Nekad Berhenti ‘Merokok’ Melly Goeslow Akui Berat Badan Susut Lagi 34 Kilogram!

Share

Pelantun suara lagu Denting yang juga merupakan seorang komposer serta penyanyi, Meliana Cessy Goeslaw atau nama pentasnya Melly Goeslaw mendedahkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan sebanyak 34 Kilogram!

Jelasnya, penurunan berkenaan amat berkait rapat terhadap perubahan tabiat merokok yang dilakukan oleh Melly sujurus melakukan pembedahan bariatrik pada Julai tahun lalu.

Melly Tak Sangka Turun Berat Hingga 34 Kg!

Menurut Melly, dia tidak pernah menyangka akan mengalami penurunan berat badan sebanyak itu apabila dia nekad mengambil keputusan untuk berhenti merokok, ekoran daripada kesan pembedahan bariatrik yang membuatkan dia merasa loya apabila mencium bau tembakau.

Artikel Berkaitan: Penat ‘Ikat Perut’ Untuk Kurus, Melly Goeslow Akhirnya Nekad! Berjaya Singkirkan 23kg

“Saya sudah berhenti merokok, jadi mual kalau merokok. Selepas pembedahan bariatrik, lihat kotak rokok pun buat saya mual!

“Mungkin disebabkan perubahan hormon, doktor sahaja boleh menjelaskan kesannya tapi Alhamdulillah perubahan besar,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Sekadar info, Melly mendedahkan sejak menjalankan pembedahan bariatrik berkenaan, berat badannya berkurang sehingga 34 kilogram.

Jelasnya lagi, dia kini tidak boleh makan dalam kuantiti yang besar selain penyakit diabetes dihidapinya sebelum ini sudah pulih sepenuhnya.

Sumber: Instagram Melly Goeslow

Artikel Berkaitan:‘Awas Ya, Sekarang Saya Sudah Kurus!’, Melly Goeslaw Dedah Menjadi Mangsa Diskriminasi Berbadan Gempal.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Haifa Nasir