Nelydia Senrose Tampak Lebih Selesa Berhijab Selepas Balik Umrah. Jika Benar, Alhamdulillah…

Share

Pelakon popular yang mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019, Nelydia Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat begitu sibuk  menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami tercintanya Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Namun, baru-baru ini, pelakon ini menimbulkan tanda tanya terhadap peminat-peminatnya mengenai imejnya yang dilihat di laman Instagram milik ‘fan club’ Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab. Wah! Benarkah Nelydia sudah berhijab? Sudah pasti ramai yang teruja melihat imejnya yang semakin ayu, manis dan sopan itu!

Rata-rata peminatnya mendoakan agar ianya sebuah penghijrahan yang benar. Tambahan pula, Nel baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah dan ia menguatkan lagi sebab untuk Nelydia berhijrah ke arah yang lebih baik.

Apa-apapun, andai benar pelakon kesayangan ramai ini sudah mula berhijrah ke imej yang lebih baik, team Hijabista mendoakan agar Nelydia terus kekal istiqomah dan diberikan keberkatan dari Allah SWT..InsyaAllah!

Sumber gambar: Nelydia Senrose fans

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini:

Shoppe 

Published by
Putra