Selain berusaha untuk mendapat berat badan ideal, kaum wanita juga obses dengan wajah yang putih. Kalau boleh apa sahaja produk dijual di pasaran yang boleh memutihkan wajah akan dibeli tanpa mengetahui kesan baik buruknya. Ada juga yang sanggup guna kaedah suntikan untuk tujuan berkenaan. Tetapi sebenarnya kita boleh gunakan petua alami kalau mahu memutihkan muka dan tangan tanpa sebarang suntikan.
Perkongsian wanita ini Nursharn Diana di laman sosial facebook yang memberitahu petua untuk putihkan muka dan tangan tanpa gunakan sebarang suntikan menyakitkan.
Tetapi hanya menggunakan bahan alami seperti lemon, madu dan susu dan jadikan seperti masker disapu pada bahagian tertentu.
Ayuh, kita cuba petua yang dikongsi ini dan hasilnya akan menyebabkan anda tidak rasa menyesal membuat cara tradisional ini.
Tips Memutihkan Muka dan Tangan tanpa Perlu Suntikkan yang Menyakitkan!!
Ambil sedikit Madu , Lemon dan Susu Tepung tak kisah apa apa brand, gaulkan sehingga sebati, jadikan mask dan sapukan di bahagian muka dan tangan uols. Biarkan selama 10 minit atau lebih dan amalkan pemakaian 2 atau 3 kali seminggu.
Dan lihat hasilnya.. 2 kali pemakaian dah dapat lihat result yang walaaaa..