Rambut yang lembut dan sihat sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Namun, wanita terutamanya hijabi sering mengalami masalah rambut yang kering. Rambut yang sering dilitupi oleh hijab sekiranya tidak dijaga dengan baik tentu akan memberi masalah di kemudian hari.
Oleh itu, anda perlu melakukan deep conditioning seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lembap. Memang banyak conditioner yang dijual di pasaran namun ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Tidak salah sekiranya anda lakukan sendiri di rumah. Bukan sahaja mudah, malah ia juga selamat untuk anda. Jom cuba DIY deep conditioner yang diperbuat daripada yogurt. Hasilnya tentu lebih memukau. Rambut juga menjadi lebih lembap, lembut dan sihat.