Muslim Pro, aplikasi panduan doa harian dan solat serta bacaan dari Al-Quran dengan lebih dari 98 juta muat turun itu disifatkan sebagai aplikasi muslim paling popular di seluruh dunia.
Namun, menurut laman web Vice, aplikasi tersebut telah mengesan lokasi pengguna dan menjual data lokasi itu kepada broker iaitu X-Mode dan tentera Amerikat Syarikat (AS) adalah salah satu daripada pembelinya.
Muslim Pro adalah salah satu daripada beratus-ratus aplikasi telefon pintar yang menghasilkan wang dengan menjual data lokasi pengguna kepada broker pihak ketiga. (Tentera AS membeli data Muslim Pro melalui salah satu broker data pihak ketiga tersebut, menurut Motherboard.)
Isu tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan membuatkan mereka membuang aplikasi tersebut daripada gajet mereka dengan segera.
Ini memberi gambaran terbaru mengenai bagaimana agensi-agensi kerajaan dapat berhubung ke broker data swasta untuk mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan individu, termasuk warga AS.
Beberapa penggubal undang-undang meminta agar isu ini diatur lebih ketat setelah mereka mendapat tahu bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri membeli data lokasi untuk mengesan orang yang disyaki berpindah ke AS secara haram.
Di Twitter, netizen menzahirkan rasa kecewa mereka selain mencadangkan aplikasi mirip Muslim Pro bagi memudahkan umat Islam di serata dunia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Kebaikan Jadi Morning Person, Nanti Bila Dah Kahwin Barulah Boleh Jadi Contoh Pada Anak-anak
Waktu pagi adalah masanya untuk kita cergas supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Maka sebab itulah waktu pagi kita perlu diisi dengan aktiviti yang menjana semangat agar dapat dijadikan pencetus energi sepanjang hari.
Apabila sudah berumah tangga, ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak. Apa sahaja yang ibu bapa buat, anak-anak akan ikut. Hal ini kerana ibu bapa menjadi contoh dan ikon kepada anak-anak. Tak rugi pun kita bangun awal kerana berpagi-pagian itu lebih baik kerana kita punya lebih banyak masa untuk melakukan banyak pekerjaan.
Berikut perkongsian Najmi Nawawi sebagai panduan.
Ya betul. Orang yang bangun di awal pagi ialah morning person. Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik University of Leipzig, setiap manusia yang mahu melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri sendiri harus bangun awal di awal pagi.
Banyak contoh orang hebat dunia seperti CEO Disney, Bob Iger, dan CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Atau lihat sahaja kepada icon parenting tempatan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau sentiasa memanfaatkan waktu pagi sebaik-baiknya untuk pastikan anak-anak mendapat yang terbaik.
Ibu bapa perlu bangun di awal pagi, untuk jadi orang yang hebat dan mampu memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Malulah, kalau anak-anak yang bangun terlebih dahulu dari kita. Anak yang hebat kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat.
Sekiranya kita tahu diri kita ialah orang yang susah bangun pagi, maka kita perlu ubah rutin harian kita agar dapat bangun di awal pagi. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kita abaikan yang lain. Pastinya kita tidak mahu terlepas kebaikan untuk bangun di awal pagi.
Solat subuh ialah perkara yang paling utama dan umpama kunci kejayaan sesebuah keluarga. Kita wajib didik anak kita untuk bangun pagi bukan untuk pergi kerja (mencari rezeki) tetapi untuk sujud beribadah kepada (pemberi rezeki) terlebih dahulu.
Sekiranya perkara asas seperti ini sudah gagal, definisi kejayaan kehidupan pasti diletakkan pada wang ringgit semata-mata bukan keredhaan Allah yang menjadi paksi utama.
Selain itu, faktor kesihatan juga menjadi tuntutan. Ianya bermula dengan sarapan pagi. Kerana jika kita dan anak-anak tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
Dengan bersarapan, fikiran akan lebih segar dan dapat kurangkan tekanan, ini sangat penting untuk pastikan tenaga yang positif sepanjang hari. Dibantu juga dengan hormon-hormon kortisol yang mula meningkat dalam badan untuk menyediakan badan kita bekerja dengan baik. Seterusnya menjadikan kita manusia yang berkualiti kepada pasangan, anak-anak dan juga kerjaya.
Begitu juga dari sudut memberi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak. Khususnya seorang ketua keluarga (ayah), perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak lebih cenderung untuk ikut sifat dan perwatakan si ayah meskipun mereka rapat dengan si ibu. Setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan anak-anak.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai mendidik anak-anak yang berjiwa besar, jangan lupa saksikan episod ke8, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124. Rancangan ini dihoskan oleh Dato Jovian Mandagie dan Datin Nina Ismail Sabri.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Sumber kredit: Facebook Najmi Nawawi
Sumber gambar (top image): sabilillah.net
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampak Lebih Muda Berhijab, Penampilan Intan Ladyana Di FFM 32 Begitu Memukau!
Namanya cukup popular dan sering menghiasi kaca televisyen pada tahun 2000, dan sekali lagi menjadi bualan wargamaya apabila nekad untuk mengakhiri zaman bujang dengan aktor kacak Harris Aliff meskipun jarak usia berbeza 17 tahun.
Namun, apa yang menarik perhatian baru-baru ini adalah penampilan Intan yang anggun dan jelita mengenakan hijab dan ketika menghadiri Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Nampak Semakin Muda, Bahagia dan Cantik Bertudung
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Intan di laman Instagram miliknya, memaparkan kecantikan dirinya yang begitu terserlah apabila berhijab, sekaligus ada yang mengatakan Intan tampak lebih muda berbanding usia sebenarnya.
Selain itu, rata-rata netizen bersetuju bahawa penampilan pelakon yang jarang terpalit kontroversi itu, terlihat begitu memukau, Intan sangat anggun dan jelita dalam persalinan busana songket tanah hitam, berkerawang emas itu.
Artikel berkaitan: Berhijab Ketika Bercuti Di Cruise Mewah, Penampilan Intan Ladyana Tarik Perhatian
Malah, ada yang menyifatkan bahawa kini Intan sedang berada dalam fasa bahagia dalam hidupnya, kerana sudah berkahwin, mempunyai seorang cahaya mata dan sudah berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna.
Hijabista meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut dan mendapati hantaran itu telah dibanjiri dengan komen positif yang memuji isteri kepada Haris Aliff dan juga ibu Evie Khadeeja itu. Antara komen yang ditinggalkan netizen adalah:
“Cantik berseri-seri Intan, lepas kahwin, lepas melahirkan anak, lepas berhijab.”
“Bila kahwin dengan orang yang tepat, bahagia dan makin cantik.”
“Bertambah nampak muda bila bertudung! Lurveeeeeeeeee.”
Sebagai rekod, Intan kini sememangnya terlihat bahagia sejak bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Harris Alif malah kebahagiaan rumah tangga mereka semakin mekar berkembang dengan kehadiran seorang cahaya mata pada 31 Januari lalu.
Sumber: Instagram Intan Ladyana
Artikel berkaitan: Manis Berhijab, Intan Ladyana Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Harris Alif
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!
Isi Kandungan
ToggleKulit wajah yang sihat, bebas cela, segar dan bersih sememangnya menjadi dambaan para wanita diluar sana! Malah ramai diantaranya yang berlumba-lumba memutihkan kulit kerana mahu memiliki kulit wajah pertis artis korea kegemaran mereka.
Antara selebriti korea yang sering menjadi ‘role model’ dek kerana kejelitaan wajahnya yang begitu dikagumi dan dicemburui ramai adalah pelakon Descendent of The Sun, Song Hye Kyo.
Malah, ramai yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk melakukan treatment wajah di SPA, mengambil suntikan pemutih atau ‘bleach kulit’. Walhal kulit wajah persis selebriti Korea boleh didapati dengan mudah sekiranya anda konsisten mengamalkan masker semulajadi ini!
Hanya Gunakan Dua Bahan Dirumah, Tetapi Perlu Lakukan Secara Konsisten! Baru Dapat Kulit Persis Artis Korea
Masker tembikai adalah salah satu cara untuk anda merealisasikan impian anda ytang mendambakan kulit wajah seperti selebriti Korea. Buah tembikai bukan sahaja enak dimakan, tetapi ia memberi manfaat bagi kesihatan tubuh dan amat baik untuk kesihatan kulit.
Masker tembikai ini mempunyai 1001 kebaikan terhadap kulit tidak kira samada lelaki atau wanita. Ia dapat melembapkan kulit kering, menjadikan kulit lebih segar dan remaja kerana tembikai mengandungi khasiat dan vitami yang diperlukan kulit.
Jika anda mengamalkan penggunaan masker ini secara konsisten, anda pasti boleh melihat kesan yang amat menakjubkan kepada kulit anda, antaranya kulit akan menjadi lebih lembut, kenyal dan berseri.
Artikel berkaitan: Jangan Buang Kulit Tembikai! Rupa-Rupanya Boleh Guna Untuk Rawat Rambut Gugur
Lebih menarik lagi, penggunaan masker tembikai ini tidak akan menyebabkan anda mengalami masalah kulit seoerti kerengsaan meskipun anda mempunyai kulit jenis sensitif, kerana penggunaan tembikai pada wajah sesuai untuk semua jenis kulit.
Mesti Hijabi, dah tak sabar nak tau macam mana cara untuk membuat masker yang penuh dengan manfaat untuk kulit wajah ni kan?
Mudah saja sis kalau nak buat masker tembikai ni, sis hanya perlukan dua bahan yang ada di rumah sahaja, berikut Hijabista kongsikan langkah dan cara-cara penyediaan masker Tembikai berkenaan.
Bahan-bahan:
- 1/8 buah tembikai
- 2 sudu teh madu
Cara-cara:
- Hancurkan 1/8 buah tembikai menggunakan garpu. Jangan potong terlalu halus.
- Tambahkan 1 hingga 2 sudu teh madu dan kacau hingga sebati.
- Sapukan pada wajah dan leher secara menyeluruh.
- Biarkan selama 20 minit.
- Bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih.
- Selepas itu, sapukan pelembap yang sesuai dengan kulit anda.
Artikel berkaitan: Kurus Dengan Cara Mudah, Hanya Makan Tembikai Dalam Masa 7 Hari. Wow, Betul Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI