Tidak dinafikan kehebatan setiap aktiviti yang dilakukan pelakon serta pengacara popular Neelofa. Apa sahaja dibuat pastinya menarik perhatian. Dari berfesyen yang pelik, melakukan aktiviti kebajikan ataupun apa gosip mengenainya. Namun itu semua tidak dipedulikan oleh Ratu Trend ini kerana apa yang penting dia puas hati dengan aktiviti dilakukan.
Terbaru usahawan muda ini telah muat turun sebuah video posting di laman sosial instagramnya yang mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris popular, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.
Kempen yang disertainya ini bertujuan untuk menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedikasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Justeru, si jelita yang bijak bergaya serta mempunyai 6 juta pengikut di instagram ini telah mendedikasikan penghormatan buat anak saudaranya yang lahir tahun lalu, Jebat Jayden.
Dalam mesejnya itu, Neelofa mahu anak saudaranya itu merasakan sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika membesar kelak.
Dan pastinya tindakan ini dipuji netizen yang turut menyokong kempen dilakukan Neelofa untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia.
asrienajasmineazm Congrate…cantik sungguh Neelofa”tiada tandingan…
zuerosli Bismilah Masya Allah..Thank you dear..always inspire us to take good care of ourself 1st so we can take care others better..
shiharina Proud of you sis.. keep flying high.
whatlofareads Yessss to a greener world!
Diakhir ucapannya, Neelofa turut meminta aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella untuk menyertai kempen berkenaan.
Selain dirinya, selebriti antarabangsa lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mweujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antaranya bintang Hollywood yang turut serta adalah selebriti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Hijabista ucapkan syabas atas usaha yang dilakukan oleh Neelofa dan diharapkan hijabi di luar sana turut mencintai alam sekitar serta memastikan kehidupan hijau sentiasa terjaga untuk kesenangan generasi akan datang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA & LAUDYA CYNTHIA BELLA