Netizen Kagum Lihat ‘Persahabatan Sejati’ Shiera Dan Azah Aziz

Share

Semalam, Malaysia digemparkan dengan majlis pernkahwinan puteri sulung pelawak dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Mohd Zulhisyamuddin pada Jumaat lalu.

Namun, lebih meraih perhatian apabila majlis yang penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh rakan baik Shiera, Azah Aziz yang menetap di overseas dan sanggup menaiki flight selama 23 jam.

Sebelum Ini Tak Hadir Perkahwinan Shiera Kerana Berbadan Dua

Menurut Azah sebelum ini beliau tidak berkesempatan menghadiri perkahwinan Shiera kerana sedang hamil. Jadi dia tidal akan melepaskan peluang kali ini dan meluangkan masa untuk hadir perkahwinan puteri sulung Shiera.

Menerusi hantaran gambar di Instagram milik Azah, hijabista mendapati rata-rata netizen menghujani ruangan komen dengan pujian serta rasa kagum terhadap persahabatan yang terjalin antara Azah dan Shiera.

Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri

Selain itu, netizen juga memuji kedua-dua artis kegemaran mereka itu yang kelihatan ‘awet muda’ dan seakan tidak dimamah usia.

Untuk rekod, Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azhari atau Ijoy.

Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.

Sumber: Instagram Shiera Ijoy & Azah Aziz

Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir