Sebut sahaja nama Nora Danish apa yang terlintas di fikiran ialah penampilan terkininya yang manis berhijab.
Walaupun kini menutup aurat sepenuhnya, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap tidak kalah dalam berfesyen. Kekal stylish pada usia 41 tahun malah nampak macam remaja pula!
Sejak berhijab, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif lebih selesa memilih gaya loose dan chic namun tetap nampak sopan.
Selain itu, Nora juga dilihat selesa mengenakan shawl tanpa corak yang digayakan dengan stail hijab terkini. Ringkas namun tetap gorgeous!
Begitu juga dengan pakaian, Nora lebih selesa memilih pakaian kasual seperti sweater, hoodie, abaya dan cargo pants.
Dari segi solekan pula, terserlah kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh aktres yang terkenal dalam siri Puteri ini apabila sering tampil dengan look berkonsepkan no-makeup yang menjadikan wajah Niora lebih segar.
Kesimpulannya, sejak berhijab Nora Danish kelihatan semakin cantik dan awet muda pada usia 41 tahun.
Semoga Nora kekal istiqamah seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati yang dirahmati Allah SWT.
BACA JUGA: “Semoga Menjadi Asbab Penghijrahan” Imej Berhijab NORA DANISH Raih Pujian & Doa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11K Ulang Kicau Di Twitter, Susu Sedap Harga Berbaloi. Walletpun Riang Ria!
Isi Kandungan
TogglePastinya ramai yang menjadikan susu sebagai minuman favourite kan? Ramai orang yang suka minum susu, tapi tak tahu kelebihan yang ada dalam minuman itu. Susu merupakan pembekal kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekuatan gigi dan tulang.
Kalsium merupakan salah satu elemen penting sewaktu pembesaran dari alam remaja sehingga menginjak ke usia emas. Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia kanak-kanak. Pengambilan susu setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis ketika tua kelak.
Mengikut piramid makanan, jumlah sajian susu dan produk tenusu yang disyorkan adalah satu sehingga tiga sajian sehari.
Susu Enrico’s sedap & berbaloi
Satu perkongsian di twitter perkongsian dari @neyrashazeyra atau pemilik akaun pemilik sanitizer, menwar-warkan bahawa susu berjenama TESCO ini mempunyai rasa yang sedap dan murah.
Susu kualiti dan sedap
Popular di kalangan kaum india
Jenama kurang di kenali, rata-rata komen:
Dikilang di Malaysia
Alhamdulilah ramai yang mula sokong barangan buatan Malaysia, ternyata susu ini ada kelebihannya sendiri. Walaubagaimanapun sebelum membeli baca kandungan dan nutrisi susu ini ya untuk kebaikan bersama.
SUMBER: Twitter @neyrashazeyra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Dapat! Mak Cik Kiah & Sis Yang Bujang Pun Tak Terkecuali Bila PM Umum Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) RM250 Billion
Isi Kandungan
ToggleMenggunakan analogi penjual pisang goreng bernama Makcik Kiah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada bantuan diumumkan kerajaan, rakyat mampu tersenyum dengan pelbagai bantuan disalurkan.
“Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab.
BAGI CONTOH PALING SENANG: MAKCIK KIAH
Ini manfaat PRIHATIN: Cerita tentang Mak Cik Kiah…
"Ini satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira." – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin YassinCerita tentang Mak Cik Kiah…#HapusCOVID19 #PrihatinRakyat
Posted by Astro AWANI on Friday, 27 March 2020
“Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4,000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion, tadi.
Beliau berkata, keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500.
“Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3,400.
“Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama enam bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama enam bulan sebanyak RM1,800, penjimatan bayaran bil elektrik selama enam bulan sebanyak RM120,” katanya.
Menurutnya, anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebanyak RM1,200.
“Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600. Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
“Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat,” katanya.
BAYARAN YANG DIBUAT
1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
3.Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan
5.Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020
6.Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
7.Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.
8.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat
9.Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
10.Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
11.Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 #prihatinrakyat
12.Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat
BERIKUT RINGKASAN YANG LEBIH MUDAH UNTUK DIFAHAMI
MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome
Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, 27 March 2020
MATLAMAT 2 – SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome
Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, 27 March 2020
MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome
Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, 27 March 2020
Sumber kredit: Harian Metro, BERNAMA, FB Muhyiddin Yassin, Astro Awani & Artortoise (Ilustrasi)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jus Avokado Sendiri Di Rumah.‘Fresh’& Memang Sedap!
Isi Kandungan
ToggleJus buah-buahan yang segar memang enak jika diminum beramai-ramai apatah lagi jika ia dibuat sendiri di rumah. Siap boleh tambah apa sahaja bahan yang anda mahukan seperti coklat, madu atau sebagainya.
Paling penting, anda dapat berjimat kerana kosnya lebih murah berbanding jika anda minum di kedai. Seronoknya jika dapat dinikmati bersama keluarga, lagi-lagi pada waktu panas dan diminum sejuk-sejuk. Fuh, memang nikmat!
Wanita bernama Lin Chalo ini telah berkongsi resepi jus avokado super creamy yang memang ‘yummy’. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Jom kita lihat kebaikan jus ini serta cara-cara membuatnya. Esok pun cuti kan, boleh la buat di rumah!
Jus alpukat yang digilai satu keluarga.
Beli buah avocado pastu buat sendiri.
Cara-cara:
- Blend isi alpukat bersama susu segar. Lebih afdal susu segar tajuk Farmfresh. Nanti rasa creamy. Tajuk lain nanti tak jadi. Gurau. Lol.
- Letak madu/organik sugar kalau nak manis sikit.
- Tambah sikit air sejuk. Lepas tu blend la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.
- Minum dengan hepi!
Anggaran untuk 6 orang.
Bahan-bahan:
- 3 biji avocado.
- 500ml susu segar.
- 500ml air sejuk.
- Madu/organic sugar.
InsyaAllah akan dapat jus alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir RM10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.
Kebaikan Avokado
Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.
Siapa hantu jus alpukat? Kita geng!
Sumber: Facebook Lin Chalo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI