Rambut yang lembut dan sihat sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Namun, wanita terutamanya hijabi sering mengalami masalah rambut yang kering. Rambut yang sering dilitupi oleh hijab sekiranya tidak dijaga dengan baik tentu akan memberi masalah di kemudian hari.
Oleh itu, anda perlu melakukan deep conditioning seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lembap. Memang banyak conditioner yang dijual di pasaran namun ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Tidak salah sekiranya anda lakukan sendiri di rumah. Bukan sahaja mudah, malah ia juga selamat untuk anda. Jom cuba DIY deep conditioner yang diperbuat daripada yogurt. Hasilnya tentu lebih memukau. Rambut juga menjadi lebih lembap, lembut dan sihat.
Bahan-Bahan:
- 3 sudu teh yogurt
- 1 sudu teh madu
- 1 sudu teh cuka epal
- 1 sudu teh minyak kelapa
Cara Membuatnya:
- Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk.
- Tambahkan sedikit minyak essential pilihan anda. Ini adalah optional.
- Cuci rambut anda dengan syampu terlebih dahulu. Setelah bersih, perah air pada rambut sehingga separuh kering.
- Kemudian, aplikasikan campuran yogurt tadi pada rambut secara merata. Fokuskan pada hujung rambut anda.
- Ambil tuala yang sudah direndam di dalam air panas dan tutup rambut anda menggunakan tuala tersebut.
- Biarkan meresap selama 1 jam.
- Bilas rambut menggunakan air suam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI