Neelofa Amalkan Doa-doa Ini Untuk Dipermudahkan Urusan Dalam Kehidupan

Share

Tidak siapa dapat menyangkal betapa besarnya kuasa doa selain menakjubkan kerana ia lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghafir: 60)

Dalam kitab Ad-Daa’ Wad Dawaa’, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyifatkan doa sebagai ubat yang sangat bermanfaat, sekali gus diibaratkan musuh bagi segala bencana dan musibah yang menimpa kaum Muslimin.

Saidina Ali Abu Talib RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Doa ialah senjata kaum Muslimin dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi. (HR Hakim)

Amatlah rugi jika kita tidak berdoa terutama sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Malah dengan melazimi amalan berdoa, ia akan merapatkan seseorang dengan Allah SWT secara rohani.

Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Neelofa yang merupakan seorang usahawan wanita berjaya selain selebriti, nyata wanita ini punya amalan doa yang tersendiri.

Rupa-rupanya ini doa-doa yang diamalkan dalam rutin seharian.

 

 

 

 

Perbuatan berdoa juga tergolong dalam ibadah. Orang yang sentiasa mengamalkan doa dalam hidup juga dijanjikan ganjaran dan keberkatan bukan sahaja di dunia, malah lebih penting di akhirat kelak.

Sumber kredit: Instagram lofa.page

Published by
Norhasliza