Alamak! Kenapa setiap kali masak nasi sahaja mesti selang berapa jam akan basi? Adakah ini tanda ada orang meletakkan sihir di rumah kita?
Artikel berkaitan: Masak Nasi Cukup-cukup, Lebihan Nasi Yang Dipanaskan Semula Berisiko Sebabkan Keracunan Makanan
Ha, sudah pasti anda di rumah sana terpinga melihat nasi yang ditinggalkan selang berapa jam sudah basi. Ada juga yang pertikaikan mungkin terkena sihir dan itu salah satu tandanya.
Besar kemungkinan ia atas kecuaian anda sendiri untuk membuat nasi itu cepat basi. Mungkin juga boleh terjadi oleh faktor ‘ilmu ghaib’ tapi itu bukan yang ingin kita bincangkan.
Nasi yang basi mempunyai tekstur dan tanda tersendiri antaranya:
Sebelum membuat andaian yang terlalu agresif, apa kata anda cuba petua di bawah seperti saranan hellodoktor untuk mengelakkan basi dan pembaziran yang boleh berlaku di rumah.
Kemungkinan penyebab nasi cepat basi adalah kerana periuk yang tidak bersih dan ada kesan nasi yang lama. Jadi bakteri akan terkumpul dan melekat pada periuk!
Gunakan asam keping sebagai ajen pencuci periuk yang lebih mudah dan senang!
Percayalah ada yang sambil lewa membasuh beras kerana malas untuk mencuci lama-lama. Seeloknya anda basuh beras tiga kali atau lebih sehingga warnanya tidak keruh.
Dengan cara ini ia boleh membantu nasi yang ditanak tahan lebih lama dari sebelumnya. Pada masa yang sama, ia boleh memberikan manfaat kerana dapat mengeluarkan lebihan kanji sebelum nasi dimasak.
Seusai nasi masak, ada baiknya untuk anda membuka penutup periuk nasi untuk mengeluarkan wap. Ini kerana wap yang terkumpul boleh menyebabkan air menitis pada nasi.
Titisan air pada nasi akan menyebabkan nasi berpotensi untuk cepat berbau dan berlendir. Setelah penutup dibuka, lapkan penutup nasi sebelum menutupkan periuk nasi semula.
Ada ketika kita lupa untuk mencuci periuk nasi dan banyak bakteria yang terkumpul menjadi kulat dan membusuk. Pada waktu ini, bakteria dan kulat telah mengembang dan membiak.
Pencuci pinggan tidak boleh menyingkirkan bakteria yang tertinggal di dalam periuk nasi. Oleh itu, terbalikkan periuk pada dapur dengan api yang terbuka untuk membunuh bakteria yang tertinggal di dalamnya.
Artikel berkaitan: Kenyang Seperti Nasi, Alternatif Terbaik Untuk Gantikan Beras Untuk Anda Yang Berdiet
Berikut langkah-langkah yang kami sarankan untuk anda cuba dirumah. Mungkin, ada solusi yang patut anda ikuti sebelum tuduh sesuatu perkara. Selamat mencuba!
Sumber: hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.