Ramai di antara kita yang mempunyai tabiat suka mengorek telinga selepas mandi mengguna putik kapaskan. Walaupun kedengaran seperti sesuatu yang baik namun sebenarnya tidak kerana ia mampu memberikan kesan buruk pada telinga anda.
Di Twitter, Dr. Nimelesh telah memberikan penerangan mengapa kita tidak sepatutnya mengorek telinga. Mari kita ikuti perkongsian daripadanya.
Sebenarnya telinga kita bersifat self cleaning yang akan membuatkan tahi telinga itu keluar dengan sendirinya.
Ads
Anda boleh membersihkan bahagian luaran cuma elakkan korek di bahagian dalamnya.
Ads
Jika terlampau banyak sangat tahi telinga, anda disarankan pergi menjalankan pemeriksaan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku.
Ads
Jelas bukan penerangan daripada doktor ini. Selepas ini bolehlah kita mengubah tabiat yang sering kita lakukan ini demi kebaikan pendengaran anda.
Mencipta nama dalam rekaan kasut seperti Jimmy Choo menjadi impian kepada Fawa atau nama sebenarnya Noor Farahida Rosli,28. Berasal dari Senawang, Negeri Sembilan, kesusahan hidup banyak mengajarnya untuk terus maju ke hadapan hinggalah munculnya jenama kasut miliknya sendiri iaitu The Flick Store.
“Fawaa merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ayah bawa lori dan ibu seorang rumah. Tahap pendidikan Fawa pun hanyalah setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja disebabkan kekangan wang.
“Banyak pekerjaan telah Fawa lakukan seperti menjadi ahli terapi di spa dan kerja berkaitan freelance sales. Pada usia 19 tahun, Fawaa ada juga melakukan perniagaan dalam talian tetapi secara sambilan dahulu.
“Pada mulanya Fawa menjual kasut tiruan jenama terkemuka namun kerana memikirkan sampai bila hendak menjual produk tersebut, Fawa akhirnya mengambil keputusan membuat kasut di bawah jenama sendiri,” jelas isteri kepada Muhamad Faisal Suhaimi ini.
Itulah merupakan titik permulaan buat dirinya untuk mencari material dan rekaan tersendiri bagi perniagaan yang diasaskannya iaitu The Flick Store.
Sudah berada di pasaran hampir tujuh tahun, Fawa pada mulanya mengusahakan sendiri sebelum bekerjasama bersama suami tercinta bagi mengembangkan lagi perniagaannya.
“Fawa sering ke China dan Thailand bagi mencari material. Pernah pada masa itu ketika masih hijau dalam dunia rekaan kasut ini,Fawaa ke Thailand selama seminggu untuk mencari kilang kasut.
“Sepanjang waktu itu, Fawa memang tidak jumpa apa yang diinginkan. Rasa stress mula menguasai diri. Namun, Fawa bersyukur kerana akhirnya pada hari kelima barulah Fawa jumpa kilang yang tepat untuk menghasilkan kasut sendiri.
“Memang pada awalnya Fawa sudah menangis hingga rasa mahu berputus asa.Tetapi, Fawaa sedar bukan mudah untuk mencapai cita-cita dan dugaan ini hanyalah sedikit,” kata ibu kepada Muhamad Farhat ini.
Bercerita mengenai cabaran dalam rekaan kasut ini, Fawa akui jalannya ada liku yang tersendiri.
“Masalah utama adalah berkenaan modal yang banyak kerana setiap kasut ada pelbagai saiz dan warna. Bukan semuanya terjual begitu sahaja.
“Selain itu, kilang juga mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang tiga bulan untuk penghasilan kasut. Itu tidak termasuk lagi bila ada staf yang membuat masalah sejurus selepas cawangan baru yang dibuka,” ujarnya lagi.
Tidak mudah mengalah dengan segala rintangan dan sentiasa memotivasikan diri, Fawa menganggap kejayaan terbesarnya adalah apabila melakukan kolaborasi untuk koleksi kasut bersama pelakon Lia Natalia pada tahun 2019.
“Rasa seronok sangat apabila berjaya melakukan pertunjukan fesyen kasut yang pertama seumpamanya di Malaysia bersempena dengan Aidilifitri yang lalu. Lebih menarik lagi, segala dirancang dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar dua minggu sahaja.
Walaupun pernah dipandang rendah sebelum ini, Fawa tidak pernah menjadikannya kudis malah tetap fokus pada matlamat yang ingin dicapainya.
“Ramai yang memperkecilkan usaha Fawa pada awalnya. Tambahan lagi Fawa hanyalah seorang pelajar lepasan SPM sahaja. Ada yang memberi komen negatif terhadap rekaan kasut kami dan perkara itu memang membuatkan Fawa sedih.
“Tetapi apabila mengenangkan impian Fawa adalah untuk memberi kesenangan kepada keluarga dan juga memikirkan apa nasib pekerja jika Fawa mengalah, maka Fawa terus kuatkan hati. Ternyata semua itu berbaloi,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada usia 23 tahun ini.
Berharap dapat membuka butik kasutnya di setiap negeri di Malaysia, Fawa juga mahu membantu orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen dan juga dropship di bawah jenamanya.
“Istimewanya kasut The Flick Store ini adalah kasut platform tebal dua inci yang menjadi rekaan signature butik ini dan menjadi kegilaan ramai hingga terjual lebih seribu pasang pada satu bulan.
“Rekaannya juga sangat terhad kerana apabila habis dijual, ia tidak akan dikeluarkan lagi. Kami akan sering mengikut trend dan inilah yang menjadikannya lain daripada yang lain.
“The Flick Store merupakan trend setter bagi kasut platform di negara ini. Oleh itu, Fawa berharap jenama ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pula suatu hari nanti ,” jelasnya sebelum mengakhiri bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang ramai yang mengalami kegatalan hidung kerana terlalu lama mengenakan pelitup muka sehingga hidung berair. Pastinya keadaan ini terasa sungguh menyeksakan.
Situasi ini terjadi kerana bakteria dan virus cukup suka dengan persekitaran yang lembap. Sebab itulah hidung kita akan mula terasa gatal-gatal apabila memakai pelitup muka.
Bagi mengelakkan masalah ini berulang lagi, anda boleh cuba menggunakan air garam isotonik untuk membersihkan hidung kerana ia bersifat lembut dan tidak menyakitkan hidung.
Boleh digunakan selalu, Sterimar boleh didapati di farmasi dan juga secara online.
Selain itu, jangan lupa juga untuk tukar pelitup muka selalu agar bakteria tidak membiak dengan lebih banyak lagi.
Pasti ada di antara hijabi yang mempunyai tabiat malas nak mencuci pinggankan? Eh, sebenarnya best tau bila kita cuci pinggan ni sebab kita dapat hilangkan stress yang dialami sekali. Rasa puas je bila lihat semua pinggan dan periuk sudah bersih dan licin.
Orang dok viral. Maka akak pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong utk 2 tmpt cuci pinggan.
1.Tuang 1/4 sunlight dalam botol kosong.
2.Bancuh 3sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dlm botol tadi hingga 3/4 botol.
4.Kocak kocak.. Siap.
Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pinggan pun bersinar. Jimat kome.. Selalu 1botol sunlight ori tu seminggu aje.. Cuba la..
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.