Keluarga adalah segala-galanya. Begitu juga dengan Johan yang berusaha mengamalkan gaya hidup sihat selama dua bulan semata-mata untuk keluarganya. Hasilnya berat badann turut sebanyak 22 kilogram dari 95 kg kepada 73 kg dan ini satu perkembangan yang sangat menarik. Menurut pelawak ini, hasrat untuk melihat anak-anaknya naik pelamin dan timang cucu menjadi faktor utama untuk menjaga kesihatannya.
Berkata kepada Sinar Harian, dia tahu ajal maut itu di tangan Tuhan tetapi tidak salah dia berusaha untuk menjaga kesihtannya.
Berkongsi rutin hariannya hingga berjaya lenyapkan 22 kilogram ini, Johan memberitahu dia mengamalkan diet seimbang dan tidak mengambil minum, makanan bergula dan juga susu.
Selain itu, deejay di radio Era ini juga tidak jamah makanan selepas jam lima petang dan hanya menggantikan dengan air kosong sahaja jika terasa lapar.
““Saya juga ada melakukan kardio seperti berlari selepas selesai tugasan di konti radio. Bila waktu malam pula saya main bola sepak. Jadi, proses pembakaran lemak dapat berjalan dengan lancar,” jelas bapa kepada lima cahaya mata ini ketika ditemui di sidang media memperkenalkan program Jozan Live di Avenue K.
Setelah tujuh tahun tidak bersiaran, Johan akan kembali bersama Zizan Razak dalam program ini yang mempunyai 40 episod. Akan mula ditayangkan pada 24 Julai ini bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Ads
Jika ditinjau dari laman instagram yang dikongsi bersama isterinya, Ozlyn Wati, Johan juga turut mengamalkan puasa dengan meneruskan amalan berpuasa enam bersama anak-anaknya ketika Syawal lalu.
Malam semalam telah berlangsung majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak keempat kepada pasangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida di kediaman mewahnya. Majlis buat ‘baby’ Yusof AlQardawi ini juga dibuat sempena sambutan rumah terbuka Aidlfitiri. Selain tertarik dengan dekorasi indah, tumpuan juga sebenarnya tumpah pada isteri kesayangan Aliff Syukri. Malam iu Datin Seri Shahidah cukup cantik menyarung busana kurung moden ilham dari Rizalman. Walaupun masih dalam tempoh berpantang, tetapi seri wajah beliau tetap terserlah hingga dipuji netizen.
Sekali pandang, penampilan Datin Seri Shahidah bak pengantin baru dengan persalinan kurung moden rona putih dari fabric lace dilengkap dengan hijab serta cape panjang juga dari rona sama.
Penampilan beliau ini juga turut mendapat pujian netizen yang memberitahu wanita ini cukup cantik dan begitu anggun sekali biarpun masih dalam tempoh berpantang.
Sementara itu untuk dekorasi majlis tahnik malam semalam adalah bertemakan Versailles Bed Chamber dari sentuhan pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim dari Glam Wedding.
Rata-rata netizen juga turut mengkagumi idea dan kreativiti pereka terkenal yang dicurahkan untuk majlis berkenaan.
Ada juga yang memberitahu dekorasi diilhamkan seperti di zaman Inggeris klasik, nampak eksklusif dengan warna serta bungaan yang begitu cantik dan mempesona.
Anak keempat pasangan ini, Yusof AlQardawi dilahirkan beberapa hari selepas Syawal dan dinamakan nama yang indah tu sempena nama ulamak terkenal Mesir.
Kelahiran bayi ini memang cukup istimewa kerana beberapa jam selepas dilahirkan, Datuk Aliff juga telah membuat akaun instagram si kecil ini dan sudah ada lebih 200 ribu pengikutnya.
Nampaknya selepas bersalin anak ketiganya tempohari, penampilan Sari Yanti semakin cantik dan berseri-seri. Jika sebelum ini ketika hamil ketara juga pertambahan berat badannya, tetapi selepas bersalin, penampilan Sari Yanti kekal langsing. Dia juga semakin seronok menghabiskan masanya melayan kerenah si kecil Dariya Inara, hasil perkahwinan dengan jantung hati, Jep Sepahtu. Malah penampilannya ini juga membuat dirinya seperti anak dara.
Netizen juga turut memuji kejelitaan pelakon kecil molek ini. Rata-rata ingin tahun rahsia sebenar Sari Yati kekal cantik dan menawan biarpun kini sudah mempunya tiga cahaya mata.
Memuat turun status di laman instagram, Sari Yanti memberitahu rutian hariannya sejak mempunyai anak kecil. Selain membeli barangan harian, memasak untuk suaminya, Sari Yanti juga turut membawa babynya mendapatkan suntikan.
Salah satu yang diperhatikan, walau dalam apa juga situasi, Sari Yanti lebih bersikap tenang. Misalnya ketika membawa anaknya mendapat suntikan, Sari Yanti berkata Jep kelihatan nervous tidak mahu melihat naknya kena suntikan, tetapi dia lebih bersikap tenang menghadapi situasi berkenaan.
Kita pegi cucuk hari ni Abah @jepsepahtunervous sangat sampai tak nak masuk bilik Dr. Tak sanggup tengok anak kesayangan dia @dariyainaraofficialdapat 2 jarum. Baby nangis 1 minit. Abah punya bimbang 1 malam. Sampai tertidur dia bimbang. Mama biasa je. Tenang.
Bawak @dariyainaraofficialkeluar hari ni pegi beli barang. Pastu balik terlewat masak lunch untuk Abah. Tapi Abah chill je Sebab masih ada lagi keterbiasaan puasa hari tu. Mama macam biasa. TENANG. . @jepsepahtu.
Malah sudah ada pengalaman mempunyai dua anak sebelum ini, jadi Sari Yanti tidak kekok menguruskan kerenah si kecil yang baru berusia beberapa bulan. Biarpun sudah lapan tahun sebelum bergelar ibu sekali lagi.
Sisi kehidupannya juga menampakkan Sari Yanti kini begitu bahagia berada di samping Jep. Ini boleh kita lihat setiap caption dalam status pelakon berbakat ini memberitahu hatinya kini milik Jep Sepahtu.
Ternyata kehadiran si kecil Dariya melengkapi kehidupan keluarga kecil ini. Baby Dariya yang juga merupakan #anakabah ini juga sangat comel dan dilihat begitu rapat dengan Jep Sepahtu.
Sebelum ini pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berjaya menurunkan berat badannya kepada berat ideal. Namun sebenarnya tidak mudah untuk kita ‘maintain’ saiz sebelumnya memandangkan banyak godaan terutama dalam bab makan. Walaupun sebenarnya dia sudah kurus, tetapi Zulin kini dalam proses menurunkan lagi berat badannya setelah hampir sebulan enak menikmati jamuan sempena Syawal lalu. Tiddak sentuh nasi sebaliknya menggunakan diet telur dalam proses menurunkan berat badannya. Zulin juga turut berkongsi cara masakan telur yang betul dan menu dicadangkan untuk tempoh seminggu.
Zulin mensasarkan 30 hari dan semalam sudah masuk hari ketiga dia diet telur. Hasilnya berat Zulin sudah turun 2 kg dan masih ada 27 hari untuk ditempuhinya.
Dia juga turut memohon followernya mendoakan agar dia kuat untuk menempuh 27 hari mendatang. Selain dari diet menu telur, Zulin juga membertahu dia turut minum teh hijau setiap hari. Menurutnya tidak kira apa jenama asalkan tiada gula.
Di samping itu Zulin juga turut memberitahu petua dalam diet telur yang diamalkannya. Caranya ialah dia hanya memgambil putih telur dan membuang bahagian kuning berkenaan.
Walaupun pengacara berbakat ini turut mengingatkan mereka di luar sana untuk berdiet mengikut cara tersendiri dan paling penting megikut kemampuan badan sendiri. Jika was-was boleh terus bertanya kepada yang pakar.
Ayuh kita kongsikan menu diet telur untuk tempoh seminggu yang dicadangkan oleh Zulin Aziz. Untuk tempoh itu (2 minggu) tiada pengambilan nasi dan jika dilakukan berterusan boleh turun sehingga 10 kg. Paling penting tiada gula dalam pengambilan diet berkenaan.
Jadi bagi yang mempunyai masalah berat badan boleh mencubanya untuk mendapatkan tubuh langsing seperti anak dara. Yang penting kena disiplin dan bersungguh-sungguh.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.