Kebelakangan ini, seringkali kita dengar berita yang kurang enak apabila ramai golongan artis atau pempengaruh media sosial di Malaysia yang membuat pusingan ‘u-turn’ dengan alasan sukar untuk istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan mereka.
Sehubungan itu, Hijabista mencerap sudut pandang penyanyi yang mula melakar nama setelah membintangi rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan berhubung isu istiqamah dan ini penjelasan yang diberikan oleh Nana.
Istiqamah Bukan Perkara Mudah, Tapi Ia Satu Proses – Nana Mahazan
Perkara sama, pernah dibincangkan Nana menerusi sesi Q&A yang dibuat menerusi insta stories miliknya baru-baru ini. Di mana dia membuka ruang untuk berkomunukasi bersama para peminatnya dan mereka bebas bertanyakan apa sahaja dan Nana akan memberikan maklum balas berdasarkan soalan yang diajukan.
Menurut Nana, untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan setiap amal kebaikan bukanlah satu perkara mudah. Namun, ianya satu proses yang perlu selari dengan usaha serta kehendak individu tersebut.
“Istiqamah actually is a process, ianya sudah tentu tidak mudah tetapi ianya harus disertakan dengan usaha.
“Disertakan juga dengan niat kita kena nak, kita kena mahukan, kita kena selalu ingatkan diri kita aku nak istiqamah. Aku kena konsisten buat perubahan dan letakkan usaha,” katanya.
Jelas Nana lagi, Istiqamah sukar untuk dikekalkan sekiranya seseorang individu tidak melakukan sebarang usaha untuk kearah yang lebih baik. Tegasnya lagi, setiap benda baik yang ingin kita lakukan adalah lebih susah dari melakukan tabiat buruk yang sering diamalkan dalam kehidupan.
Ads
“Kalau kita tak letak usaha, kita biar je tak buat apa-apa memang susah nak istiqamah. Dan nak jadi positif lebih susah dari nak jadi negatif.
“Sebab benda best dia memerlukan usaha. Dan Inshaallah bila kita letakkan usaha, tawakkal, pasti kita akan mendapatkannya. Yang penting jangan mengalah dan kena teruskan usaha.
“Macam Nana, selalu fikir benda yang seronok-seronok je. Sebab Nana nak benda yang baik-baik sahaja. Sentiasa fikir positif,” ujarnya.
Ads
Sekadar info, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan mulai tampil berhijab sejak 15 Ogos 2021 yang lalu dan masih konsisten hingga ke hari ini.
Terdahulu, Nana menyifatkan penghijrahannya dan apa yang berlaku sebagai suatu perkara yang menggembirakan. Bagaimanapun, Nana memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai penghijrahannya. Kerana, ia bukan sesuatu yang perlu diraikan, cuma dia akui cukup gembira dengan perubahan dirinya.
Drama rantaian ‘Cemburu Seorang Perempuan’ sedang rancak ditayangkan. Mengetengahkan soal poligami namun ia agak bercanggah dengan amalan poligami seperti yang sepatutnya. Poligami sah di sisi syarak tetapi polemik mengenainya terus diperkatakan kerana sering dikatakan ‘menguntungkan’ hanya pihak lelaki sahaja.
.
Berikut ulasan daripada seorang peguam Syarie.
Ada orang tanya saya “Tuan, tengok tak drama Cemburu Seorang Isteri” di Astro Ria kalau tak silap saya. Saya cakap, malam memang saya tak dapat tengok TV sebab anak saya akan didahulukan dengan kartunnya. Apa yang menarik drama tu, saya tanya. Katanya, nasib saya macam isteri kedua tu. Saya pun tak berapa faham.
Bila tengok, rupanya cerita tu berkisar tentang seorang suami yang berkahwin dua atas suruhan isteri pertama kerana isteri pertama tak dapat mengandung. Tapi, suami tu tak boleh untuk bermalam dengan isteri keduanya. Kalau nak bagi dapat anak pun, dengan cara IVF. Isteri pertama tak boleh mengandung tapi dia nak anak.
Jadi, dia yang pinangkan isteri kedua untuk suaminya tapi cemburu teruk sampai tak bagi suami dia tidur dengan isteri kedua. Betul ke tak saya ulas sebab saya pun tengok trailer jer. Rasanya macam tu la kot.
Jadi, saya beranggapan itulah kisahnya masalah wanita tersebut. Jadi, ada beberapa persoalan yang berkaitan dengan hak seorang isteri, tak kira lah, isteri pertama ke kedua ke ketiga ke keempat ke, masing-masing ada hak yang sama di dalam Hukum Syarak.
. HAK NAFKAH ZAHIR
Setiap orang isteri berhak untuk disediakan segala nafkah zahir seperti makan, minum dan pakaian. Kalau suami tak pandai nak masak, sekurang-kurangnya sediakanlah barang-barang basah dan barang-barang kering untuk dapur tu berasap.
Kalau orang yang berpoligami, selalunya akan ada di dalam perintah Poligaminya untuk memasukkan sejumlah wang yang telah ditetapkan oleh Mahkamah sebagai nafkah zahir kepada isteri-isterinya.
Bagi lelaki yang berpoligami, wajib baginya untuk sediakan tempat tinggal yang berasingan, selesa dan selamat kepada isteri-isterinya. Kalau isteri-isteri tidak boleh tinggal serumah walau bilik berasingan, maka, suami mesti sediakan rumah berasingan yang selesa dan selamat untuk berlaku adil kepada isteri-isteri dalam tanggungan.
HAK NAFKAH BATIN
Wajib bagi suami memberikan nafkah batin kepada isteri-isterinya seadil-adilnya. Adalah kejam bagi seorang suami yang melayani dengan baik isteri muda tetapi isteri pertama diabaikan nafkah batinnya. Jangan ingat nafkah batin ini hanya semata-mata dengan persetubuhan saja, tetapi, berkata-kata yang baik dan layanan mesra juga adalah sebahagian daripada nafkah batin yang perlu diberikan secara adil oleh seorang suami.
HAK GILIRAN BERMALAM
Giliran bermalam adalah suatu perkara yang menjadi sunnah nabi. Nabi Muhammad s.a.w juga memberikan giliran yang adil kepada isteri-isterinya untuk bermalam. Ada sesetengah orang yang membuat giliran bahawa isteri muda pada malam hari, tapi isteri sedia ada siang hari.
Saya berpandangan ini tidak adil melainkan isteri pertama redha. Ini kerana, waktu siang dan malam itu ada bezanya. Siang waktu bekerja. Kalau balik tengah hari pun, hanya untuk makan sahaja. Malam adalah waktu berehat. Terserah pada pandangan masing-masing.
Orang yang berpoligami, wajib untuk isytiharkan di Mahkamah tentang harta-harta yang hendak diisyitiharkan sebagai harta sepencarian. Kalau harta tu dibeli semasa isteri pertama, mesti dikira sebagai sepencarian dengan isteri pertama. Kalau harta dibeli semasa adanya isteri kedua untuk isteri kedua tinggal, mesti dikira sepencarian isteri kedua.
Kalau isteri pertama ada rumah yang dibeli dan diberi oleh suami, isteri kedua juga berhak untuk terima sebiji rumah. Isteri pertama disediakan kereta, isteri kedua takkan bagi motosikal jer. Suami mesti adil dalam menjaga amanah poligami ni.
Kalau suami tak bagi semua hak ni macam mana tuan?
Suami yang tak tunaikan semua perkara ini, adalah dikira sebagai suami yang tidak beramanah. Kalau isteri yang tidak mendapat hak yang sepatutnya walaupun dia isteri baru atau lama, dia boleh menuntut haknya di dalam Mahkamah Syariah.
Kalau tak dapat nafkah, dia boleh tuntut nafkah. Kalau bimbang harta jatuh ke tangan isteri yang lain sedangkan ada haknya, boleh tuntut harta sepencarian.
Tapi, kalau tak boleh tahan dengan kehidupan ini kerana suami tidak berlaku adil, maka, isteri tersebut berhak untuk menuntut fasakh di Mahkamah Syariah atas faktor-faktor yang sesuai dengan undang-undang dan Hukum Syarak.
Kalau suami kahwin kat Siam, tapi dia tak buat pengesahan lagi di Mahkamah, boleh ke nak tuntut semua ni?
Boleh tuntut Nafkah sebagai isteri sahaja kalau tak dapat nafkah. Kalau nak tuntut harta sepencarian, beban keatas isteri yang mendakwa untuk buktikan suami dia poligami dahulu, lepas tu baru boleh tuntut harta sepencarian.
Kalau nak tuntut fasakh atas sebab suami tidak berlaku adil dalam poligami, juga, menjadi beban kepada isteri tu untuk buktikan suami dia poligami dan tidak berlaku adil.
Tip Untuk Isteri yang dimadu atau bakal bermadu
Pastikan anda dapat nafkah secara bulanan dengan dimasukkan melalui akaun
Catat hari bermalam suami dengan anda di rumah
Isytiharkan siap-siap di Mahkamah Tinggi Syariah, harta apa yang nak dijadikan harta sepencarian
Daripada drama ini, satu perkara yang paling utama kita dapat belajar, kalau nak berpoligami, menjadi syarat untuk suami tersebut mempunyai sifat menguasai ke atas isteri-isterinya. Ada klien saya yang berpoligami dengan mengikut syarak dan undang-undang.
Apa yang saya dapat lihat, lelaki yang betul-betul gentleman dan mempunyai sifat tegas dan menguasai sahaja yang mampu untuk berlaku adil pada isteri-isterinya. Perkara utama bukan tentang kemampuan harta, tapi kemampuan diri untuk menjadi Imam yang boleh memimpin makmumnya dengan adil dan saksama.
Hukum Syarak telah menggariskan bahawa hukum poligami adalah harus, tetapi keharusannya bukanlah secara mutlak. Oleh itu, hukum syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk berpoligami. Merujuk kepada firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa: 3 bermaksud, Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Sumber kredit: Fahmi Rahmi dan Global Station SB
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pewarna rambut sentiasa berada di rak teratas senarai kecantikan hijabi, walaupun berhijab! Satu-satunya pemikiran yang menghalang kita adalah kemungkinan kesan selepas warna kimia yang termasuk rambut rosak, kusut dan menipis malah bimbang tidak telus air wuduk.
Terima kasih kepada pewarna rambut herba, bahan-bahan organik ini hanya akan menjadikan rambut anda lebih kuat dan sihat!Pewarna rambut bukanlah sesuatu yang dimasak oleh golongan milenial dan telah digunakan sejak turun temurun.
Sama ada mengekalkan warna rambut asal mereka, menambah sorotan atau melunturkannya, resipi herba boleh melakukan semua itu sambil mengekalkan rambut anda berkilat lagi berkilau.Berikut ialah beberapa resipi pewarna buatan sendiri untuk menambah rupa yang menarik pada rambut anda yang ditunggu-tunggu.
Warna rambut Burgundy telah menjadi antara kegemaran selama-lamanya orang yang suka mewarna rambut mereka tetapi tidak mahu menjadikannya kelihatan terlalu jelas.Berikut adalah semua yang anda perlukan untuk membuat warna rambut burgundy di rumah.
Anda perlu:
Ubi bit
Minyak Pembawa
Masa Penyediaan:
4-5 minit
Masa pemprosesan:
60 Minit
Cara untuk membuat:
Ambil ubi bit parut dan campurkan dalam minyak pembawa.Sapukan campuran pada keseluruhan rambut dan tutup kepala anda dengan beg plastik atau topi mandi.Biarkan ia berehat selama sejam dan kemudian basuh.Ulangi sekali sebulan untuk mengekalkan warna.
2. Pewarna Oren Lobak Merah
Pewarna lobak merah memberi anda warna oren yang sesuai dengan rambut yang diluntur.
Anda perlu:
lobak merah
Minyak Pembawa
Masa Penyediaan:
4-5 minit
Masa pemprosesan:
60 Minit
Cara untuk membuat:
Campurkan lobak merah parut dalam minyak pembawa dan sapukan ke seluruh rambut. Setelah seluruh rambut anda diwarnakan, letakkan penutup plastik di atasnya dan biarkan selama sejam.Bilas perlahan-lahan dan keringkan rambut.Ulangi sekali setiap bulan.
3. Peluntur Rambut Lemon
Pewarna lemon ialah agen peluntur semula jadi yang menghilangkan warna rambut semulajadi anda untuk membolehkan warna lain meresap masuk.
Anda perlu:
2 bahagian jus lemon
1 bahagian air
Sebotol semburan
Masa Penyediaan:
2-3 minit
Masa pemprosesan:
60 Minit
Cara untuk membuat:
Campurkan 2 sudu jus lemon dalam satu sudu air dan isikan dalam botol semburan.Semburkan campuran ke seluruh rambut anda.Sapukan ini seminggu sekali dan lihat warna semula jadi rambut anda mencerahkan secara beransur-ansur.Biarkannya mengeringkan atau mengeringkan rambut anda.
4. Pewarna Coklat Kopi
Jika anda merajuk kerana sebotol kopi yang tidak lagi mempunyai aroma, kami boleh mengajar anda cara membuat pewarna rambut coklat dengannya!
Anda perlu:
1 sudu besar kopi
1 cawan air
Masa Penyediaan:
15-20 minit
Masa pemprosesan:
5 minit
Cara untuk membuat:
Campurkan serbuk kopi ke dalam air dan biarkan ia mendidih sehingga ia berkurangan kepada separuh.Biarkan ia sejuk dan simpan pewarna dalam cawan.Syampu rambut anda seperti biasa dan gunakan air rebusan untuk membilas rambut anda akhirnya.Memohon dua kali seminggu akan memberikan warna coklat pada rambut.
Inai adalah salah satu pilihan yang paling disukai untuk mewarna rambut yang menyuburkan rambut dan memberikannya kilauan semula jadi.
Anda perlu:
1 cawan inai
1 cawan air
Masa Persediaan:
5 minit
Masa pemprosesan:
2 jam atau lebih
Cara untuk membuat:
Campurkan serbuk inai dan air dalam mangkuk sehingga menjadi pes.Sapukan campuran dari rambut ke hujung dan biarkan selama lebih daripada satu jam.Adalah sesuai untuk menunggu sehingga inai kering, tetapi itu boleh mengambil masa 4 jam.Tutupnya dengan plastik untuk mengelakkan lebihan menitis dan kemudian basuh. Nah, rambut anda lebih lembut! Anda boleh menggunakan inai sebulan sekali untuk mengekalkan warna.
6. Pewarna Merah Kayu Manis
Pewarna kayu manis mencerahkan warna rambut semula jadi anda dan memberikannya warna kemerahan.Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut hitam legam semulajadi yang ingin menukar warna rambut mereka.
Anda perlu:
Setengah cawan serbuk kayu manis
Perapi setengah cawan
Masa Persediaan:
5 minit
Masa pemprosesan:
60 minit
Cara untuk membuat:
Campurkan serbuk kayu manis dan perapi anda dalam mangkuk dan sapukan pada rambut.Biarkan selama sejam, kemudian basuh dengan air suam.Menggunakan ini dua kali sebulan akan memberikan rambut anda warna kemerahan.
7. Pewarna Safron
Jika anda tidak mahu menggunakan inai, pewarna hitam buatan sendiri ini akan membantu anda menutup uban anda dalam masa yang singkat
Anda perlu:
1 sudu besar kunyit
2 cawan air
Masa Persediaan:
20 minit
Masa pemprosesan:
2 jam
Cara untuk membuat:
Mulakan dengan merebus kunyit dalam air selama 20 minit.Biarkan ia sejuk, kemudian sapukan ke seluruh rambut anda dari akar hingga ke kulit kepala.Biarkan ia berehat sehingga 2 jam dan kemudian basuh dengan syampu lembut.Anda boleh menggunakannya sekali seminggu.
Jadi sekarang anda tahu betapa menyeronokkan dan mudahnya membuat pewarna buatan sendiri, mewarna rambut anda kini semudah membuat pek muka!Beberapa petunjuk yang perlu diingat ialah, pastikan anda menyuburkan rambut anda dan memberi rambut anda rehat dari semasa ke semasa.Sesetengah bahan herba ini boleh mengeringkan rambut, jadi anda perlu memastikan anda menggunakan perapi dalam dan minyak rambut dengan kerap.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi punca kematian tertinggi di kalangan manusia. Sehingga kini penyelidikan belum dapat menjawab serta mencegah penyakit kanser daripada berlaku, walaupun secara amnya, manusia sudah memahami sebab kenapa kanser berlaku dan bagaimana hendak merawatnya.
Terdapat pelbagai jenis kanser yang telah direkodkan, setiap jenis kanser biasanya dinamakan mengikut organ atau pun tisu. Kanser yang paling popular yang sering hidapi oleh wanita ialah kanser payudara dan kanser servik tetapi jarang kanser tisu atau Sarcoma didedahkan dan dikupas lebih lanjut. Jom hijabista ingin kongsi sedikit tentang kanser tisu yang perlu anda tahu.
Kanser tisu jarang berlaku tetapi sangat berbahaya
Sarcoma adalah kanser yang berlaku pada tisu lembut seperti otot, saraf, lemak, saluran darah, tendon dan cecair dari sendi (synovium). Kanser ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya dan jika tidak dikesan dan dirawat awal boleh mengakibatkan kematian.
Salah satu contoh adalah Kaposi sarcoma dan biasanya berlaku kepada pesakit dengan sistem imun yang lemah seperti AIDS. Walaupun gangguan ini boleh berlaku pada sebarang usia ia biasanya dilihat pada pesakit yang lebih tua.
Risiko terkena sarcoma ini meningkat dengan pendedahan kepada bahan kimia klorida vinil dan dioksin. Pesakit yang pernah terdedah rawatan radiasi untuk rawatan kanser lain juga mempunyai risiko alami penyakit kanser sarcoma ini.
Kanser tisu atau sarcoma boleh berlaku di mana sahaja tetapi yang paling biasa ditemui berlaku di bahagian perut, lengan dan kaki.
Merupakan kanser jenis malignant yang terbentuk pada tisu yang bersambung (connective tissue) seperti tulang dan juga tisu lembut yang ada pada badan manusia, ini termasuklah pada daging, lemak, saluran darah serta saluran kelenjar.
Walaupun diklasifikasikan sebagai kanser yang jarang berlaku, sarcoma mempunyai lebih dari 50 jenis dan biasanya terbahagi kepada dua kategori; jenis yang tumbuh pada tisu lembut seperti daging dan jenis yang tumbuh pada tulang, ketumbuhan pada tulang biasanya dikenali dengan nama Osteosarcoma.
Sarcoma boleh dirawat dan pada kebiasaannya pembedahan akan digunakan bagi membuang kawasan yang telah terkena jangkitan namun ia mampu menyerang kembali selepas beberapa tahun jika tiada langkah kawalan diambil.
Risiko terjadinya sarcoma
Tidak ada dokumen atau hujah kukuh mengenai punca sebenar kehadiran sarcoma pada tubuh manusia, namun terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan, antaranya adalah:
Individu yang mempunyai pertalian darah dengan mereka yang pernah mengidap sarcoma.
Individu yang penyakit tulang yang dikenali dengan nama penyakit paget.
Individu yang mempunyai masalah genetik seperti neurofibromatosis, Gardner syndrome, retinoblastoma, atau Li-Fraumeni syndrome.
Individu yang pernah terdedah kepada radiasi, biasanya pada sesi rawatan kanser sebelumnya.
Tanda-tanda sarcoma
Sarcoma yang menyerang tisu lembut adalah sangat sukar untuk dikenali sehingga ianya membesar pada tahap mampu dikesan, ketumbuhan jenis ini mampu tumbuh pada mana-mana bahagian di dalam badan.
Antara tanda awal kehadiran ketumbuhan ini adalah wujudnya ketulan namun tidak menyakitkan, pada saat ketulan itu telah besar, ianya akan menghimpit saluran darah atau otot sehingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesukaran bernafas jika ia tumbuh pada sekitar paru-paru.
Tidak ada kaedah khas untuk mengesan kehadiran awal ketumbuhan ini sehinggalah simtom kehadirannya dapat dikesan sepenuhnya.
SUMBER: INFOKANSER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...