Baru sahaja bergelar isteri pada Sabtu lalu, kini Neelofa diangkat sebagai Tokoh Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith pula. Dia menerima anugerah tersebut bagi kategori tokoh berpengaruh mega oleh Kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Walaupun begitu dia tidak dapat hadir ke majlis yang diadakan kerana sedang berada di Langkawi. Untuk pengetahuan pembaca, Hari Sayyidatina Khadijah merupakan program tahunan yang mengiktiraf peranan dan juga sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri itu.
Sebagai acara yang disambut secara tahunan, program tersebut dilihat sebagai satu langkah dalam menonjolkan personaliti wanita serta kecemerlangan mereka di dalam bidang masing-masing.
Acara ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dan pada tahun ini anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan Timbalan Menteri wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustaz Syed Abdul Kadir Cadangkan Mereka Yang Ada Simptom Covid-19 Tak Ke Masjid, Usrah & Salam Jemaah
Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.”
Namun dalam keadaan penularan Covid-19 semua orang perlu berhati-hati. Jika ada tanda-tanda demam dan kurang sihat, lebih baik buat amal ibadat di rumah sahaja.
Berikut perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Ada kaedah dalam Islam berdasarkan hadis لا ضرر ولا ضرار Salah satu maknanya adalah,
“Tidak boleh memudaratkan diri dan memudaratkan orang lain”
Syariah Islam sangat menghargai pandangan dan kepakaran doktor perubatan maka ikutlah nasihat pihak Jabatan Kesihatan.
Kalau ada yang kata “takkanlah buat ibadah pun terhalang dgn nasihat doktor? Kuatkanlah aqidah!” Jawapannya, aqidah Islamlah yang mengajar kita supaya “الأخذ بالأسباب” iaitu bukan sekadar tawakkal tapi berusaha dan berusaha sebaiknya. Rasulullah sendiri ajar bab kuarantin. Rasulullah pergi perang pakai topi besi dan baju besi tau, bukan “pakai” aqidah yang mantap saja tau.
View this post on InstagramA post shared by Syed Abdul Kadir Aljoofre (@syedkadir) on
View this post on InstagramA post shared by Syed Abdul Kadir Aljoofre (@syedkadir) on
Sumber kredit: Syed Abdul Kadir Aljoofre
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Busana RM80 Ribu Sebagai Tanda Istimewa Ulang Tahun Ke-9, Che Ta Bersyukur Muncul Zain Dalam Hidupnya
Kemanisan dalam perkahwinan adalah apabila kedua pasangan yang telah lama bersama meraikan hari perkahwinan bersama. Setiap kali hari keramat yang istimewa tiba, sudah tentu momen-momen bersama diingati.
Setiap pasangan ada cara mereka sambut ulang tahun perkahwinan bersama, begitu juga pasangan selebriti Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah busana ‘photoshoot‘ miliknya yang berharga RM80,000!
Artikel berkaitan: “Berbaloi Mak Hang Cari Duit Nak Bayar ‘Fees’…Bukan Sikit-Sikit Duit Chek Oii…” – Che Ta Rasa Bersyukur Anak Keduanya Peroleh Double Degree
Istimewa untuk ulang tahun ke-9 bersama pasangan
Menjadi kepastian buat Che Ta dan Zain Saidin untuk meraikan ulang tahun dengan ‘photoshoot‘ ala-ala pengantin baru. Kini pilihan Che Ta menggayakan busana berwarna putih mengejutkan lagi orang ramai.
Che ta juga tidak segan untuk berkongsi di ruangan kapsyen mengenai pengalamannya menjadi ibu tunggal selama 12 tahun. Dia juga tidak putus asa dalam perkahwinan dan bersyukur di hadirkan Zain dalam kehidupannya.
“9 tahun, 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000, thank you @ivanyoungofficial,
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan…kadang Allah SWT hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita…kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.” katanya.
Bukan jenis ‘control‘ tapi peka bab agama
Aktres berumur 49 tahun itu juga mengatakan peribadi suaminya itu sangat sempoi dan bukan seorang yang suka ‘control‘. Tetapi disoal bab agama, Zain sangat peka dan ‘particular‘ meski pun ada yang mengatakan dia ‘mat salleh celup’.
“Tak pernah suruh kami kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami…tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat?,
“Tal sangka ‘mat salleh’ celup yang saya kahwin ini sangat particular tentang agama. Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha sahaja…tapi terus slowly tutup aurat, Alhamdulillah!.” ujarnya lagi.
Artikel berkaitan: “Seronok Tengok Ramai Yang Berhijrah…”- Peminat Teruja Tengok Artis Berkumpul Dalam Majlis Ilmu!
Dia juga tidak terlupa untuk memberikan pesanan buat para wanita di luar sanan untuk tidak berputus asa dalam perkahwinan. Jodoh itu akan muncul buat yang mencari, semuanya atas keredhaan Allah SWT.
Sumber: Instagram @rozitachewan1
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Perkara Hijabi 20-an Tidak Perlu Bimbang Tentang Masa Depan
Semua orang sudah tentu akan tertanya-tanya, membayangkan dan juga mengimpikan masa depan mereka. Apa agaknya yang akan terjadi kepada kita lima, 10 atau 20 tahun akan datang.
Ketika kita berusia 20-an, waktu itulah kita akan mengejar impian, pelajaran dan juga pencarian pasangan. Kesemuanya kita mahu lakukan secepat dan sebaik mungkin. Namun, kadang kala semua itu boleh membuatkan kita hilang fokus akan apa yang berlaku di sekeliling kita.
‘Kini’ adalah masa yang penting untuk kita beri perhatian dan buat sehabis baik. Bukan bermakna kita perlu melupakan masa depan tetapi Allah merupakan pelaksana yang terbaik.
Mari kita lihat 10 perkara yang hijabi 20-an perlu berhenti dari terlalu memikirkannya.
1. Berkahwin dan memiliki cahaya mata
Sebagai seorang Muslim, berkahwin merupakan satu sunnah yang dituntut. Tetapi percayalah walaupun anda sudah berusia 29 tahun dan masih single, anda tetap muslim sejati, tidak berkurang sedikit pun.
Ingat, jodoh pertemuan di tangan Allah. Jika belum lagi berkahwin, maknanya jodoh masih lagi belum tiba. Berbaktilah kepada ibu bapa jika anda masih solo. Sesungguhnya mereka adalah kunci anda ke syurga.
2. Mencapai kejayaan
Selalunya usia 20-an adalah usia kita mahu kecapi banyak kejayaan. Tidak dinafikan ramai golongan belia sekarang yang menjadi jutawan tatkala usia ini, namun ia tidak bermakna anda juga ‘wajib’ mencapai kejayaan sedemikian.
Jangan mengukur kejayaan dengan ukuran dunia sahaja. Mereka yang mengejar dunia, tidak akan mendapat sedikitpun kebaikan akhirat dan juga dunia menjauhi. Fokus kepada amalan akhirat. Mereka yang mengejar akhirat, dunia akan mengejar mereka.
3. Tidak fitting in
Mungkin terdapat beberapa kareer yang tidak membolehkan anda untuk berhijab. Jangan gusar. Rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berpegang kuat kepada akidah Islam.
Identiti kita sebagai hijabi akan membuka jalan dan peluang lain untuk anda menemui kareer yang betul, komuniti yang ngam dan tempat yang kita rasa selesa dan gembira.
4. Bilangan sahabat yang kita miliki
Kuantiti tidak boleh melawan kualiti apabila kita berbicara mengenai persahabatan. Memiliki jumlah sahabat yang sedikit yang membawa anda kepada kebaikan adalah lebih baik dari memiliki 1000 kawan yang menarik anda kepada keburukan.
5. Barangan mewah
Anda tidak mampu memiliki iPhone 5s? Jangan terlalu memikirkannya dan jangan memaksa ibu bapa anda untuk membelikannya pula! Praktikkan untuk hidup bersesuaian dengan kemampuan anda.
Percayalah satu hari nanti apabila anda sudah memiliki stabiliti dan kemampuan kewangan, apa yang anda idamkan pasti boleh anda miliki.
6. Terputus hubungan dengan sahabat lama
Apabila sekolah atau pengajian tinggi tamat, kita pasti akan berpisah dengan sahabat-sahabat lama. Masing-masing sibuk mengejar impian tersendiri.
Jadi, janganlah anda terlalu memikirkannya. Ada jodoh kalian, pasti akan bertemu jua.
7. Apa berlaku dalam hidup orang lain
Laman Instagram merupakan alat termudah untuk meneliti kehidupan orang lain. Hentikan sekarang! Melihat kebahagiaan atau kemewahan orang lain sedikit pun tidak dapat memberi anda kebaikan.
Mereka ada hidup mereka, begitu juga anda. Jadi, fokus kepada diri dan kehidupan anda. Ia lebih penting dari anda mengintai hidup orang lain.
8. Penolakan dan kegagalan
Keduanya merupakan sebahagian dari hidup kita. Lebih meningkat usia kita, lebih banyak cabaran sebegini yang kita akan hadapi.
Dari anda bimbangkan dua hal ini, lebih baik anda fokuskan kepada benda yang lebih positif dan memberi motivasi kepada kita untuk terus berjuang di dunia ini. Penolakan dan kegagalan seharusnya kita ambil sebagai pengajaran untuk membaiki diri kita ke arah lebih baik.
9. Gambar profil media sosial
Percayalah bahawa lebih banyak benda yang lebih penting dari gambar utama media-media sosial anda. Jangan cuba untuk menjadi perfect kerana dunia ini tiada apa yang sempurna.
Fokuslah kepada realiti. Habiskan masa untuk memperbaiki akhlak daripada memperbaiki gambar profil anda. Sesungguhnya ia lebih baik dan memberi faedah.
10. Pleasing others
Pleasing others tidak memberi faedah kepada anda dan anda sama sekali tidak akan menang. Orang lain akan mempunyai ekspektasi yang tidak relevan untuk anda jadi tidak perlu anda rendahkan diri anda untuk memenuhinya.
Fokus tenaga anda lebih kepada pleasing Allah S.W.T. Kerana apabila Allah sayangkan anda, seluruh ciptaannya juga akan menyayangi anda.
Semoga semua hijabi yang masih lagi dalam lingkungan 20-an dapat manafaat dari ini. Ingat, Allah itu sebaik-baik pelaksana. Kita hanya mampu merancang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI