Orang lain hendak berhutang, kita pun hendak berhutang. Bukan tak boleh berhutang, tapi jangan sampai kita jadi muflis. Boleh sahaja hendak berhutang tetapi biarlah kena dengan caranya.
Ramai yang kata kalau tak berhutang, memang tak merasalah hendak pandu kereta besar, ada rumah besar dan beli gajet yang diidam-idamkan. Tapi perlu ada hadnya kalau hendak berhutang.
Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad
tentang hutang dan muflis. Moga ia bermanfaat untuk kita semua dalam mengurus kewangan.1. Jika kita beli sebuah kereta Proton X50, Honda City atau Toyota vios. Peluang untuk menjadi muflis akan mula terhidang jika salah langkah.
2. Kadar seseorang diisytihar muflis bila gagal selesaikan hutang lebih dari RM50,000.
3. Beli rumah lagilah mudah menjadi muflis jika kita salah langkah. Pastikan beli rumah yang betul bukan rumah yang over market price.
4. Jika belum bersedia buat hutang, jangan buat hutang dulu. Jika sudah buat, lepas 6 bulan gagal bayar kita akan mendapat notis mahkamah nantinya.
5. Sebelum buat hutang, tanya diri kita akan disiplin membayar atau tidak nanti. Jika hendak beli rumah bayaran RM1200 sebulan, cuba menabung RM1200 selama setahun, mampu dan ada disiplin atau tidak.
6. Jika selama ini hutang PTPTN pun kejap bayar kejap tidak. Pertimbangkan kembali hendak buat hutang kereta. Malu woii kereta kena tarik waktu lepak kedai mamak.
7. Jika kita sudah diistihar muflis, kita akan berada di bawah pemantauan KP Insolvensi, tidak boleh keluar negara, akaun bank dibekukan dan had kredit berlaku,semua aset dirampas, tidak boleh bekerja dalam bidang profesional, tindakan tatatertib jika penjawat awam.
Kawan kawan, kawal dan pastikan hutang kita di bawah 40% daripada gaji yang kita terima ya.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.