Nak Shopping Guna Jam? Ini Cara Mudah Untuk Anda Install Apple Pay!

Share

Buat anda yang memakai apple watch ini adalah berita baik untuk anda kerana kini anda sudah boleh menggunakan sistem pembayaran Apple pay. Mudah sangat hanya tap tap sahaja. Settle! Ini buat mereka di luar sana yang belum lagi set Apple Pay pada iWatch anda.

Sumber: The star com my

Buat pengguna Apple watch, tidak kira baru atau lama pasti sudah lama menunggu ‘set up’ ini kerana ia memudahkan! Selalunya sistem ini hanya boleh dibuat di luar negara sahaja. Tapi sekarang di Malaysia dah ada tau. Senang lah nak membeli-belah nanti kan? Ini adalah cara untuk set Apple Pay anda.

Apa yang menariknya, anda hanya perlu mengesahkan Face ID anda atau Touch ID sahaja. Bagi pembelian secara ‘offline’ pula anda hanya perlu membuat pembayaran menggunakan NFC. Pastikan untuk menyimpan butiran kad bank pada kad telefon pintar anda dan pada peranti IOS mereka.

Artikel Berkaitan: Idam Peranti Mahal Dan Asli, Semak 7 Perkara Ini Agar Tidak Tertipu Miliki Peranti Tiruan

Cara-cara setting Apple Pay anda!

Sebelum anda tahu cara bagaimana nak guna Apple Pay menggunakan Apple watch ini anda perlu tahu bahawa Apple menyokong tiga jenis bank iaitu Maybank, AmBank dan Standard Chartered. Sebenarnya anda dah boleh guna pakai sejak 9 Ogos lagi tapi masih belum terlambat untuk anda menggunakan sistem Apple Pay ni tau.

Jadi, bila Apple Pay ini sudah boleh digunakan di Malaysia, lebih mudah untuk melakukan pembayaran secara cepat juga. Jadi buat mereka yang ada Apple watch boleh cuba ni tau. Cara dia senang sahaja.

  1. Masuk “setting” dekat Iphone anda

2. Klik “Wallet and Apple Pay” yang berada di dalam setting. Kalau agak- agak tak jumpa tu scroll ke bawah sikit tau.

3. Klik ‘Add Card’

4. Pilih sama anda ingin menggunakan Debit atau Credit card ya. Sebagai contoh jika anda ingin menggunakan credit card untuk membeli-belah anda boleh letak. Anda juga boleh letak sekali Debit card.

5. Ikut je instruction yang ada pada skrin anda

sumber appleInsider

Cara untuk bayar guna Apple Pay?

Sumber: harianpost

Bagi pengguna iPhone atau Apple watch anda hanya perli menekan double click side button sahaja. Tak perlu lagi nak bawa kada banyak-banyak lepas ni. Senang, mudah dan cepat kan? Apa yang anda tunggu lagi. Jom cuba!

Sumber: Lukman Abdullah / Harianpost

Artikel Berkaitan: Elak Gangguan Mesej Masuk, Ini Cara Sembunyikan Status ‘Online’ Di Aplikasi WhatsAap. Mudah Jer!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.