Netizen Kata Wajah Betty Rahmad Sama Macam Kratik -‘No I Baik Na Kha!’

Share

Kisah kematian pelakon Thailand terkenal, Tangmo Nida hangat diperkatakan hingga ke hari ini di kalangan netizen asia termasuklah di Malaysia.

Misterinya masih belum terungkai dan banyak lagi persoalan yang belum terjawab sehingga membuatkan netizen sendiri ingin menyiasat mengenai kes tersebut bersama-sama pihak berkuasa.

Individu yang dikatakan menjadi dalang utama kematian Tangmo adalah pengurusnya sendiri yang dipanggil Kratik.

 

Namanya menjadi sebutan ramai dan menjadi kebencian netizen kerana banyak bukti yang menunjukkan dialah sebenarnya pengkhianat terbesar temannya sendiri sehingga rakannya itu terbunuh.

Turut sedih dengan situasi yang terjadi, Betty Rahmad berasa sebak apabila setiap kali dia membuka aplikasi TikToknya, pasti lagu Thai iaitu I Want To Love You Back dan At Least We Used To Love Each Other akan menjadi lagu latar untuk video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok.

Namun, yang menariknya adalah apabila ramai netizen yang menyamakan wajahnya persis Kratik. Justeru itu, ramai yang berseloroh dengannya dan mengatakan Betty merupakan Kratik versi baik dan halal.

Pastu dorang cakap muka i macam Gatick! 😩 Nooooo na kha i baik na kha!

Siapa kat sini terjebak dengan cerita Tangmo? Sila hadirkan diri🥺
#justicefortangmo

Published by
QIST