Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kecekalan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan dibahagian kaki. Namun sanggup berguling ke masjid demi melaksanakan ibadah sebagai seorang hamba kepada Allah yang maha esa.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang begitu meruntun hati dan menginsafkan yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok oleh @nasrulmohamed memaparkan seorang lelaki OKU berguling di dalam masjid, memasuki saf untuk menunaikan solat.
OKU Pun Berusaha Untuk Solat, Kita Yang Sempurna Ni Kadang Culas!
@nasrulmohamed CACAT SEJAK KECIL NAMUN TETAP BERGULING KE MASJID. #CapCut #berandafyp #berandatiktok #beranda #balikraya #raya2023 #raya2023 #fypシ #perantau #aidilfitri #raya #ramadhan #ramadhan2023 #ramadhankareem #ramadhantiba ♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid
Pada video yang dikongsikan itu, dapat dilihat lelaki OKU itu mengalami kecacatan pada bahagian kaki dan tangan. Tetapi masih sangat bersemangat dan cekal untuk menunaikan ibadah bersama jemaah lain di masjid.
Pemilik video yang tular, Nasrul Mohamed, menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama dia bertemu dengan lelaki berkenaan. Katanya, sebelum ini dia pernah melihat lelaki itu pada 2019.
“Video itu dirakam di Masjid Kubang Kerian pada Khamis. Saya pernah nampak dia pada 2019. Kemudian pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya lama tak nampak dia.
“Ketika pergi tarawih pada Khamis, baru saya nampak dia balik. Dia ada kaki dan tangan, tapi kakinya terlipat ke belakang. Jadi dia bergerak dengan cara berguling.
“Kalau nak pergi masjid, dia tumpang orang. Bila sampai masjid, dia akan berguling. Itu cara yang dia selesa sejak kecil lagi,” kata Nasrul.
Nasrul yang menetap di Bachok, Kelantan berkata dia sempat berborak dengan lelaki OKU itu sebelum solat bermula. Bagaimanapun dia tidak bertanya lanjut mengenai perihal peribadinya.
Artikel berkaitan: Berkorban Jaga Ibu Sakit Dan Adik OKU, Wanita Tak Kisah ‘Membujang’ Meski Usia Cecah 45 Tahun!
“Saya sempat berborak dengannya, tapi tidaklah berborak panjang sebab dah nak solat. Saya tanya umur, katanya umur dalam lingkungan 30-an. Dia tinggal di mana, kerja apa, saya tak tanya.
“Bila tengok dia, saya rasa kagum. Kalau dia boleh datang masjid, takkan kita tak boleh datang? Dia memberi inspirasi agar kita pun rajin datang ke masjid.
“Dalam pertemuan itu, saya pun tak bantu angkat dia, saya memang tak boleh angkat. Lagipun dia memang selesa macam tu. Dia lebih cepat dengan cara itu, dia sendiri pun tak perlukan kerusi roda,” jelas Nasrul.
Setakat artikel ini ditulis, video tular berkenaan berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 336 ribu dalam masa satu hari serta meraih 31.2 ribu tanda suka!
Sumber: Tik Tok @nasrulmohamed
Artikel berkaitan: Rider Grab ‘Selar’ Layanan Tak Wajar Terhadap Pelanggan OKU, Alasan Tiada Lif – “Jangan Sibuk Kejar Order Je!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI