Kecantikan

Netizen Puji Anne Ngasri Maintain Slim & Wajah ‘Baby Face’ Lepas Lahirkan Anak Kelima. Ini Rahsianya!

Share

Seperti kita maklum, pelakon berbakat besar yang juga kini bergiat aktif dalam politik, Datin Anne Ngasri, 34 tahun telahpun selamat melahirkan cahaya mata kelimanya di sebuah hospital di ibu negara kira-kira hampir sebulan yang lalu. Difahamkan bayi perempuan yang dilahirkan dengan seberat 3.22 kg lahir lebih awal dari jangkaaan doktor sepatutnya pada bulan Disember. Setelah sebulan melahirkan, yang menjadi perhatian netizen adalah penampilannya yang kekal cantik dan wajah masih seperti ‘baby face’.

Netizen juga turut memuji Anne Ngasri kerana pandai menjaga penampilannya. Malah dia juga kelihatan semakin cantik dan kelihatan muda seperti sebelumnya.

Sekali pandang macam budak lepasan sekolah menengah walaupun sudah mempunyai lima orang anak, Anne tetap kelihatan cantik dan jelita.

Comelll sangatt

Ya Allah Datin…Slimnya

So sweet

Menurut laporan Sinar Harian, Anne atau nama lengkapnya Ngasriah Ngasri, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik foto pertamanya bersama bayi comel itu di samping suami dan anak-anaknya yang lain.

SementAra itu dalam posting terbarunya Anne yang baru sahaja menyambut hari lahirnya turut mengucapkan syukur pada Tuhan atas kurniaan yang diberi.

Malah beliau dia turut mengucapkan terima kasih atas titipan doa daripada kenalannya yang mendoakan dan sentiasa berada di sampingnya selama ini.

Anne mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz, 5.

Manakala daripada perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne mempunyai tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.

Walaupun kini sudah tidak begitu aktif dalam dunia lakonan, namun setiap perkembangan terbaru yang di muat turut melalui laman sosial Instagram masih lagi dinanti followernya.

Mungkin dengan sentiasa bersyukur pada Tuhan, sentiasa bersikap positif serta menghargai teman-temannya menjadikan diri wanita kecil molek ini sentiasa sihat, ceria dan kekal jelita.

Artikel Berkaitan: Kisah Hijrah Anne Ngasri Yang Pernah Nak Buka Hijab

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ANNE NGASRI

Published by
Siti Zurina