Kebelakangan ini, seringkali kita dengar berita yang kurang enak apabila ramai golongan artis atau pempengaruh media sosial di Malaysia yang membuat pusingan ‘u-turn’ dengan alasan sukar untuk istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan mereka.
Sehubungan itu, Hijabista mencerap sudut pandang penyanyi yang mula melakar nama setelah membintangi rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan berhubung isu istiqamah dan ini penjelasan yang diberikan oleh Nana.
Perkara sama, pernah dibincangkan Nana menerusi sesi Q&A yang dibuat menerusi insta stories miliknya baru-baru ini. Di mana dia membuka ruang untuk berkomunukasi bersama para peminatnya dan mereka bebas bertanyakan apa sahaja dan Nana akan memberikan maklum balas berdasarkan soalan yang diajukan.
Menurut Nana, untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan setiap amal kebaikan bukanlah satu perkara mudah. Namun, ianya satu proses yang perlu selari dengan usaha serta kehendak individu tersebut.
Artikel berkaitan: Dambakan Kehidupan ‘Bahagia’, Nana Mahazan Kongsi Tiga Pedoman Bapa Yang Dipegang Hingga Kini!
“Istiqamah actually is a process, ianya sudah tentu tidak mudah tetapi ianya harus disertakan dengan usaha.
“Disertakan juga dengan niat kita kena nak, kita kena mahukan, kita kena selalu ingatkan diri kita aku nak istiqamah. Aku kena konsisten buat perubahan dan letakkan usaha,” katanya.
Jelas Nana lagi, Istiqamah sukar untuk dikekalkan sekiranya seseorang individu tidak melakukan sebarang usaha untuk kearah yang lebih baik. Tegasnya lagi, setiap benda baik yang ingin kita lakukan adalah lebih susah dari melakukan tabiat buruk yang sering diamalkan dalam kehidupan.
“Kalau kita tak letak usaha, kita biar je tak buat apa-apa memang susah nak istiqamah. Dan nak jadi positif lebih susah dari nak jadi negatif.
“Sebab benda best dia memerlukan usaha. Dan Inshaallah bila kita letakkan usaha, tawakkal, pasti kita akan mendapatkannya. Yang penting jangan mengalah dan kena teruskan usaha.
“Macam Nana, selalu fikir benda yang seronok-seronok je. Sebab Nana nak benda yang baik-baik sahaja. Sentiasa fikir positif,” ujarnya.
Sekadar info, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan mulai tampil berhijab sejak 15 Ogos 2021 yang lalu dan masih konsisten hingga ke hari ini.
Terdahulu, Nana menyifatkan penghijrahannya dan apa yang berlaku sebagai suatu perkara yang menggembirakan. Bagaimanapun, Nana memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai penghijrahannya. Kerana, ia bukan sesuatu yang perlu diraikan, cuma dia akui cukup gembira dengan perubahan dirinya.
Artikel berkaitan: Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.