Neelofa Tarik Nafas Lega, ‘LMK’ Kembali Aktif Di Instagram – “Dan Akhirnya Tak Payah Nak..”

Share

Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor menarik nafas lega apabila adiknya
Nur Ameera Khan atau lebih dikenali dengan jolokan Little Miss Khan (LMK) kini sudah kembali aktif semula di laman Instagram miliknya.

Model jelita, Ameera Khan itu kembali mengubati segala kerinduan para peminat terhadap dirinya setelah hampir setengah tahun menyepi dan mendiamkan diri dari laman sosial.

Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya LMK memuat naik beberapa keping foto dan video dirinya ketika sedang melaksanakan ibadah umrah, serta sambutan hari lahirnya yang ke-22 tahun di Dubai menerusi Instagram miliknya.

Komen Neelofa Tarik Perhatian Netizen

Pada hantaran hari lahir Ameera yang ke 22 tahun itu, komen yang ditinggalkan Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail dan ummi kepada Muhamad Bilal telah menarik perhatian wargamaya.

Neelofa, dalam nada berseloroh mengakui bahawa dia turut merasa lega apabila kini, dia tidak perlu lagi menjawab pertanyaan dan persoalan yang ditimbulkan media berhubung perkembangan terkini LMK berserta ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Ameera.

“Happy birthday baby. Dan akhirnya tak payah nak jawab dah bila media tanya,” komen Neelofa disertakan bersama emoji ketawa.

Meninjau ke ruangkan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati rata-rata rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat model muda yang berjaya menempah nama kepersada antarabangsa itu.

Malah, mereka turut menzahirkan perasaan teruja terhadap perkongsian LMK selepas lima bulan mendiamkan diri dari laman sosial.

Artikel berkaitan: Pernah Dikritik Kerana ‘On-Off’ Berhijab, Noor Kartini Jelas Isu Tudung Ameera Khan!

Namun, segelintir netizen berasa sedikit kurnag senang terhadap penampilan Ameera yang kini sudah tidak lagi mengenakan hijab.

Bagaimanapun, netizen tetap mendoakan agar LMK yang juga seorang usahawan itu terus kekal istiqamah untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Ingatkan buat comeback dah versi muslimah. Tapi tak apa la, doa yang baik-baik saja untuk baby (LMK). Semoga kekal istiqamah.

“Kejap buka, kejap pakai, dia macam tu la. Waktu dia nak buka tu dia senyap lama dulu… hm kita love awak tapi sedih la macam ni,” ujar netizen.

Untuk rekod, Ameera sebelum ini pernah berjinak-jinak memakai hijab dan berusaha kearah yang lebih baik atas saranan Neelofa dan ibunya, Noorkartini.

Sumber: Instagram Little Miss Khan

Artikel berkaitan: Ameera Khan Tampil Berhijab, Neelofa Panjat Rasa Syukur

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir