Siapa yang tak mahu wajah kelihatan muda dari usia sebenar. Lagi-lagi bila usia sudah mencecah 30-an tetapi dikatakan seperti hijabi berusia 19 tahun.
Nak kekal awet muda tak susah, hanya ikut sahaja perkongsian dari pengguna laman sosial, Afieyzea Aleeschaylee yang mengamalkan minum susu kunyit badam madu. Diamalkan minum sebelum tidur lebih-lebih agi ketika datang bulan. Hasilnya bila bangun wajah kembali berseri-seri.
Jom ikuti perkongsiannya.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
SUSU KUNYIT BADAM MADU
Bahan–bahan:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara buat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
NOTA:
Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Tempah majalah hijabista edisi khas jawi sekarang di karangkrafmall.com!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI