Neelofa Kongsi Perkembangan Bilal – “Waktu Solat, Dia Akan ‘Stay Around’ Kaki Ayah Dia”

Share

Baru-baru ini, selebriti dan ahli perniagaan terkenal Noor Neelofa mendedahkan perkembangan terbaru anak sulung kesayangannya Muhammad Bilal yang kini berusia lebih setahun.

Menurut Neelofa yang juga bekas pengacara rancangan MeleTop, seperti kanak-kanak lain, dia memaklumkan Bilal pada usia setahun di mana pertumbuhannya sangat pesat.

Artikel Berkaitan : Suami Syukur Neelofa Diterima Menjadi ‘Co Host’ Syarikat Antabangsa, Walaupun Berniqab

Dalam temubual bersama Hijabista, Neelofa memberi perkongsian kepada semua tentang perkembangan anaknya Bilal.

“Sebenarnya di usia Bilal sekarang, terlalu cepat membesar dalam masa minggu ke minggu, dia dah pandai usik kita, dah pandai menyorok, dah boleh pandai main” ujar Neelofa.

Tambahanya lagi, berkongsi tentang perangai Bilal sebelum boleh berjalan dan belum.

“Satu perkara yang I macam sangat-sangat suka, bila saya dan Haris solat jemaah, daripada Bilal tak boleh jalan lagi, kita selalu letak dia tepi sejadah”

 “Daripada tak boleh jalan, waktu solat selalu letak sebelah atau cakap taqlim semua, dan apabila dia boleh bejalan dia waktu solat dia takkan lari pergi tempat lain, dia akan stay around kaki ayah dia” katanya lagi.

Neelofa berkongsi perkara ini dan berharap orang ramai menerimanya sebagai panduan ibu bapa membesarkan anak kecil.

“Its a good thing untuk anak-anak ada dalam suasana solat jemaah itu because everytime ajak solat sekali dia akan excited solat sekali” katanya.

Artikel Berkaitan : Cecah Usia 10 Bulan, Neelofa Teruja ‘Bilal’ Dah Mula Bertatih – “Dah Boleh Jalan Dah Dia, Empat Lima Langkah, Jatuh.”

Sekadar info, Neelofa selamat melahirkan anak pertamanya pada penghujung Mac tahun lalu. Selebriti berniqab kini berkahwin dengan Haris Ismail, atau mesra disapa PU Riz, pada 27 Mac 2021.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha