Pemakanan adalah suatu benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Diet dan juga keseimbangan dalam makanan perlu di teliti supaya kesihatan terjamin.
Sering kita lihat tip-tip yang di sebut untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup yang seimbang supaya kesihatan badan terjamin. Juga sudah tentu ada amalan pemakanan yang boleh kita ikuti seperti makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Menjadi suatu panduan kita untuk mengikuti apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, kita harus menyakini apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW bakal memberikan manfaat buat diri kita.
Jadi di sini kita ingin menyentuh soal gaya pemakanan Rasulullah SAW, sudah pasti Baginda mempunyai makanan kegemaran. Kita juga dalam tidak sedar mungkin sudah mmengamalkan makanan kegemaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Artikel berkaitan: Perut Terasa Sebu Dan Badan Tak Bermaya. Makan Makanan Sunnah, Kenyang Sepanjang Puasa
Mengikuti perkongsian dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah menerangkan tentang makanan kegemaran Baginda, antaranya:
Di perjelaskan oleh Imam at-Tirmizi melalui karyanya, al-Syamail al-Muhammadiyyah, antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah barli.
Ada juga di ceritakan dalam sebuah hadis sahih Bukhari:
“Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.
Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Ya, sering menjadi perhatian kita ketika bulan Ramadan. Kurma merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Baginda sering menjamah kurma memandangkan ia merupakan makanan ruji pada zaman baginda.
Sabda Nabi, “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain dari itu, melalui Saaid bin Abi Waqqas, baginda SAW juga turut bersabda:
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buah tembikai yang sedap, manis, dan sangat melegakan tekak ketika panas hari dengan sensasinya yang nyaman. Ia juga menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Daripada Aisyah RA, “Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Di nyatakan dalam sebuah hadis, Abdullah bin Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda, yang berbunyi:
“Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya),
“Manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” (Hadis Riwayat Ahmad)
Melalui hadi riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati.”
Kita tahu bertapa bagusnya penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Ia juga di jelaskan boleh mencegah penyakit strok malah menurunkan berat badan.
Daripada Anas bin Malik RA, beliau telah berkata mengenai amalan Rasulullah SAW yang sering minum air kosong. Beliau berkata, “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” (Hadis Riwayat Muslim).
Rata-rata makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah makanan ruji yang sering menjadi juadah harian kita tanpa sedar. Alangkah bagusnya pemilihan pemakanan oleh Baginda SAW yang dapat memberikan manfaat serta kesihatan tubuh badan.
Sumber info dan gambar: Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Canva
Artikel berkaitan: Rupa-rupanya Hanya Amal 6 Makanan Sunnah Ini Sahaja, Patutlah Wanita Arab Ni Cantik-Cantik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.