Mengimbau kembali kenangan ketika menunai umrah pada awal tahun ini, Mawar Rashid akui dia merindukan setiap detik di sana dan mengingat kembali doa yang dipohon sewaktu berada di hadapah Kaabah.
Rindu yang teramat..
Time ni, Mawar sorang2 nak gi doa kat Hijr Ismail.. Raf tengah solat. Berdebar2 nak masuk kat situ.. semua nak gi doa kat situ kan.. tapi.. Mawar mmg nekad nak doa jugak kat situ, sbb tu Mawar cuba gi jugak kat situ.. mmg ramai sgt berhimpit..
Tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan.. bertemu ngn 2 org aunty yg sama2 berjuang untuk nak berdoa kat Hijr Ismail..
Mawar nampak 2 org aunty ni.. pastu Mawar tanya.. “cik.. boleh ke Mawar nak masuk skali ngn cik.. sebab Mawar sorang ni” aunty2 tu terus tarik mawar, and suruh Mawar pegang kuat2 aunty tu.. 😭😭😭😭.. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa.. sampai senget2 tudung.. Rinduuuuu..
Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar.. Syukur Alhamdulillah 🤍🤍🤍🤍
Alhamdulillah betul2 sebelum pkp bulan 3 dulu, sempat buat umrah.. kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci 🤍 Tak sabar nye nak pergi sana lagi 😭😭😭😭😭 agak2 next time, Mawar akan dapat pergi ngn siapa ya 🥺
InsyaAllah kalau niat baik pasti Tuhan akan permudahkan. Moga Mawar dan kita semua diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah lagi atau suatu hari nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Keruan Lihat Kecomelan Anak Mira Filzah, Netizen ‘Tagih’ Mahukan Gambar Wan Khair Amir Lagi
Siapa tidak kenal dengan pelakon popular Mira Filzah yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia lima bulan.
Malah, tindakan Mira memuatnaik foto bersama putera sulungnya baru-baru ini, membuatkan peminatnya teruja dan tidak keruan melihat kecomelan Amir yang digelar ‘mini Mira Filzah’.
Comelnya! ‘Mini’ Mira Filzah
Menerusi hantaran tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memaparkan beberapa keping foto candid mendukung Amir yang sedang tersenyum ceria.
Oleh itu, para peminatnya yang teruja telah menghujani hantaran tersebut dengan pujian dan komen positif, kerana ‘geram’ dengan kecomelan riak wajah Amir.
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
“Subhanallah muka Amir sama mcm mama dia 😍😍😍”.
“Eeeeeeee.. geramnya anak miwaaaa filzahhhh ni.”
“Kenapa la mak dgn anak cute sangat!”.
Artikel Berkaitan: Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Mira Filzah Selamat Melahirkan Putera Sulungnya!
Terdahulu pada 3 September 2020, mira telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar, sebelum dikurniakan cahaya mata dua tahun kemudian pada tanggal 10 mei lalu.
Mengambil pendirian menetapkan privasi dengan tidak mendedahkan wajah putera sulungnya, sehingga anaknya itu berusia lima bulan.
Wajah Amir hanya didedahkan kepada umum pada 2 Oktober lalu, menerusi potret keluarga kecil mereka, usai menjalani majlis Aqiqah Amir.
Berikutan kecomelan ‘Mira Filzah Junior’ ini, akan akaun peribadi putera sulung mereka itu kini sudah mencecah seramai 74,000 pengikut di laman Instagram.
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari Dilahirkan, Mira Filzah & Suami Kongsi Nama Anak, Wan Khair Amir!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selawat Membuang Kerisauan, 6 Kepentingannya Terbaik Untuk Hijabi Yang Bermasalah
Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
7 Kepentingan Selawat Yang Ramai Terlepas Pandang
1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
4. Diampunkan Dosa
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Hidupkan Sunnah!
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Alami ‘Bankrap’ Bekas Guru Ini Tak Serik Berniaga & Lahirkan 8 Jutawan. Rahsianya Pada Kitab Al-Quran!
Isi Kandungan
ToggleBukan mudah seseorang itu untuk berjaya mendaki ke puncak. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhi sebelum duduk selesa dengan apa yang diimpikan sebelum ini. Pengalaman menjadi ‘bankrap’ menjadi titik tolak kepada kejayaan anak muda kelahiran Sabah ini. Pernah bergelar cikgu sebelum ini, Sudirman Abdul Rahman 35 tahun, boleh dianggap sebagai seorang insan yang tidak cepat mengalah.
Semuanya bermula apabila berdepan dengan saat menghadapi krisis kewangan yang agak teruk pada tahun 2016. Ketika itu dia baru memulakan perniagaan jualan langsung dan masih belum ada cukup pengalaman.
Kutip duit atas almari & makan telur
“Ketika saya mengalami masalah kewangan. Tiada punca pendapatan dan akaun juga dibekukan. Oleh kerana malu, saya memang rahsiakan semua dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan.
“Sampai satu tahap saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari dan duit itu saya gunakan untuk belanja selama empat bulan bagi membeli beras dan telur. Bayangkan telur sebiji saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua.
“Saya gunakan sumber makanan itu selama empat lima bulan sebelum produk diusahakan keluar setelah berjaya temui jalan penyelesaian,” ujar Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar dan pengasas In3Tree.
Menurutnya yang popular dengan gelaran Cikgu Sudir (CS) ini dia sebenarnya mengalami tekanan yang sangat hebat tika berdepan masalah ini.
“Situasi yang berlaku menyebabkan saya diibaratkan seperti jatuh terduduk. Mana tidaknya secara tidak langsung hilang segala punca pendapatan. Dalam pada itu untuk menenangkan hati, saya bangun setiap Subuh dan bertahajud.
“Saya baca terjemahan Al-Quran dan akhirnya saya temui jalan dan banyak lagi maksud tersirat dalam kandungan kitab suci ini. Akhirnya dengan izin Allah saya kembali bangkit meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan,” tambah graduaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling.
Jadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan
Jelasnya lagi Al-Quran itu tersimpan seribu satu perrkara. Kitab suci ini memberitahu bagaimana untuk tidak rugi dalam perniagaan. Sejak itu dia menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam kehidupannya.
Dia juga berkata menjadi ‘bankrap’ juga menjadi pengalaman berguna buat dirinya. Malah menurutnya sepanjang tempoh itu dia tidak boleh keluar negara dan membuat beberapa lain yang berkaitan seperti pinjaman di bank.
Cikgu Sudir ditemui ketika majlis meraikan ulang tahun In3Tree yang kedua. Majlis yang diadakan di Grand Ballroom Top Glove, Seri Kembangan dengan kehadiran kira-kira 2,000 orang itu juga dianjurkan untuk meraikan kejayaan pengedar serta pengguna Int3Tree.
“Saya sebenarnya langsung tidak menjangka akan kejayaan seperti ini. Sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami berjaya mempunyai 10,000 pengedar. Jika lalu Allah beri kita rezeki untung 30 juta dan insya-Allah tahun depan kita gandakan jadi 50 juta pula,” katanya lagi.
Lahirkan 8 jutawan
In3Tree yang bermula sejak 8 Feb 2017 kini menjangkau usianya dua tahun. Namun pencapaiannya bukan biasa-biasa, sehingga mampu melahirkan lapan orang jutawan hebat!
Majlis penuh gilang-gemilang tersebut yang diadakan di Top Glove Seri Kembangan ini turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi lelaki terkenal tanah air, Hael Husaini. Dalam majlis berkenaan turut diadakan cabutan bertuah dan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Alza.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI