Isi Kandungan
ToggleCantik dan begitu indah. Itulah kata-kata yang terluah sewaktu melihat penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang manis berhijab ketika berangkat bersama DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah ke majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat.
Penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, begitu cantik dan manis sekali dengan berbaju kurung serta hijab rona sedondon.
Malah netizen juga turut memuji kecantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Masing-masing mendoakan Tengku Permaisuri kekal istiqomah.
the_alims Indahnya tengku permaisuri berhijab..semoga trus istiqomah..dh rmai kerabat skrng mnutup aurat berhijab..smoga jdi ikutan kpd tengku permaisuri
idree89 Cantik,anggun,sopan
matgebu Sweetnya TPS bertudung, comel sangattt
proserfinafiena Cantik tengku permaisuri berhijab…semoga istiqomah
najlaazaid Cantiknya permaisuri selangor. daulat tuanku
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor kemudiannya berkenan beramah mesra dan menyantuni rakyat jelata dalam setiap majlis dihadiri.
Turut mengiringi juga adalah DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
LAGI FOTO MENARIK:
#1.
#2.
#3.
#4.
#5.
SUMBER & KREDIT FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM ROYAL SELANGOR OFFICIAL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wardina Saffiyah Titip Rasa Syukur Dikurniakan Anak-Anak Yang Baik, Jaga Identiti Sebagai Muslim Tanpa..
Isi Kandungan
ToggleSuatu ketika dahulu, nama pelakon Wardina Safiyyah cukup dikenali dalam industri seni lakonan tanah air. Paling diingati adalah lakonannya sebagai Misha dalam siri komedi Spanar Jaya. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 1997/98 ini juga turut aktif dalam bidang modeling dan pengacaraan, malah pernah membintangi beberapa buah filem.
Dan ketika namanya berada di puncak dan kemudiannya berkeluarga, Wardina memutuskan untuk berhijrah ke Australia membawa diri dan menyambung pelajaran pada tahun 2014. Sejak daripada itu nama Wardina dilihat jarang menghiasi dada akhbar mahupun media cetak dan elektronik, walaupun aktif di media sosial.
Dulu Anak Seni, Kini Ahli Prefesional Australia!
Kini meniti usia 45 tahun, pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot yang juga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tetap kelihatan anggun dan terserlah kejelitaannya. Wardina juga dikhabarkan aktif menjalani kehidupan sebagai seorang ahli profesional di sana.
“Alhamdulillah saya kini bertugas sebagai seorang ahli psikologi berdaftar di sebuah pusat kesihatan di Brisbane membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah mental termasuklah kanak-kanak autistik.
“Di samping itu, saya juga aktif dalam aktiviti sukarelawan sebagai seorang petugas sokongan krisis (crisis support worker) bersama LifeLine di mana saya memberikan sokongan kepada mereka yang mengalami krisis emosi seperti kemahuan untuk menamatkan kehidupan dan lain-lain isu secara atas talian. Its my dream job,” ujar Wardina.
Menurut Wardina lagi, kerjaya sebagai seorang ahli profesional cukup memberikan kepuasan buatnya.
“Saya banyak menghabiskan masa meningkatkan diri dengan ilmu di samping menyambung pengajian post graduate dalam bidang pengajian autistik memandangkan saya banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan kanak-kanak autistik.”
“Jujurnya, Saya Tak Rindukan Bidang Lakonan Langsung..” – Wardina
Walaupun pernah bergelar anak seni, Wardina mengakui kerap kali ditanya sama ada dirinya rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera namun jelasnya dia tidak terfikir langsung untuk kembali berlakon.
“Honestly I don’t miss acting at all. Bidang seni adalah satu pengalaman hidup di mana babaknya sudah lama ditutup dan disimpan jauh buat selama-lamanya. Ia merupakan satu fasa hidup yang dah lama berlalu, namun saya hargai setiap satu momen yang mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik.”
“Saya happy di sini bila tak ada siapa yang kenal kita. I live quite a simple and comfortable life here with my family. Ada yang bertanya bila mahu pulang ke Malaysia. For now, masih belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia. Lagipun suami pun bekerja di sini, he’s an architect. Anak-anak pun dah selesa. Do I miss Malaysia? Of course, Malaysia negara kelahiran saya. Tapi kita tak pernah tahu perancangan Tuhan kan? We’ll see..” ulas Wardina lagi.
Artikel berkaitan: Kecantikkan Semulajadi Wardina Saffiyah Raih Pujian Warganet! Cantik Macam Zaman ‘Spanar Jaya’ Dulu
Kini bahagia menetap di Brisbane dan memasuki tahun kelapan hidup di Australia, Wardina juga bersyukur anak-anaknya mudah menyesuaikan diri di tempat orang.
“Australia negara yang cukup bebas dan terbuka namun syukur anak-anak masih mampu mengawal diri, malah saya dan suami selalu tanamkan perasaan cintakan agama dan Islam.
“Malah mereka juga sangat berbangga dengan asal usul dan identiti mereka sebagai seorang Muslim serta tidak mengagungkan orang barat. Alhamdulillah, mereka anak-anak yang baik dan mudah dibentuk,” ujar Wardina.
Artikel berkaitan: ‘Ikhlas, Jangan Terpengaruh Dengan Kisah Yang Menakutkan’- Wardina Kongsi Tip Mengerjakan Haji
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memiliki Gaya Fesyen Mahal & Moden, Camilia Noh Beri Inspirasi Untuk Stail Yang ‘On-Point’!
Mempunyai pengikut Instagram sebanyak 262K sudah membuktikan bahawa figura ini memiliki sebuah aura yang mampu menarik minat orang ramai untuk singgah ke akaun Instagramnya.
Camilia Noh, seorang ‘influencer’ yang seringkali memuat naik gambar OOTD-nya yang begitu menarik untuk dilihat. Daripada helaian baju yang dipakai sehinggalah kepada sepasang sepatu, semuanya ‘on-point’ dan memberikan kamu idea serta inspirasi untuk menukar stail kamu lebih mahal, urban dan berani!
Team Hijabista berkongsi kepada kamu pilihan gaya OOTD Camilia Noh untuk tatapan semua terutamanya kepada peminat fesyen!
Seolah meraikan sisi fesyen ‘tiada undang-undang’, stail ini menggabungkan gaya formal serta kasual yang dapat kamu lihat dari pemilihan ‘blazer’ sehinggalah kepada jenis denim putih yang sudah koyak di hujung bawahnya. Dipadankan pula dengan kasut ala ‘converse’, gaya ini amat sesuai untuk digayakan sama ada di pejabat, rumah mahupun memberi barangan dapur. Kelihatan agak santai, namun jika bijak pemilihan warna kamu, ia boleh menghidupkan elemen mewah dalam keseluruhan gaya. Camilia bijak dalam permainan rona yang tidak terlalu kuat. Cukup sekadar bermain dengan dua rona, ia mengekalkan konsep eksklusifnya tersendiri!
Bijak dalam menghasilkan gaya yang berlainan, Camilia tidak kekok dalam menjadikan ‘blouse’ dari rekaan Rami Studio berlainan gaya. Asalkan kena dengan pilihan aksesori seperti ‘handbag’ serta sepatu yang sesuai, kedua-dua gaya ini sudah cukup untuk menyempurnakan keseluruhan stail kamu. Apa yang menariknya tentang kedua-dua gaya ini, Camilia tampak sopan dan lembut apabila mengenakan rona baju biru lembut bersama-sama dengan warna putih yang sememangnya sepadan dengan warna kulitnya. Cara solekan yang tidak terlalu menonjol dan kemas, Camilia tampak ayu dan bersedia untuk menjalani hari-harinya. Tip penting dalam gaya OOTD ini ialah pilihan solekan yang tidak terlalu berat, yang bersesuaian dengan rona gaya yang akan kamu sarungkan.
Kombinasi warna hitam dan putih ini memberi satu kelainan pada keseluruhan gaya Camilia. Lebih bold dan solid! Warna hitam juga boleh menaikkan seri formal seseorang. Maka tidak hairanlah jika kamu mengenakan sesebuah rekaan yang kasual, namun masih boleh dilihat formal dalam keseluruhan gaya. Tip yang terbaik, untuk tidak menjadikan gaya kamu bosan, kamu boleh bermain dengan warna yang lain bersama-sama dengan warna hitam ini. Seperti Camilia, dia bijak dengan memadankan warna putih bersama-sama dengan warna hitam.
Seperti meraikan aura sukan, Camilia jugak bijak dalam menyesuai padankan gaya kasual namun mencedok sedikit gaya ‘sporty’ dalam penggayaannya. Siapa bilang gaya sukan ini hanya boleh dipadankan dengan rekaan sukan sahaja? Salah belaka! Lihat sahaja kemeja putih potongan ‘oversized’ bersama-sama dengan celana yang bersaiz besar, dipadankan pula dengan kasut ala sukan, sudah cukup untuk menghidupkan keseluruhan gaya yang santai tapi kukuh! Jadi, lepas ini, kamu boleh saja memadankan helaian sukan kamu seperti windbreaker bersama-sama dengan celana khakis! Cubalah!
Sumber gambar: Instagram Camilia Noh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minyak Ikan Bukan Untuk Merawat Kulit Sahaja, Bahkan Dapat Membantu Masalah Gangguan Jiwa.
Isi Kandungan
ToggleSuplemen minyak ikan atau fish oil bukanlah asing lagi dalam kalangan masyarakat. Malah ia dikatakan sebagai suplemen yang paling banyak diambil oleh manusia di seluruh dunia. Apa yang sangat istimewa tentang minyak kan sehinggakan ia mendapat sambutan sebegitu hangat?
Ramai yang tahu minyak ikan ini banyak kebaikannya pada kulit tetapi ramai juga yang tidak sedar selain merawat kulit, dapat menajamkan minda malah dapat membantu masalah gangguan jiwa.
Enam Kebaikan Minyak Ikan Jangan Sampai Terlepas Pandang
1. Kebaikan Pada Kulit
Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia dan ia mengandungi banyak asid lemak omega-3.
Kesihatan kulit boleh menurun terutamanya semasa usia sudah meningkat atau selepas pendedahan matahari yang terlalu banyak. Manfaat daripada suplemen minyak ikan, termasuk psoriasis dan dermatitis. Kulit anda boleh rosak akibat pendedahan matahari yang terlalu banyak atau semasa usia tua. Suplemen minyak ikan boleh membantu mengekalkan kulit yang sihat.
2. Gangguan Jiwa
Otak anda terdiri daripada vampir 60% lemak, dan kebanyakan lemak ini adalah asid lemak omega-3. Oleh itu, omega-3 adalah penting untuk fungsi otak normal.
Sebenarnya, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mengalami masalah mental mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. Kajian menunjukkan bahawa suplemen minyak ikan boleh menghalang permulaan atau memperbaiki gejala gangguan mental. Sebagai contoh, ia boleh mengurangkan risiko gangguan psikotik pada mereka yang berisiko. Di samping itu, dengan menambah minyak ikan dalam dos yang tinggi dapat mengurangkan beberapa gejala skizofrenia dan gangguan bipolar.
3. Meningkatkan Tahap Penglihatan
Begitu juga dengan otak, lemak omega-3 membentuk sebahagian penting struktur mata. Bukti telah menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup omega-3 mempunyai risiko penyakit mata.
Kesihatan mata mula menurun pada usia tua, yang boleh membawa kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD). Makan ikan sekurang-kurangnya membantu mencegah AMD. Satu kajian mendapati bahawa mengambil minyak ikan yang tinggi untuk empat setengah bulan meningkatkan penglihatan pesakit AMD.
4. Membantu Tingkatkan Gejala Kemurungan & Anxiety
Tahukah, kemurungan diramal menyadi penyebab utama peyakit kedua di dunia pada 2030.
Menariknya, orang yang mengalami kemurungan mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. Selain itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak yang kaya dengan EPA membantu mengurangkan gejala kemurungan lebih daripada DHA.
5. Baiki Gangguan Asma
Asma, gangguan paru-paru yang boleh menyebabkan bengkak pada paru-paru dan sesak nafas.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan boleh mengurangkan gejala asma, terutamanya di peringkat awal. Satu kajian melibatkan hampir 100,000 orang dan mendapati bahawa pengambilan ikan atau omega-3 dapat mengurangkan risiko asma pada kanak-kanak sebanyak 24-29%. Tambahan pula, suplemen minyak ikan pada ibu hamil boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
6. Kepadatan Mineral Tulang
Di usia tua, tulang boleh mula kehilangan mineral penting, menjadikannya lebih cenderung untuk rosak. Ini boleh menyebabkan penyakit seperti osteoporosis dan osteoarthritis.
Kalsium dan vitamin D diketahui sangat penting untuk kesihatan tulang, tetapi beberapa kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 juga boleh memberi manfaat. Pengambilan omega-3 yang lebih tinggi dan tahap darah mungkin mempunyai kepadatan mineral tulang yang lebih baik – bone mineral density (BMD). Walaubagaimanapun, tidak jelas sama ada suplemen minyak ikan meningkatkan BMD.
Jika anda bukan penggemar makan ikan, anda mungkin boleh mendapat manfaat daripada mengambil suplemen minyak ikan untuk mendapatkan omega-3 yang cukup.
SUMBER: WANISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI