Netizen Buang Aplikasi ‘Muslim Pro’ Lepas Ia Jual Data Pengguna Pada Tentera US

Share

Muslim Pro, aplikasi panduan doa harian dan solat serta bacaan dari Al-Quran dengan lebih dari 98 juta muat turun itu disifatkan sebagai aplikasi muslim paling popular di seluruh dunia.

Namun, menurut laman web Vice, aplikasi tersebut  telah mengesan lokasi pengguna dan menjual data lokasi itu kepada broker iaitu X-Mode  dan tentera Amerikat Syarikat (AS) adalah salah satu daripada pembelinya.

Muslim Pro adalah salah satu daripada beratus-ratus aplikasi telefon pintar yang menghasilkan wang dengan menjual data lokasi pengguna kepada broker pihak ketiga. (Tentera AS membeli data Muslim Pro melalui salah satu broker data pihak ketiga tersebut, menurut Motherboard.)

Photo by Kevin Ku
on Unsplash

Isu tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan membuatkan mereka membuang aplikasi tersebut daripada gajet mereka dengan segera.

Ini memberi gambaran terbaru mengenai bagaimana agensi-agensi kerajaan dapat berhubung ke broker data swasta untuk mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan individu, termasuk warga AS.

Beberapa penggubal undang-undang meminta agar isu ini diatur lebih ketat setelah mereka mendapat tahu bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri membeli data lokasi untuk mengesan orang yang disyaki berpindah ke AS secara haram.

Di Twitter, netizen menzahirkan rasa kecewa mereka selain mencadangkan aplikasi mirip Muslim Pro bagi memudahkan umat Islam di serata dunia.

Published by
QIST