Keputusan Neelofa berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang mendapat perhatian ramai.
Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya itu memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.
Keputusan Neelofa berniqab itu turut disambut dengan penuh kesyukuran oleh ibunya, Datin Noor Kartini.
Namun tidak dapat dinafikan perubahan baik yang dilakukan oleh Neelofa ini turut menimbulkan persepsi negatif daripada pihak tertentu.
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan di laman Facebooknya.
Neelofa Berniqab, Ramai Yang Trigger
Ramai yang mendoakan kebaikan untuknya, tak kurang juga, ramai yang melontar kejian.
Alangkah bahagianya dunia ini jika semua orang mendoakan kebaikan untuk saudaranya.
Bukan kerja kita nak korek apa isi hati dan niatnya. Itu antara dia dengan Allah. Kerja kita sebagai saudara seagama ialah saling mendoakan dan moga-moga dengan doa kita untuknya, Allah kembalikan semula kebaikan itu untuk kita, tak rugi pun bila kita berdoa untuk saudara kita, bahkan ia lebih menguntungkan kita dunia akhirat.
Nabi saw bersabda, “Barangsiapa mencontohkan dalam Islam suatu contoh yang baik, maka ia akan mendapatkan pahalanya, dan pahala orang yang mengikut melakukannya setelahnya; tanpa berkurang sesuatu apapun dari pahala mereka…[HR. Muslim]
Banyak pahala Neelofa boleh dapat dengan percuma kalau ramai wanita yang ikut kebaikan yang ditonjolkannya.
Hari ini hari Jumaat, kurangkan dosa, banyakkan pahala.
Moga kita semua istiqamah dalam kebaikan.
Sumber kredit: Facebook: Hassan Adli dan Instagram Neelofa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI