Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat besar ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Selain itu, Sharifah Rose juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela awal tahun lalu.
‘NATURAL BEAUTY’
Sebagai seorang public figure, setiap perkara yang dilakukan Sharifah Rose pasti menjadi perhatian. Antaranya, rutin kecantikan hariannya.
Ads
Sharifah Rose sering berkongsi video-video penjagaan kulit wajah dan tutorial makeup di Instagram.
Sharifah Rose amat bertuah kerana memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah. Memang terpegun melihat kulit wajahnya yang polos, natural beauty!
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Ibunya, Noraini Dahlan yang berketurunan Melayu-Jawa turut memiliki kencantikan tersendiri. Manakala bapanya Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar pula berketurunan Melayu-Arab.
Ads
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Rata-rata anak kacukan memang cantik-cantik dan kacak.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Ads
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Rose
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain cantik macam ibunya, anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri ini juga seorang yang bijak, petah bertutur, rajin, kreatif dalam seni lukisan dan pandai memasak.
Paling mengkagumkan Qadejah sangat fasih berbahasa Inggeris! Memang terleka dibuatnya jika menonton video-video Qadejah bertutur dalam bahasa Inggeris. Lancar dan sedap didengar, Masha-Allah!
Bertuahnya Dato’ Aliff dan Datin Nur Shahida dikurniakan anak sehebat Qadejah El Zahra ini atau dikenali dengan panggilan Cess.
“Hari ni saya luang masa saya tengok @qadejah_terlajaklaris ada atas pentas masuk pertandingan debat. Yelah Mama dia ni dulu tak mampu nak buat. Kita ni dulu nak bercakap dengan orang pun malu malu.
“Berbeza lah dengan anak dara sorang ni. Dia punya confident tu mcm @aliffsyukriterlajaklaris … Alhamdulillah sedikit sebanyak pertandingan debat ni boleh mengasah keyakinan dia, cara dia bercakap dan berinteraksi dengan orang ramai.”
Menjengah ke Instagram Dato’ Aliff pula, beliau meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan Qadejah.
Malah, kapsyen yang ditulis turut menyentuh jiwa pengikut-pengikutnya.
“ABAH GAGAL SPM DAPAT 4E TAPI ABAH USAHA UNTUK ANAK ABAH TAK IKUT”
“Sebenarnya bukan peringkat Selangor pun hahah… Abah saja je berimpian….. supaya Cess berjaya lebih dari ABAH..”
Dato’ Aliff turut mendedahkan, ketika remaja beliau merupakan seorang pemidato dan pernah mewakili sekolah. Hebatnya! Baru tahu Qadejah rupa-rupanya banyak mewarisi bakat dan keyakinan Dato’.
“RAMAI YANG TAK TAHU SEBENARNYA DULU WAKTU SAYA REMAJA SAYA JUGA SALAH SEORANG PEMIDATO WAKIL SEKOLAH TAK SANGKA ADA ANAK YANG MENGIKUT..”
Kesimpulannya, walaupun mereka ini bergelar jutawan namun anak-anak dididik dengan baik, seimbang dunia akhirat. Diajar erti kesusahan dan perlu berusaha untuk medapatkan sesuatu.
Selain didedahkan dengan ilmu dan cara-cara berniaga sejak kecil, anak-anak Dato’ Aliff turut diberi kebebasan untuk menonjolkan bakat yang dimiliki.
Untuk info, Dato’ Aliff dan Datin Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007. Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.
Semoga keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri sentiasa dalam rahmatNya.
Kredit Foto: Instagram Datin Nur Shahida, Qadejah & Dato’ Aliff Syukri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masha-Allah, suka sangat tengok penampilan Hidayah sekarang. Nampak makin bahagia, cantik dan berseri-seri! Terserlah keyakinan wanita cekal berusia 31 tahun ini.
Hidayah juga kini mampu berdiri di atas kaki sendiri membesarkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey walau tanpa suami di sisi.
Hidayah juga sangat bertuah kerana sentiasa menerima doa serta sokongan yang tak putus-putus daripada keluarga, sahabat serta para pengikut setianya.
Baru-baru ini Hidayah atau nama penuhnya Siti Nurhidayah Mohd Ali memuat naik satu hantaran di Insragram detik manis ketika meraikan ulangtahun kelahiran ibu tercintanya, Hasnah.
Dalam hantaran itu, Hidayah telah menghadiahkan ibunya barang kemas berupa gelang dan cincin emas. Turut berada di sisi ialah bapa Hidayah.
“Selamat Hari Lahir Buat Bondaku Hasnah … SYURGA saya Mak Abah.
“Terima kasih mak kerana telah melahirkan anak mak yang cantik ni. Terima kasih mak kerana telah mendidik Dayah dari lahir sehingga sekarang.
“Terima kasih mak kerana sentiasa ada bersama dengan Dayah, sentiasa menjadi pendengar setia Dayah, sentiasa menjadi penguat Dayah, sentiasa memberi semangat pada Dayah, sentiasa membantu Dayah.
“Terima kasih mak kerana sentiasa sabar dalam mendidik anak mak dan mengajar pula anak mak ni erti kesabaran dan cekal untuk hadapi liku-liku kehidupan selepas ketiadaan suami.
“Mak, Dayah tak tahu macam mana nak luahkan rasa bersyukur kerana Allah hadirkan Dayah seorang mak yang sangat penyayang .”
Hidayah turut memanjatkan doa agar ibunya diberikan kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusannya.
“Hanya kau yang tahu betapa bersyukurnya aku dikurniakan insan yang tak pernah meninggalkan aku bersendirian. Aku sangat menyayanginya, Ya Allah. Aamiin yaa rabbal alamin,” titipnya.
HIDUP MAKIN SENANG
Hasil titik peluhnya berniaga macam-macam, Hidayah kini mampu memiliki kedai sendiri termasuklah bisnes skincare yang semakin mendapat permintaan tinggi.
Kesimpulannya, nampak sahaja lembut tetapi Hidayah sebenarnya seorang wanita yang berani dan tabah. Bangkit demi merubah masa depannya yang lebih baik bersama Hamzah.
Semangat dan kekuatan Hidayah wajar dijadikan inspirasi oleh semua wanita terutama ibu-ibu tunggal.
Untuk info, Hidayah dan Allahyarham Abam Bocey berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.
Allahyarham Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari selepas dua hari 2020 mengalami demam. Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam.
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam usaha membantu lebih ramai insan yang memerlukan, penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami tercinta Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melancarkan kempen tabung sedekah Subuh menerusi Yayasan Nurjiwa milik mereka.
Yayasan Nurjiwa atau Nurjiwa Foundation merupakan sebuah badan kebajikan yang telah berdiri dengan teguh sejak 21 Ogos 2006.
Selain mengumpul dana, Yayasan Nurjiwa turut melaksanakan aktiviti kebajikan, bantuan kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, keagamaan serta bantuan Palestin.
Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, untuk fasa pertama sekurang-kurangnya 1,000 tabung sudah diedarkan kepada orang ramai termasuk di surau dan masjid.
“Alhamdulillah, kempen tabung sedekah subuh Yayasan Nurjiwa telah berlangsung dan sebanyak 1,000 tabung fasa pertama telah diedarkan.
“Tabung sedekah Subuh ini antara misi Yayasan Nurjiwa untuk memberikan galakan untuk kita semua bersedekah dan juga menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan,” kongsi DS Siti Nurhaliza.
Katanya lagi, sumbangan tidak hanya fokus kepada tabung Yayasan Nurjiwa sahaja kerana orang ramai boleh juga menyalurkan sumbangan kepada mana-mana pihak seperti pihak masjid, asnaf, anak yatim dan sebagainya.
“Sumbangan tidak fokus hanya kepada tabung Yayasan Nurjiwa. Orang ramai boleh menyalurkan kepada mana-mana pihak yang mereka inginkan sekiranya tabung itu sudah penuh,” ungkap DS Siti Nurhaliza ketika ditemui pada Majlis Ukhuwah dan apresiasi Yayasan Nurjiawa serta pelancaran kempen tabung sedekah Subuh baru-baru ini.
Pada masa sama, DS Siti Nurhaliza menyatakan Yayasan Nurjiwa juga dalam perancangan membina Pusat Sehenti Komuniti melibatkan kemudahan seperti masjid, sekolah agama elit dan kompleks Komuniti di lokasi yang akan dikenal pasti.
“Kami akan terus berusaha untuk menjadi wadah bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk golongan yang memerlukan dan Yayasan Nurjiwa adalah bukti kebaikan dan inspirasi akan memberi sinar yang tidak pernah padam untuk manfaat semua,” katanya.
Antara usaha Yayasan Nurjiwa yang telah dilaksanakan untuk mengumpul dana termasuklah persembahan khas amal dan penubuhan Kempen Tabung Amal. Kempen tabung dimulakan bersama Kita Fund sejak 2020 di samping Tabung Yayasan Nurjiwa. Terkini, kempen tabung sedekah subuh.
Nurjiwa Foundation telah membuktikan kesungguhannya dalam lima kluster aktiviti utama.
Menerusi pelbagai inisiatif, bantuan banjir dan bencana alam telah disalurkan kepada golongan sasar di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Selangor.
Selain itu, Nurjiwa Foundation turut memberi bantuan semasa pandemik COVID-19 termasuk bantuan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan edaran makanan serta barangan keperluan asas.
Nurjiwa Foundation turut menyebar sinar kasih kepada golongan asnaf, rumah kebajikan dan pelajar universiti golongan B40 dengan memberi bekalan makanan. Ia dilakukan secara harian dan mingguan.
Program Nur Muhammad Ramadan 2023 merupakan aktiviti ‘turun padang’ oleh Yayasan Nurjiwa bagi mengenal pasti golongan miskin tegar di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Golongan ini menerima sumbangan makanan dan wang tunai untuk persiapan Hari Raya.
Selain itu, Yayasan Nurjiwa turut menjelajah ke beberapa negeri bagi mengenal pasti golongan miskin dan asnaf untuk memperbaiki dan menaik taraf rumah mereka. Usaha ini bermula dengan Fasa Pertama di negeri Perlis dan Kedah dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam fasa seterusnya.
Di samping itu, Yayasan Nurjiwa turut prihatin dalam bidang pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak termasuk bidang akademik, agam dan sekolah tahfiz bermula dengan penubuhan Sekolah Afwa al Afiya di Gaza, Palestin.
Yayasan Nurjiwa juga telah membina Masjid Al-Khalidiah, Kampung Permatang Pasir, Kedah. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Almarhum KDYMM Sultan Kedah pada tahun 2010.
Seterusnya, Yayasan Nurjiwa turut memimpin inisiatif memperluas serta menaiktaraf Surau Bukit Mulia di Bukit Antarabangsa, Selangor.
Ia menjadi sumber inspirasi dalam meningkatkan dimensi agama serta spiritual ummah dan masyarakat yang menjadi nadi utama kluster aktiviti Yayasan Nurjiwa
Yayasan memulakan bantuan ke Palestin bermula tahun 2021 hingga kini. Sejak tercetus konflik di Tebing Barat pada Oktober 2023, Yayasan secara aktif menyumbang wang tunai, keperluan seperti selimut dan pakaian serta makanan. Bantuan ini disalurkan dan diuruskan menerusi wakil yayasan di Gaza yang juga merupakan pengetua sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad Kullab.
Beliau menubuhkan pasukan khas Yayasan Nurjiwa termasuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak untuk membantu emosi dan tekanan di hadapi mereka. Bantuan ke Palestin adalah sumbangan orang ramai ke tabung khas Palestin Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Kita Fund serta sumbangan ke akaun Yayasan Nurjiwa.
Kini Yayasan Nurjiwa sedang berusaha ke arah pembinaan masjid, sekolah agama elit dan Kompleks Komuniti di lokasi yang akan dikenalpasti. Konsep masjid, sekolah dan One-stop Community centre ini akan meliputi pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bakal dimanfaatkan oleh orang ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.