NANA MAHAZAN Selesa Berpakaian Longgar & Berstoking, Tetap Tak Kalah Dalam Berfesyen!

Share

Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan langsing membuatkan penampilan pengacara Nana Mahazan sentiasa kelihatan ‘sempurna’ dan terletak.’

Pakai apa pun nampak kena. Bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini juga dianggap salah seorang artis wanita yang fashionable mengikut trend semasa.

 

Nana sering memilih gaya yang sederhana dan ringkas dengan pemilihan warna yang sejuk mata memandang. Pakaian pun longgar lengkap berstoking.

Malah, penggayaan tudung pun ringkas saja namun sangat sesuai dengan bentuk wajahnya yang tirus.

Memetik perkongsian Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan, ketika di awal penghijrahannya (bertudung) beberapa tahun lalu, isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini hanya berkongsi permulaan journey

penghijrahannya itu di saluran Telegram bersama circle yang setiasa bersamanya selama ini.

Semoga Nana kekal istiqamah, bahagia dengan kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat.

Untuk info, Nana kini ligat mempromosikan bisnesnya iaitu Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana.

Kredit Foto: Instagram Nana Mahazan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd