Muslim Pro, aplikasi panduan doa harian dan solat serta bacaan dari Al-Quran dengan lebih dari 98 juta muat turun itu disifatkan sebagai aplikasi muslim paling popular di seluruh dunia.
Namun, menurut laman web Vice, aplikasi tersebut telah mengesan lokasi pengguna dan menjual data lokasi itu kepada broker iaitu X-Mode dan tentera Amerikat Syarikat (AS) adalah salah satu daripada pembelinya.
Muslim Pro adalah salah satu daripada beratus-ratus aplikasi telefon pintar yang menghasilkan wang dengan menjual data lokasi pengguna kepada broker pihak ketiga. (Tentera AS membeli data Muslim Pro melalui salah satu broker data pihak ketiga tersebut, menurut Motherboard.)
Isu tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan membuatkan mereka membuang aplikasi tersebut daripada gajet mereka dengan segera.
Ini memberi gambaran terbaru mengenai bagaimana agensi-agensi kerajaan dapat berhubung ke broker data swasta untuk mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan individu, termasuk warga AS.
Beberapa penggubal undang-undang meminta agar isu ini diatur lebih ketat setelah mereka mendapat tahu bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri membeli data lokasi untuk mengesan orang yang disyaki berpindah ke AS secara haram.
Di Twitter, netizen menzahirkan rasa kecewa mereka selain mencadangkan aplikasi mirip Muslim Pro bagi memudahkan umat Islam di serata dunia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Bergelar Isteri & Ibu, Ambillah Masa Untuk Ber-ME TIME, Penting Untuk Kualiti Emosi
Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah semudah yang disangka. Lebih mencabar apabila wanita ini juga bekerja bagi tujuan membantu meringankan beban suami.
Setiap hari dihambat dengan kesibukan tugas-tugas di tempat kerja. Mana hendak memikirkan soal kerja yang perlu disiapkan mengikut jadual, fikirkan anak yang bersekolah, tugas mengurus rumah tangga, pendek kata semuanya perlu ‘dihadap’ dalam satu masa.
Begitulah rutin yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu. Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
TUGAS SEORANG IBU DAN ISTERI BUKAN MUDAH:
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.
Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
IDEA-IDEA ME TIME UNTUK PARA IBU:
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari gang ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.
5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Sumber kredit: Ustazah Asmak Husin Sumber gambar top image: Pic by ron-lach from pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Niat Nak Buat Haji Guna Selipar Berjenama & Mahal, Pada Akhirnya Selipar ‘Jamban’ Juga Yang Dipakai
Dalam apa jua perkara yang kita lakukan termasuklah dalam soal amal ibadah, pertama sekali kita mesti betulkan niat. Mungkin kita terlepas pandang bahawa kita tersalah ‘memasang niat’ sehingga kita lupa bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah dengan izin Allah.
Melalui coretan Hafizul Hakim lelaki ini berkongsi bagaimana niatnya menggunakan selipar yang berjenama dan mahal demi untuk keselesaan ketika menunaikan ibadah haji. Selipar ‘mahal’ yang dibelinya itu talinya putus dan akhirnya lelaki ini menggunakan selipar ‘murah’ yang dibekalkan. Kejadian yang diceritakan oleh lelaki ini adalah satu ujian buat dirinya dan juga diri kita semua yang begitu menginsafkan.
Sebelum bertolak ke Arafah, saya guna selipar brand Skechers yang dah dipakai lebih dari setahun. Tahan lasak dan sangat selesa. Memang rasa berjalan seperti atas tilam Vono tau. Huhu.
Masa jemaah haji bercerita tentang jarak perjalanan jalan kaki yang jauh di Mina, entah macam mana tiba-tiba terdetik dalam hati,
“Oh aku pakai Skechers. Okay kot. Mesti jalan laju.”
Terlupa nak istighfar. Lintasan hati. Allahu!
Entah macam mana ditakdirkan malam sebelum bertolak ke Arafah, tali selipar Skechers tetiba putus.
Ah sudah.
Dek kerana masa terlalu singkat, aku berlari dari Hotel Majad al-Bayt pergi beli selipar jenama Crocs warna putih di Abraj, Clock Tower.
Harga SR120. Masih lagi beli sebab fikir penting untuk keselesaan.
Mahal = selesa. Kononnya.
Sampai je hotel, petugas Tabung Haji tegur selipar tu tak ‘comply’ sebab jari kaki yang kecik sekali tersorok. Mesti jelas kelihatan semua jari kaki. Pantang larang dalam berihram.
Kalau tak, kena dam. Huhu.
Akhirnya tiada pilihan lain, saya pakai selipar jamban warna hijau yang di bekal. Harga RM2.50. Bila fikir balik malam tu, seolah Allah nak tegur. Sebenarnya, yang bagi keselesaan, kebahagiaan semuanya dari Allah bukan seperti aku fikirkan.
Ajaibnya, selipar hijau murah ni tahan berjalan malah sangat selesa sejak dari Arafah, Mudzalifah, melontar di Jamratul hingga habis sai’e haji. Jumlah jarak berjalan di Mina lebih kurang 27 kilometer! Huhu!
Pagi semalam saya dan isteri minum di D’saji Restaurant, As Safwah Tower. Berkongsi meja dengan pasangan suami isteri dari Kajang, Selangor. Rupanya kami ada kisah sama, guna selipar Skechers dan ‘end up’ guna selipar jamban jugak.
Bezanya, seliparnya hilang.
Kawan-kawan,
Yang memberi mudarat, ketenangan, kepuasan, nikmat, yang menghidupkan, mematikan, memuliakan, memberi kehinaan, kesenangan semuanya adalah dari Allah.
Kita ini makhluk ciptaan, tak mampu buat apa-apa tanpa izin dari Allah.
Begitulah! Jaga niat sebelum, semasa dan selepas melakukan suatu ibadah.
Sumber kredit: Hafizul Hakim
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teguran Buat Wanita Yang Masih Perlukan Telekung Waktu Solat, Itu Maknanya Aurat Belum Tertutup Sempurna!
Telekung merupakan keperluan bagi wanita untuk menunaikan solat. Untuk solat, wanita perlu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, telekung ibarat pelengkap aurat wanita.
Hakikatnya, wanita juga boleh solat tanpa perlu memakai telekung, asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat.
Yang menjadi persoalannya adalah mengapa ramai wanita masih lagi menunggu telekung jika mahu solat? Mengapa tidak terus solat sahaja? Bukankah aurat sudah ditutup, jadi mengapa tunggu lagi?
Ini persoalan yang ditimbulkan oleh seorang wanita bernama Sara. Keadaan ini sudah lama diperhatikan oleh Sara di surau-surau serta masjid-masjid. Sekiranya tiada telekung, maka terpaksalah tunggu hingga orang lain habis gunakan.
Menariknya, Sara juga turut menegur aurat wanita yang masih tidak tertutup sempurna walaupun bertudung. Semoga perkongsian Sara ini bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Solat Tanpa Telekung
Assalamualaikum, saya Sara. Dah lama sebenarnya nak nasihat secara umum pasal ini. Telekung dan aurat. Sepanjang pemerhatian aku dekat masjid-masjid, surau-surau yang ada kebanyakannya telekung tu jadi syarat nak solat.
Takda telekung tak dapat solatlah, kena tunggu orang lain habis solat baru dapat guna bergilir-gilir. Sampai lunyai telekung tu dengan kesan mekap dan macam-macam peta.
Islam dah mudahkan. Asalkan kita pakai tudung dah tutup paras bawah dada dan tak nampak bentuk, baju bawah punggung dan tidak ketat, kaki bertutup (stokin), pakai kain(skirt), seluar pun boleh asalkan longgar dan tidak jarang. Cukup untuk bawa solat.
Jika tak cukup syarat diatas ketahuilah anda tak sempurna tutup aurat. Kalau aku ada tertinggal syarat tutup aurat bagitahu. (Silakan kecam aku tak kisah)
Dah baik, cukup syarat semua tu tak perlu lagi nak bawak telekung dalam beg sentiasa, tak perlu lagi nak tunggu orang lain nak guna telekung, tak perlu pakai telekung yang tak berbasuh dan penuh dengan kesan mekap. As simple as that. Solatlah dengan selesa.
Tapi aku tahu ramai suka mekap dulu baru boleh siap pakai tudung. No problem. Korang ambik wuduk then pakai mekap dan pakai la tudung dan pakaian yang boleh bawa solat. Boleh je. Tapi bab mekap yang tak halal dan tak boleh bawa solat tu aku tak nak sentuh bab tu sebab dah lari topik. Kalau ada nak ulas pasal tu silakan.
Aku tegur sini sebab aku tak mampu nak nasihat seorang demi seorang. Aku tak nafikan telekung tu memang perlu kalau pakaian kita ada najis atau kotor dan kita tak yakin pakaian kita bersih nak guna untuk solat, bolehla pakai telekung.
Kang orang kata aku matikan adat melayu pulak sebab itu amalan pakai telekung adat orang melayu dari dulu sampai sekarang. Tapi negara lain takda pun istilah pakai telekung bila nak solat.
P/S: Aku kat sini bukan nak tunjuk pandai, alim bagai semua tu. Ini hakikat dan kenyataan yang nyata. Kalau nak terima silakan. Berlapang dadalah. Kalau taknak aku tak rugi dan aku dah sampaikan apa yang perlu sebab agama itu nasihat.
Sumber: IIUM Confessions
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI