Kecantikan

Nak Kulit Mulus Dan Gebu Persis Mak Dan Nenek Anda. Ini Senarai Bedak Sejuk Petua Cantik Turun Temurun!

Share

Pemakaian bedak sejuk merupakan salah satu produk turun temurun yang bertujuan untuk mencantikkan atau menggebukan wajah yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu khasnya di Malaysia dan serata dunia.

Bedak sejuk yang dikombinasikan dengan pelbagai bahan semulajadi seperti kunyit, asam jawa, lemon dan sebagainya memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit. Buktinya, kita lihat sejarah bagaimana nenek moyang kita menjaga kulit mereka. Bagaimana masyarakat terdahulu menjadikan kulit mereka gebu, halus dan cantik? Semestinya dengan menggunakan bedak sejuk sahaja.

Namun, ada juga antara hijabi yang masih meneruskan tradisi kecantikan ini. Hijabista bawakan senarai bedak sejuk di pasaran yang tidak kurang hebatnya keberkesanan pada wajah anda.

1. Bedak Sejuk Sam Fong

Bedak sejuk cina murah – compact powder zaman dahulu

Siapa yang tak kenal bedak sejuk Sam Fong yang juga dikenali sebagai bedak nyonya. Bedak inilah yang digunakan sebagai bedak padat oleh orang dulu-dulu. Ia digunakan untuk memutih dan melicinkan kulit. Malah, bedak ini turut digunakan untuk menghilangkan garis-garis halus pada muka. Rekaan pembungkusannya memang sinonim dengan jenama ini.

2. Bedak Sejuk Bearbery

Bedak sejuk untuk jeragat dan menghalang pertumbuhan jerawat pasir

Kombinasi beras pulut dan buah Bearberry memberikan kesan hypo-pigmenting dan antioksidan. Penggunaan secara konsisten selama 6 minggu diyakini boleh mengecutkan jerawat dan memudarkan jeragat tebal. Bedak sejuk Bearberry unik dan lain dari yang lain kerana menggunakan buah bearberry liar dari Scotland. Pun begitu, bedak sejuk ini masih mengekalkan rumusan tradisi yang dikatakan terbukti berkesan untuk masalah jerawat dan jeragat.

3. Bedak Sejuk Kelulut Geranium – Bioshifax

Bedak sejuk dengan ekstrak madu – berkesan rawat stres

Bedak ini menaikkan seri wajah dan menghaluskan kulit dan membantu anda mengurangkan kesan menopaus dan penuaan pada kulit anda. Uniknya, bedak ini juga boleh digunakan untuk menghalau serangga dan merawat gigitan serangga. Dirumus menggunakan beras, madu kelulut dan haruman minyak pati bunga geranium, bedak sejuk ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan kecantikan, tetapi juga boleh melegakan tekanan dan mengurangkan kemurungan.

4. Bedak Sejuk Thanaka Lemon

Bedak sejuk lemon – pelindung matahari semulajadi dan rawat jerawat kemerahan

Bedak ini akan berfungsi sebagai pelindung matahari semula jadi anda. Tidak perlu lagi memakai sunscreen. Kandungan asas bedak sejuk Thanaka ini adalah Sandalwood iaitu kayu cendana yang berpotensi mencerah dan mencegah keradangan pada kulit. Kombinasi kayu cendana dan lemon ini dikhususkan untuk merawat jerawat kronik dan kulit pucat. Untuk menggunakan bedak ini sebagai bedak asas, anda hanya perlu sapukannya pada muka dan siap.

BACA JUGA ARTIKEL INI:

5. Bedak Sejuk Semambu

Bedak sejuk terbaik untuk merawat demam campak dan kayap

Daun semambu atau daun Neem seringkali menjadi pilihan bagi mengurangkan gatal-gatal semasa demam campak. Khasiat antibakteria, antikulat dan antivirus pada daun ini membuatkannya sesuai digunakan untuk masalah penyakit kulit seperti alahan, kurap, kayap dan sebagainya.

6. Bedak Sejuk Berubat

Bedak sejuk untuk jerawat dan mengubati resdung

Bedak sejuk berubat ini mengandungi batu nasila, buah pala, cengkih dan juga pandan. Batu nasila adalah sejenis mineral yang bertindak sebagai agen penyejuk secara semula jadi. Rumusan kesemua bahan-bahan ini memfokuskan untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. Selain itu, bedak ini juga dikatakan boleh mengurangkan resdung.

7. Bedak Sejuk Marini Naturalemagic

Bedak sejuk moden – pelbagai kegunaan dengan ekstrak buah bidara

Penyediaan bedak sejuk secara moden dalam bentuk cecair diminati ramai kerana penggunaan yang mudah. Produk Marini ini dihasilkan dengan ekstrak bidara tanpa paraben dan SLS serta sesuai untuk pelbagai kegunaan. Antara lain bedak ini boleh merawat kerengsaan dan gatal-gatal pada kulit, memudarkan parut serta luka, dan boleh digunakan sebagai sapuan untuk ruam. Kesan hitam di celah ketiak dan paha juga boleh dikurangkan. Untuk tujuan kecantikan pula, produk ini boleh mengurangkan jerawat, pigmentasi kulit dan seterusnya mencerahkan kulit.

8. Bedak Sejuk Premium BSK

Bedak sejuk dengan kunyit untuk menghapuskan kesan sunburn

Sesuai untuk anda yang alami sunburn, bedak sejuk ini dapat merawat cela dengan sempurna. Bedak sejuk yang dihasil menggunakan gabungan campuran ramuan tradisi dan moden. Antaranya adalah beras, kunyit, madu dan air zam zam. Kunyit mengandungi antioksidan yang tinggi, dapat membantu proses regenerasi kulit dan mengurangkan pembentukan noda hitam.

9. Bedak Sejuk Tabloq Warisan Asli

Bedak sejuk untuk bayi – tidak menyebabkan kulit si kecil iritasi

Produk Tabloq Warisan Asli ini mengandungi bedak sejuk asli 100%. Ia sesuai digunakan tanpa mengira umur dan jenis kulit. Produk ini sangat sesuai digunakan pada bayi untuk merawat ruam dan gatal-gatal.

10. Abu Gunung Berapi

Bedak sejuk abu gunung berapi – Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka

Gabungan dari bedak sejuk dan abu gunung berapi dapat memberi kelebihan berganda kepada kulit wajah. Dibuat dari beras yang direndam selama 44 hari mengikut petua nenek moyang dahulu. Abu gunung berapi tinggi dengan sulfur, iaitu bahan mineral yang mampu membunuh bakteria. Kandungan sulfur yang tinggi mampu melambat penuaan, secara tidak langsung melindungi kulit daripada kesan toksik pencemaran dan radiasi.

SUMBER : Producnation

Published by
SH