Siapa yang tidak suka apabila pipi tampak kemerah-merahan. Ha! Bukan merah disebabkan jerawat ataupun masalah kulit ya, tapi merah seakan-akan memakai ‘blusher’ di pipi! Sebenarnya, apabila pipi kita merah, ia adalah faktor yang menjadikan wajah kita lebih comel dan berseri. Dalam kata lainnya, bahan daya penarik! 

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara selebriti wanita yang terkenal dengan pipi ‘pau’ nya dan merah semula jadi. Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, ada ke cara untuk memerahkan pipi secara semula jadi tanpa menggunakan produk-produk tertentu? Jom lakukan amalan mudah ini hanya dengan menggunakan bahan semula jadi yang sememangnya dah ada di dapur! Tak memerlukan kos yang tinggi, murah dan selamat.

1. Beras Pulut

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Sumber gambar: LSH

Kandungan asid amino dan vitamin di dalam beras pulut berfungsi untuk memerahkan kulit wajah!

Caranya: Ambil sedikit beras pulut yang sudah dibasuh dengan bersih. Kemudian, kisar halus dengan sedikit air suam atau air mawar. Sapukan pada wajah sebagai masker. Malah, anda boleh jadikannya sebagai skrub dengan menggosok perlahan. Anda boleh cuba tips ini seminggu sekali.

2. Tomato

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Sumber gambar: India.com

Bukan sahaja boleh dijakan sebagai bahan untuk mencantikkan kawasan mata malah tomato juga boleh menaikkan seri wajah dengan memerahkan pipi anda! Warna merah pada tomato disebabkan oleh likopena. Likopena ialah sejenis pigmen yang menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran. Pigmen ini merupakan antioksidan semula jadi yang baik. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin yang baik untuk kulit. 

Ads

Caranya: Ambil 1 hirisan tomato dan sapukan pada pipi. Biarkan hingga kering. Wajah anda bukan saja menyerap khasiatnya, bahkan menjadikan pipi anda merah.

3. Strawberi

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Sumber gambar: BBC Good Food

Sedapnya strawberi! Ha! Sambil kamu beli untuk dijadikan pencuci mulut, apa kata kamu cuba untuk jadikan sebagai bahan memerahkan kulit kamu secara semula jadi! Warna merah pada buah strawberi disebabkan ia sangat kaya dengan pigmen antosianin. Ia juga mempunyai antioksidan dan vitamin C yang sangat tinggi. 

Caranya: Anda boleh ambil sedikit isi strawberi yang dihancurkan menggunakan sudu. Sapukan pada pipi.

Ads

4. Lemon

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Sumber gambar: Healthline

Buah lemon memang terkenal dengan fungsinya untuk aspek kecantikan. Bukan sahaja boleh merawat masalah jerawat, malah ia juga boleh menjadikan pipi gebu anda merah seperti memakai ‘blusher’! Asid sitrik yang terdapat di dalam buah lemon sangat baik untuk kecantikan kulit. 

Caranya: Sapu jus lemon ke wajah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan pudarkan parut. Oleh kerana sifatnya yang berasid, dinasihatkan agar tidak menggunakan masker jus lemon dengan kerap. Risau ia akan mengeringkan kulit. Cukuplah setakat seminggu sekali.

Ads

5. Cuka Epal

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Sumber gambar: Healthline

Tahukah anda bahawa cuka epal sering digunakan sebagai pengganti toner atau penyegar wajah? Cuka epal mudah didapati dan harganya juga murah. Biasanya dijual di dalam botol yang besar. Jadi, anda boleh menggunakannya dengan lama.

Caranya: Campurkan sesudu cuka epal dengan 2 sudu air suam. Sapukan ke arah wajah dengan kapas muka. Anda juga boleh menggunakan penyembur. Ia dapat membersihkan wajah dan melancarkan peredaran darah pada pipi.

6. Buah Naga

Nak Pipi Merah Semula Jadi Macam Pakai ‘Blusher’? Guna Sahaja Bahan Di Dapur Ini Yang Murah Dan Mudah!
Sumber gambar: Healthline

Nak pipi merah semerah buah naga? Ha! Mudah sahaja caranya! Disebabkan warna merahnya pekat dan tahan lama, ia boleh dijadikan pemerah pipi yang semula jadi. Selain mampu memerahkan pipi, khasiat antioksidannya juga bagus untuk kulit dan kesihatan.

Caranya: Sapu sahaja buah naga ini di bahagian pipi sekerap yang boleh. Kemudia basuh dengan air suam. Lakukan cara ini berulang kali untuk pastikan pipi kamu semerah buah naga!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI