat sentuhan tangannya. Menurut pereka yang tinggal di Petaling Jaya dia juga turut menerima tempahan hiasan kasut dari dalam dan luar negara.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.