Nak Pakai Glove Boleh…Tapi… Ini Sebab Nurse Tegur ‘Cashier’ Pakai Satu Glove Sampai 7-8 Jam Sehari

Share

Pemakaian topeng muka dan glove (sarung tangan)  menjadi seakan ‘kewajipan’ setiap kali ingin keluar rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ia sebagai perlindungan untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Melalui perkongsian seorang jururawat di Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang penggunaan glove (sarung tangan) yang salah terutama pekerja di pasar raya, stesen minyak dan sebagainya.

Cikda nk tegur sikit. Sikit je.

Sape ajor pakai 1 glove utk sepanjang hari? Cikda perati je. Cashier station minyak, cashier kt kedai. Xkesah kedai kecik ke market besar ke. Nak tegur ni. Korang tau tak cara rebakan virus covid ni adalah melalui droplets?? Mksd nye titisan. Kami pkai glove kt wad,1 glove skli pkai je.

Attend pt, dah attend remove dispose! Bukan guna utk 7/8/9jam wey🤦🏻‍♀️. Korang konon protect diri sndri. Salahkan org duk sebar virus! Yg korang ni xsedar ke korang pembawa virus jgk!!! Hish.. marah cikda ni.

Wey. Meh nak bg contoh biar korang paham lg. Contoh. Korang served utk 100 cust. Lps tu cust 1st korang tu rupa nya positif covid. Korg selamat sbb pkai glove, mask. Tp yg lekat kt glove tu?? Lg 99 org lg yg selepas tu ape jd?? So sape yg bawak virus tu kt diorang?

Klu korg nk sgt pkai glove, cust 1 td dtg, korang dispose glove lps guna. Then pkai balik utk next cust. Baru la betul!! Ni tak! Konon jaga dri… 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️.. sedar covid bahaya tu bagus. Tapi ambik tau cara rebakkan die.

Tolong la. Korg antara org yg penting utk tangani kes covid jgk. Klu rase nak pkai glove, cikda cadang pkai la yg jenis disposable tu. Yg selalu cikda letak kt dapur buat gaul ape2 nk msk tu.

Lps pkai buang. Then pakai lg. Xde la mahal sgt.! Ni x!! Sampai kuning glove tu korg pkai! Frust weh.

Sumber kredit: Nur Shuhada

Published by
Norhasliza