Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat besar ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Selain itu, Sharifah Rose juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela awal tahun lalu.
‘NATURAL BEAUTY’
Sebagai seorang public figure, setiap perkara yang dilakukan Sharifah Rose pasti menjadi perhatian. Antaranya, rutin kecantikan hariannya.
Sharifah Rose sering berkongsi video-video penjagaan kulit wajah dan tutorial makeup di Instagram.
Sharifah Rose amat bertuah kerana memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah. Memang terpegun melihat kulit wajahnya yang polos, natural beauty!
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Ibunya, Noraini Dahlan yang berketurunan Melayu-Jawa turut memiliki kencantikan tersendiri. Manakala bapanya Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar pula berketurunan Melayu-Arab.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Rata-rata anak kacukan memang cantik-cantik dan kacak.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.