Pengemar masakan India yang kaya dengan rempah ratus seperti kari, pastinya bersetuju bahawa kari akan hilang rasa dan kurang umphhh.. Sekiranya tidak dicampurkan dengan halba yang merupakan antara rempah utama masakan berlemak itu.
Namun, tahukah anda bahawa halba merupakan sejenis rempah yang kaya dengan bahan berkhasiat serta mengandungi 4-Hidroksi-Isoleusin, Trigonellin dan Diosgenin.
Khasiat yang terkandung dalam biji halba ini boleh membantu hijabi menurunkan tahap kolesterol dalam badan, sekaligus mengatasi masalah kencing manis (Diabetes).
Khasiat Biji Halba Hilang, Jika Dimasak Bersama Masakan Berlemak!
Bagaimanapun, khasiat dan manfaat Halba akan berkurangan dan kesan penyembuhan halba juga menjadi tidak konsisten sekiranya ‘bijian penuh khasiat’ ini dimasukkan ke dalam masakan berlemak seperti kari!
Menurut Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains Makanan dan Teknologi MARDI, Dr Suri Roowi menjelaskan, pengambilan biji halba pada kadar 5g sehari secara konsisten akan memberikan kesan yang lebih ketara.
Artikel berkaitan: Muka Jadi Lebih Muda Bila Makan Bayam Brazil, Ketahui Lagi 5 Manfaatnya!
“Biji halba lebih memberikan kesan, jika dibancuh bersama air panas berbanding dicampur dalam masakan berlemak contohnya kari,” jelasnya.
Selain itu, tambahnya lagi, kajian juga menunjukkan bahawa biji halba boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Tetapi perlu diingatkan bahawa penggunaan halba tidak disarankan khusunya dikalangan ibu-ibu hamil, kerana boleh mengakibatkan keguguran.
Halba Dan Pertumbuhan Sel Kanser
Setiap perkara di dunia ini mempunyai dua sisi, begitu juga dengan Halba. Meskipun mempunyai banyak kelebihan, namun halba juga mempunyai sisi buruk dan memberikan kesan yang tidak baik sekiranya digunakan secara berlebihan.
Ini demikian kerana, dalam sebiji halba mengandungi Diosgenin, iaitu sejenis bahan yang mempunyai struktur kimia yang mirip dan hampir sama dengan hormon estrogen manusia.
Sekadar info, pada Jun 2010 satu kajian penggunaan halba ke atas sel kanser telah dilaksanakan dan diterbitkan dalam jurnal perubatan “Indian Journal of Medical Research”. Dapatan dari kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa, ekstrak biji halba boleh meningkatkan dan merangsang pertumbuhan sel-sel kanser.
Namun, menurut Dr Suri Roowi kajian ini masih memerlukan dapatan lebih mendalam dan lanjut. Justeru, pesakit kanser dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan perlu berhati-hati dalam pengambilan biji halba.
Sumber: Dr Suri Roowi
Artikel berkaitan: Patutlah Harga Mahal, Banyak Rupanya Manfaat Asparagus Ini. Nombor 5 Paling Menarik!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Ads
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI