Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu Cumi-Cumi, Nabila Razali atau Bella yang pernah viral satu ketika dahulu?
Menerusi satu perkongsian di laman Tik Tok baru-baru ini, Nabila telah memuat naik sebuah video memaparkan dia bersama ‘seseorang’ sedang meraikan hari lahirnya. Ini mencetuskan tanda tanya dan perdebatan di kalangan netizen.
Kejutan sambutan hari lahir Bella yang ke 30 tahun itu diadakan di lokasi penggambaran dimana semua kru produksi ketika itu bersama-sama meraikan ulang tahunnya.
Dalam video tersebut dapat dilihat, seseorang sedang merakam bella yang memegang kek hari jadi yang dihiasi dengan lilin sambil tersenyum bahagia. Lelaki itu juga menyuapkan Bella sepotong kek semasa kejutan tersebut.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat bertindak membanjiri hantaran itu dengan mengucapkan selamat hari lahir buat Bella.
Namun, ada juga yang nakal dan mengusik sekiranya ‘susuk lelaki’ bersama Bella itu adalah jodohnya iaitu pelakon sado Aedy Ashraf yang baru-baru ini tular apabila menayang pusat sewaktu menjadi model memperagakan jenama pakaian dalam.
Artikel berkaitan: Digemari Nabila Razali, Dapatkan Solekan Gaya Manja & Berani Bak Kucing Dengan Produk Terhangat Ini!
Selain itu, netizen turut mempersoalkan adakah penampilan kedua selebriti itu hanya sekadar gimik bagi muzik video lagu terbaharu Bella yang bakal dikeluarkan nanti, sebagaimana yang pernah berlaku dalam muzik video Cumi-Cumi.
Apapun, hijabista mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat penyangi dan aktress jelita Nabila Razali. Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tercapai apa yang dihajati dalam kehidupan.
Sekadar info, Bella merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.
Artikel berkaitan: “Tak Dapat Bagi Duit, Bagilah Tenaga” – Nabila Razali Titip Rasa Sayu Saat Bantu Mangsa Banjir.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.