Nasihat Fazura Tentang Covid-19 & ‘SOP’ Buat Netizen Terhibur. Sarat Mesej Bermakna!

Share

Hari ini bermulalah sekali lagi ‘total lockdown’ di seluruh Malaysia. Usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini adalah sebuah inisiatif untuk mengurangan kadar peratusan kes Covid-19 yang meningkat drastik di seluruh negara. Majoriti dari masyarakat kita menerima dengan redha keputusan kerajaan untuk membantu bersama-sama barisan ‘frontliners’ untuk menurunkan lengkung peningkatan pandemik ini.

Barisan artis juga turut bersama-sama menggunakan platform media sosial untuk memberi nasihat serta memberi peringatan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada peminat mereka tentang penjagaan SOP sepanjang ‘total lockdown’ dijalankan.

Pelakon popular, Fazura juga tidak ketinggalan memberi nasihat kepada pengikutnya di laman Instagram dengan memuat naik sebuah ‘posting’ yang begitu menarik, unik dan comel! Fazura memuat naik sebuah gambar dirinya berselendang sambil membonceng sebuah basikal. Sungguh ayu! Apa yang menariknya, gambar ini dimuat naik bersama-sama dengan ‘caption’ ala cerpen pendek yang begitu banyak maksud tersiratntya, yang menggambarkan realiti senario masyarakat hari ini. Khadeja, Uncle Lim, Pak Samad, Mak Kiah, Mak Teh, Kak Lin dan Abang Fazli Neno antara watak-watak yang saya kira mewujudkan suasana rakyat Malaysia hari ini, sungguh harmoni dan warna-warni.

 

Fazura tampak ayu berselendang biru.

Kisah cerpen pendek yang diilhamkan oleh pelakon ini punya maksud tersendiri. Antaranya tentang roti gardenia yang laju kehabisan stok seperti berlakunya pada masyarakat kita sebelum ini, tentang hubungan orang kampung yang erat, budaya ‘membawang’ yang merujuk kepada budaya wajib masyarakat kita, komuniti anti-vaksin  serta peniaga kecil yang tolong-menolong seperti yang dapat kita lihat semangat bersatu-padu rakyat Malaysia   berusaha membantu peniaga kecil terutamanya peniaga ‘online’ ketika negara menjalankan ‘total lockdown’ saat pertama kali dahulu.

Menariknya, ‘posting’ pelakon Fazura ini mendapat komen positif dari netizen serta ada yang merasakan cerpen pendek ini sebuah nukilan ‘manis’ yang memebri banyak mesej berguna kepada kita semua!

 

Jadi, sempena menjalani hari pertama total lockdown hari ini, marilah kita sama-sama mengikut arahan yang sudah diarahkan oleh pihak kerajaan. Jaga SOP dan paling penting, duduk di rumah jika tiada kepentingan untuk keluar. Kita boleh lakukan usaha ini bersama-sama! Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!

Sumber gambar: Instagram Fazura.

Published by
Putra