Sebut sahaja nama Nora Danish apa yang terlintas di fikiran ialah penampilan terkininya yang manis berhijab.
Walaupun kini menutup aurat sepenuhnya, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap tidak kalah dalam berfesyen. Kekal stylish pada usia 41 tahun malah nampak macam remaja pula!
Sejak berhijab, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif lebih selesa memilih gaya loose
dan chic namun tetap nampak sopan.Selain itu, Nora juga dilihat selesa mengenakan shawl tanpa corak yang digayakan dengan stail hijab terkini. Ringkas namun tetap gorgeous!
Begitu juga dengan pakaian, Nora lebih selesa memilih pakaian kasual seperti sweater, hoodie, abaya dan cargo pants.
Dari segi solekan pula, terserlah kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh aktres yang terkenal dalam siri Puteri ini apabila sering tampil dengan look berkonsepkan no-makeup yang menjadikan wajah Niora lebih segar.
Kesimpulannya, sejak berhijab Nora Danish kelihatan semakin cantik dan awet muda pada usia 41 tahun.
Semoga Nora kekal istiqamah seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati yang dirahmati Allah SWT.
BACA JUGA: “Semoga Menjadi Asbab Penghijrahan” Imej Berhijab NORA DANISH Raih Pujian & Doa