Netizen ‘Kemurungan’ Lihat Aksi Mesra Influencer Berhijab Ini, Bersama Tunangnya!

Share

Pasangan sama cantik sama padan, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal dan tunangnya yang juga penyampai radio Hot FM, Imran Aqil acapkali menjadi sorotan netizen apabila sering berkongsi pelbagai momen indah mereka berdua di laman sosial.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di laman Tik Tok milik Dahlia, pasangan itu berkongsikan ‘sweet moment’ mereka sedang membeli belah di sebuah gedung alatan rumah terkemuka, Ikea.

Kemesraan Dan Gelagat ‘Sweet’ Dahlia Dan Tunang Bikin Netizen Cemburu

@indomie.dTak tau la nyah😭🤍♬ original sound – Dahlia Rizal

Dalam video yang dimuatnaik itu dapat disaksikan Imran sedang menolak tunangnya yang duduk dibahagian hadapan ‘troli’ sambil memilih barang kelengkapan yang diperlukan.

Gelagat mesra kedua pasangan ini telah menimbulkan rasa cemburu dikalangan netizen, terutamanya mereka yang masih ‘single’ dan belum mempunyai pasangan.

Artikel berkaitan: Instafamous Pernah Viral Muka Masuk TV Sebab Kes DS Najib, KIni Sudah Bertunang! 

Malah, ada yang menyatakan mahu pindah dari bumi dan menjadi warga planet Pluto sebaik sahaja menyaksikan video tersebut.

“Sepatutnya Aku Pindah Pluto Je Semalam”

 

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan oleh wargamaya yang kesepian dan murung melihat kecomelan pasangan sama cantik sama padan itu.

“Sendunya kehidupan aku.

“Memang aku sepatutnya pindah Pluto je semalam.

“Patut aku pergi siram pokok je tadi.

“Bakpo dia buat kito gini kito dok sanggup.

“Malasnya aku nak bernafas hari ni.

“Hm kita mampu mintak tolong abang Ikea je ambilkan barang. Troli pun tolak sendiri je,” komen netizen.

Terdahulu, pada 23 Ogos 2022 pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal telah mengikat tali pertunangan bersama penyampai radio, Imran Akil.

Untuk rekod, Imran pernah bertunang dengan isteri penyanyi, Yonnyboii, Nik Nazira namun memutuskan ikan tersebut pada September 2021.

Artikel berkaitan: Minggu Lepas Instafamous Ni Viral Muka Masuk TV Sebab Kes DS Najib, Rupanya Memang Suka Selfie

Sumber: Tik Tok @indomie.d

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir